Petang ni aku bagi pengalaman aku Zack. Nak awet muda kena bermula sejak di Paloh lagi. Maksud aku ia mesti dimulakan ketika kita masih muda. Jangan kecewa ya.
Zaman aku jadi ejen Cosway tahun 1990-1997, aku makan vitamin-vitamin Cosway masa tu.
1998 - 2000 Aku join HPA, aku amalkan minum JUS PEGAGA. Dah jual kenalah minum.
2001 - 2003, aku join Syarikat Sureco, dah aku minum jus mengkudu pulak. Ini yg paling tak sedap.
2008 - 2019 Aku jadi stokis Bio Asli, jual minyak kelapa dara pulak. Minyak ni aku banyak minum berpuluh-puluh botol ..lama tu.
2020 - 2022 - Minum NTDOT, gabungan 10 herba.
2023- 2024. Aku minum Agarbomb. Gabungan 19 herba pulak.
2025 - Join Forever Living pulak. Minum Jus Aloe Vera sampailah sekarang. Minyak rambut aku guna Tropica Bioherbs. Gabungan minyak kelapa dara .. Ini dah mula ada uban ...Dah mula menua jugaklah.
Pendek kata , setiap yg aku join aku amalkan dengan penuh khusyuk. Makan pun aku bukan semua aku makan. Nasi minyak beriani ni aku tak suka sgt..
Itu je Tip-tipnya. Tanam lempoyang ....parut dan tapis ...minum airnya ...sebulan 2-3 kali untuk jaga kesihatan
Wallahua'lam bisawabbb...
2 ulasan:
Lagi 1, mungkin badan cikgu kecil molek, itu yang sampai srkarang maintain muda gitu..
sama juga puan isteri..
Terima Kasih Puan Martini terus istiqamah menulis komen dalam blog saya, ketika orang lain sudah melupai dunia blogging. Jika dikenangkan 10 tahun yang lalu sedih juga. Kita berpindah drp satu media sosial ke media sosial yg lain. Dari blog pindah ke FB, Instagram, YouTube, Dan Terkini Tiktok. Juga org dah bersembang di group Whatsapp atau Telegram. Akan datang Alon Musk kata org akan berpusu2 ke X-Chat pulak. Tanpa perlu daftar no hphone katanya
Catat Ulasan