Selasa, 9 September 2025

ZAMAN KETIDAKADILAN SEDANG BERMAHARAJALELA!!!

Analisis komen aku melihat apa yang terjadi mutakhir ini....

Pada akhir zaman ni, dunia semakin dipenuhi dengan fitnah dan kekacauan, sebagaimana yang telah disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa akan muncul zaman di mana orang yang amanah dianggap khianat dan yang khianat dianggap amanah, yang benar didustakan dan yang dusta dipercayai.

Sedagher2 sekalian -,
Realiti ini dapat dilihat pada zaman sekarang, apabila keadilan sering dipermainkan oleh pihak yang berkuasa, manakala golongan miskin dan lemah terus tertindas kerana tidak mempunyai pengaruh dan harta. 

Tahukah Sedagher2, Sistem sosial dan ekonomi pula lebih menguntungkan mereka yang kaya sehingga jurang semakin melebar; yang kuat menindas yang lemah, manakala yang tidak berdaya terpaksa menerima keadaan dengan penuh penderitaan. 

Sedagher2 ku sekalian!!!Inilah tanda-tanda bahawa dunia semakin menuju ke arah zaman penuh ketidakadilan sebagaimana telah diperingatkan dalam al-Quran dan sunnah.

Akhir kata, kesimpulannya, dunia ini tempat mereka bermaharajalela, namun jangan lupa hukum karma tetap akan terjadi...dan di akhirat sudah pasti mereka akan dihadapkan di Mahkamah Allah, dan mereka akan menerima pembalasan yang amat pedih ....

~Mat Som Sadona

1 ulasan:

Etuza berkata...

Allah hu akbar, saya membaca merasa sedih..dunia kini banyak huru hara..sejak dulu ada saja kerosakan akibat tangan manusia..Bersama kita btabah, amalkan sunnah nabi dan rajin baca quran ya saudaraku yang jauh..