Ahad, 22 Mac 2020

PESAKIT KE 136 PUNCA GELOMBANG KEDUA COVID-19?

Sehari dua ini, netizen menyalahkan Pesakit ke 136. Katanya pelajar kita di Korea yang baru balik dari sana dan join di perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling tu..

Ini pendapat sayalah..

Pada masa itu, hujung Feb. Setiap orang yang balik dari Korea di Klia1 dan Klia2 dapat 1 kertas, memperingatkan agar ke hospital jika ada tanda2 demam, batuk dan selsema.

Sama ada orang itu nak kuarantinkan diri atau tidak, bergantung pada individu itu sendiri. Tak ada sesiapa yg menelefon atau mengawal pergerakan dia bagi memastikan mereka dikuarantin.

Maka, kat situ ada satu kekurangan. Tambahan pula individu ini tidak ada tanda2 atau simtom2...Dia sendiri tidak terlintas langsung perkara ini akan terjadi. Pemeriksaan KKM di KLIA memang lepas kerana suhu badan ketika itu normal. Inilah bahayanya virus ini.

Untuk akan datang, jika ada virus baru atau wabak baru. Semua yg datang atau balik dari negara berisiko. Mesti dikuarantin di satu tempat khas (hospital), jika di rumah, hanya diri sendirilah yg mengawal...kalau ada sikap acuh tak acuh inilah jadinya.

Saya juga balik dari Korea pada 29 Feb. Saya kawal dgn ketat semua ahli keluarga saya 7 orang untuk tidak bertemu sesiapa selama 14 hari tu. Saya tahankan diri untuk tidak berjumpa sesiapa hatta ibu saya. Habis kuarantin 14 hari kini satu negara pula dikuarantin gara2 pemuda ini (jika benar dakwaan ini).

Selasa, 10 Mac 2020

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN SEPANJANG DI KOREA SELATAN

JEJU ISLAND

Dalam entri ini aku paparkan gambar-gambar sepanjang kami berada di Korea Selatan antara 22 Februari hingga 29 Februari 2020 yang lalu. Ketika kami menjejakkan kaki kami ke bumi kimchi ini, kes Coronavirus hanya sekitar 200 kes, namun setelah kami keluar dari negara ini kes Covid-19 yang ditakuti penduduk dunia ini telah melepasi 3000 kes. Dan ketika aku menulis entri ini hari ini kes Corona di Korea telah mencapai 7000 lebih kes.

NAMI ISLAND 
NAMINARA REPUBLIC ISLAND

Walaupun begitu kami tetap meneruskan apa yang telah kami rancang sebelum ini, termasuk berkunjung ke Nami Island yang sangat indah dan memukau itu. Pastinya lawatan ini tidak lengkap tanpa kunjungan kami ke Nami Island atau dikenali di sana sebagai Republic Of Naminara.

Gambar ini ialah setibanya kami di Jeju Airport dari Malaysia. Kami menaiki MPV menuju ke tempat kereta sewa. Banyak kereta boleh disewa, dan kami memilih Kia Carnival

Pantai Ilchulbong

Pagi-pagi aku keluar untuk melihat keindahan pantai Ilchulbong..Pantai ini kelihatan berbatu-batu dan terdapat banyak rumpai laut yang menghijau di tepi pantau

Setiap kali kami bergerak, kami menaiki teksi atau TADA (seperti Grab). TADA adalah kereta MPV yang muat untuk kami sekeluarga 7 orang. TADA dan teksi di Korea Selatan begitu cekap dan pantas. Tak sampai lima minit setelah kita memanggil, mereka akan muncul di depan kita. Kalau kita terlewat sudah pasti kita malu, kerana semua rakyat Korea kelihatan sangat menepati masa dan bergerak pantas.

Beach near Seongsan Ilchulbong, Jeju Island.

Beach at Seongsan Ilchulbong, Jeju Island.

Semua happy je walau diancam Corona

Gimpo International Airport

Mungkin sebab muka aku ketika tiba di Gimpo International Airport ni macam pengganas ISIS, dua orang askar Korea sentiasa mengawasi gerak-geri aku. Oleh sebab tidak selesa sentiasa diperhatikan dengan wajah curiga cepat-cepat keluar dari lapangan terbang ini.

Keindahan Jeju Island

Bunga-bunga kuning ini hidup subur di Jeju walaupun musim sejuk

Bila lagi nak bergambar? Peluang duduk di Jeju selama tiga hari tentu tak dilepaskan.

Untuk puas berada di Jeju ni eloknya sekurang-kurangnya seminggu. Baru boleh pergi banyak tempat.

Irfan Iman berposing


Jeju Island sejuknya 5 darjah celcius. Kalau di Nami waktu kami ke sana 1 darjah celcius

Mula meronda-ronda bandar Seoul


Kat Korea ni barulah seronok untuk bergambar berdua


Tolong jangan muntah dengan gambar-gambar ini

Di hadapan Korea University

Alhamdulillah Aliff Iskandar tahan dengan cuaca di Korea
Sebelum pergi aku sangat risau akan anak aku sorang ini.

Majlis rasmi Konvokesyen telah dibatalkan atas arahan kerajaan Korea Selatan, setakat bergambar-gambar depan universiti je lah

Ili Nabilah 
Antaranya gambar ini.

Nak tunduk ke nak mendongak ke asal tak sedut virus Corona yang sedang berterbangan di langit Korea...hahahaha

Kalau takut topeng jangan tanggal

Bergambar bersama En Ismail Busran ayah Fina kawan sebilik Ili Nabilah. En Ismail sentiasa macho dan kacak.

En Ismail Busran yang selalu senyum dan ceria

Apa khabar En Ismail...Ok ya...Insha Allah tak kena COVID-19. Orang kampung kita risaukan kita tu


Inilah Fina kawan serumah Ili Nabilah. Orang Rawang. Anak dara En Ismail.

Ili Nabilah bersama rakan-rakan sekelasnya di Korea University


Anak bujang En Ismail




Ibu yang banyak memberikan motivasi dan doa sepanjang Ili berjuang di sana


Indahnya Nami Island  

Inilah gambar foto yang paling mahal bagi aku daripada banyak gambar lain yang nampak ada anak aku yang menggedik

Aku adalah aku




Pondok rumput di Nami Island, sesuai untuk musim sejuk


Kentang Goreng Di Nami Island

Harga sepinggan nasi di Korea jangan ditanya, nanti kau tak akan selera makan






Inilah lokasi rumah sewa Ili sepanjang dua tahun Ili di Korea. Sebelum tu Ili dan Fina tiga tahun menyewa rumah di tempat lain. Semasa kami datang ke Korea dua hari kami menginap di resort Jeju, dan empat hari kami menginap di sebuah home guest di Seoul dan akhirnya tiga hari di rumah sewa Ili ini.

Inilah gajet internet untuk pelancong yang boleh dibeli di airport dan hendaklah dipulangkan di airpot semula sewaktu berangkat pulang. Speed  internet di sana sangat laju, bayangkan sepanjang di sana aku dapat upload 20 video youtube. Nak tengok video tu?



Sekian sahaja laporan aku sekeluarga sepanjang kunjungan aku ke Korea Selatan. Untuk akan datang tentunya aku BERIMPIAN akan ke Mekah, itu sudah tentu wajib bagi semua orang Islam, dan kalau ada rezeki nak tengok adik aku yang menggedix di Perth. Akhirnya impian aku nak ke rumah Ibnu Massud di depan Bank Negara Madiun Indonesia itu. Tempat-tempat lain masih kabur lagi...Insha ALLAH, Alangkah seronoknya kalau pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan dan saudara-mara..