Artikel untuk Youtuber Baru.
Kitaran pembayaran AdSense berlaku sebulan sekali.
Anda akan memperoleh anggaran pendapatan sepanjang tempoh sebulan, kemudian pada awal bulan berikutnya, pendapatan anda akan dimuktamadkan dan diterbitkan pada baki anda di halaman Pembayaran (Adsense YouTube).
Jika baki anda melebihi ambang pembayaran ($100)dan anda tidak mempunyai penahanan pembayaran, bayaran anda akan dikeluarkan antara 22hb hingga 27hb tersebut.
Harap maklum bahawa masa yang tepat bagi anda menerima pembayaran adalah bergantung pada zon waktu anda, sama ada 22hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti dan bentuk pembayaran yang anda pilih.
Katakan anda mengakru anggaran pendapatan sepanjang bulan Oktober. Pada 8 November, anda akan melihat jumlah pendapatan muktamad untuk 1-31 Oktober dimuatkan di halaman Pembayaran anda.
Kemudian, pembayaran akan dikeluarkan kepada anda untuk pendapatan bulan Oktober anda dan sebarang kredit lain pada baki anda sebagai pembayaran sekali gus pada atau sekitar 22-27 November.
Nota: Pendapatan YouTube yang dimuktamadkan untuk bulan sebelumnya ditambahkan pada baki akaun bayaran YouTube anda antara 8 hb hingga 13 hb pada bulan semasa.
Contohnya, jika anda berada di Malaysia dan anda memperoleh $100 pada bulan Oktober, anda akan melihat baki ini di halaman utama AdSense untuk YouTube anda pada tarikh tersebut iaitu pada 8-13 November.
Kesimpulan begini:
1. Nak Tengok income bulan lepas yg tepat dlm youtube adsense Ialah 8hb-13hb.
2. Kalau dah cukup $100, 22hb -27hb, masuklah gaji Youtube ke akaun kita. Bergantung pilihan bayaran yang kita pilih.
3. Jangan tengok hari2, dlm Google Adsense tu, nanti frust. Itu diupdate sebulan sekali.
4. Nak tgok hari2, tgok di studio Youtube kita
Semoga ini memberi manfaat. Jika salah maklumat, youtuber2 hebat di fan ini mintak sangat tolong betulkan. Aku hanya serangga, masih dalam perjuangan untuk terbang lebih tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan