Rabu, 27 Disember 2023

CARA ELAKKAN KECURIAN KELAPA SAWIT


Ini kejadian di sebuah kampung di Batu Pahat Johor. Abang yang ambik video ini sangat berani pada saya. Jika saya, mungkin kalau ambik video pun dari jauh. Risiko ditikam atau ditetak sangat tinggi. 


Untuk mengelakkan kecurian kelapa sawit. Saya cadangkan beberapa langkah:

1. Lepas petik terus jemput lori. Cari yang servis laju. Call terus datang angkat.

2. Pasang palang atau gate pada pintu masuk.

3. Pasang paku di jalan kebun yang dijangka dilalui oleh pencuri sawit.

4. Pasang CCTV dan letak di tempat yang tersembunyi.

5. Kebun hendaklah kerap dilawati. Jangan ditinggal terlalu lama.

6. Tinggalkan sesekali kereta buruk, seolah2 tuan tanah sedang bekerja.  Jangan pulak kereta buruk pun kena kebas!

7. Buat parit kecil bagi kawasan yang jadi laluan motosikal atau kereta pencuri.

Kata kawan saya, kebun je kita punya...Tetapi hasil sawitnya belum tentu milik kita. 

Ada dua kategori pencuri dalam dunia sawit. 

Pertama pencuri yang malas, dia angkut sawit yang telah dilonggokkan oleh tuan tanah. 

Kedua pencuri yang gigih, mereka sanggup petik sawit di kebun orang dan menjualnya tanpa fikir sedang mengumpul tambang ke neraka jahanam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Jumaat, 8 Disember 2023

TIBA-TIBA NAK CERITA TENTANG ZUHUD


 https://youtu.be/lgCDOtEUVzU?si=8EpbsAw8igBkI6QI

Ustaz Abd Samad bercakap tentang Zuhud

Jika didengar dari ceramah tokoh-tokoh dalam YouTube dan Tiktok seperti Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Adi Hidayat, Ustaz Azhar Idrus , dan last Ustaz Somad, Zuhud ni bukanlah pakai baju buruk....itu bukan Zuhud tapi busukkk...

Maksudnya menanggalkan dunia dari hati (harta, takhta, wanita ) ...

Ada kereta mewah...tp ia dianggap daki dunia

Bukan lambang prestige apatah lagi bersikap sombong dan lain2

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'zuhud' merujuk kepada kehidupan seseorang yang soleh dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia.

Dia mewah tapi tidak dikuasai hartanya itu

Dia kaya tapi tidak berguling2 di tilamnya bersama duit2 dan ditunjuk di media sosial sambil ketawa2🤣🤣

Kata Ustaz Somad ORG yg Zuhud

1. Tidak panjang angan2

2. Makan sekadarnya 

3. Pakaiannya tidak berlebih2...

Tengok gerobok kita...Byk nya bajuuuuuu.

Ada yg dipakai dua tahun sekali je...

Tidak ada bezanya pakai jam Rolex dgn Jam Kedai Jam Cina Gaduh ( nama kedai jam di PT SULONG..) kerana fungsinya sama, UTK tgok jam berapa

Drpd beli jam Rolex baik derma KPD perjuangan Hamas membebaskan Al Aqsa.

Hari ini Palestine dijajah kerana kita ada penyakit Wahan...

Cinta dunia dan takut mati.

Maka kita semua sudah meninggalkan zuhudlah...ini semua terjadi.

Sdaghaaaa2 Smlm tengok tak...org2 awam Palestine yg berlindung di sekolah dibogelkan Zionis semuanya.... 

Kita tak tahu nasib mereka hidup atau mati