Satu persoalan telah terjawab malam ini...
Sebulan dua ini ada sahaja orang mengaitkan Ayat 33 Surah Al Ahzab dengan wabak Corona. Seorang ustaz tidak bersetuju dengan hal yang sedemikian.
Pesanan ustaz yang tidak dinamakan itu disampaikan kepada Ustaz Fadzlan jiranku lalu beliau kongsikan melalui Group qariah aku Simpang Tiga Pt Sulong ni...
Ustaz tu menaip begini⬇️⬇️
Perkataan duduk diam dlm ayat tu ada وقر...bukannya قرن...
Sy sgt tidak bersetuju dgn mengaitkan perkara2 yg tidak bersangkutan sama sekali...
Waqara وقر (telah menetap) - kata kerja past tense
Yaqiru يقر (sedang menetap) - kata kerja present tense
Qar قر (menetaplah kamu lelaki) - kata kerja perintah
Qarii قري (menetaplah kamu perempuan)
Qarna قرن (menetaplah kamu semua perempuan2)
Dari mana nak kaitkan perkataan Qarna dgn corona?
Virus corona juga dieja dengan كورونا bukannya قرن
Hanya kebetulan bunyi yg seperti sama
Ayat surah al-ahzab itu turun sebagai perintah Allah keatas wanita supaya tidak keluar dari rumah (tanpa keuzuran syar'ie), tidak berhias spt wanita2 jahiliah, perintah mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan taat kpd Allah dan Rasul...
Kalau kita nak kaitkan sesuatu, pastikan kaitan itu dalam konteks yg betul dan bukan semata2 kerana bunyi (sebutan) yg seakan2 sama sedangkan maksud dan tafsirannya adalah berbeza sama sekali...
Yg ada kaitan dgn apa yg berlaku skrg, klu kita nak ambil pengajaran adalah ini sebagai pengalaman kita untuk berdepan dgn fitnah dajal
Sbnrnya klu nak cari dalil tentang perlunya kita duduk diam dalam rumah pada masa ini, ada dalam hadis Nabi yg jelas menyuruh kita untuk tidak pergi ke tempat wabak, dan org di tempat wabak tidak keluar dari tempatnya...
Tak perlu nak kait2 dgn ayat yg sebenarnya tak berkaitan pun...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan