Isnin, 27 November 2023

BAYAR LOAN KERETA 9 TAHUN SATU BEBAN

Untuk anak muda yg baru dpt kerja, beli je dulu kereta terpakai secara cash. Viva manual pun boleh dapat dlm 4000-5000 je skrg di Market Place, Tiktok-Kereta tu Boleh pakai lagi sampai dapat dua org anak nanti. Nak yg auto kena sabar sikit. Tunggu kumpul lagi 2-3 tahun. 

Buat apa nak bergaya sgt hakikatnya menderita. Kereta2 yg dulu2 jadi kebanggaan dan kesombongan, kini berlambak di kedai kereta, tinggal berharga sekitar RM10K. Merc mata Kacanglah, Mata Belalanglah. 

Pada saya berhabisan beli rumah lebih baik. Ini nasihat drp Pakcik yg sepatutnya dah kaya, tp zaman muda asyik byr hutang kereta, yg untung bank. Sebagian kereta mereput di rumah emak saya...



Tiada ulasan: