Aku nak jawab pertanyaan ramai orang. Kenapa Corona dipanggil Covid-19?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva beberapa hari yang lalu memberi nama rasmi baharu coronavirus yang kali pertama dikenal pasti di China pada 31 Disember lalu.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah *COVID-19* sebagai singkatan *Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit*
Katanya, nama itu dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang, selaras cadangan antarabangsa untuk penamaan untuk mengelakkan stigmatisasi.
Takut salah faham, dan kesian gadis cantik bernama Corona kemurungan juga kereta antik Toyota Corona turun harga, maka pilihan nama Covid-19 adalah paling tepat dan tidak menyerupai sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan