Rabu, 27 Disember 2023

CARA ELAKKAN KECURIAN KELAPA SAWIT


Ini kejadian di sebuah kampung di Batu Pahat Johor. Abang yang ambik video ini sangat berani pada saya. Jika saya, mungkin kalau ambik video pun dari jauh. Risiko ditikam atau ditetak sangat tinggi. 


Untuk mengelakkan kecurian kelapa sawit. Saya cadangkan beberapa langkah:

1. Lepas petik terus jemput lori. Cari yang servis laju. Call terus datang angkat.

2. Pasang palang atau gate pada pintu masuk.

3. Pasang paku di jalan kebun yang dijangka dilalui oleh pencuri sawit.

4. Pasang CCTV dan letak di tempat yang tersembunyi.

5. Kebun hendaklah kerap dilawati. Jangan ditinggal terlalu lama.

6. Tinggalkan sesekali kereta buruk, seolah2 tuan tanah sedang bekerja.  Jangan pulak kereta buruk pun kena kebas!

7. Buat parit kecil bagi kawasan yang jadi laluan motosikal atau kereta pencuri.

Kata kawan saya, kebun je kita punya...Tetapi hasil sawitnya belum tentu milik kita. 

Ada dua kategori pencuri dalam dunia sawit. 

Pertama pencuri yang malas, dia angkut sawit yang telah dilonggokkan oleh tuan tanah. 

Kedua pencuri yang gigih, mereka sanggup petik sawit di kebun orang dan menjualnya tanpa fikir sedang mengumpul tambang ke neraka jahanam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Tiada ulasan: