OTAWA: Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengumumkan hubungan erat antara negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) dalam aspek ekonomi, keselamatan dan ketenteraan kini sudah berakhir.
Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import kenderaan yang bakal berkuat kuasa minggu depan.
Langkah itu dijangka memberi tamparan hebat kepada industri automotif Kanada yang menyokong kira-kira 500,000 pekerjaan.
Carney menegaskan tindakan Trump itu tidak berasas serta melanggar perjanjian perdagangan sedia ada.
Beliau turut memberi amaran bahawa hubungan antara kedua-dua negara tidak akan kembali seperti dahulu.
"Hubungan lama kita ada dengan AS, berasaskan integrasi ekonomi, kerjasama keselamatan dan ketenteraan yang erat, kini telah berakhir.
"Kami tidak akan berdiam diri dan bakal mengambil tindakan balas yang memberi kesan maksimum kepada AS tetapi dalam masa sama, memastikan kesannya kepada Kanada seminimum mungkin.
"Kita akan lawan, lindungi dan bina ekonomi kita sendiri. Ini bukan masa untuk tunduk," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan