Jumaat, 13 Mac 2009

JANGAN JADI MANGSA MANUSIA DURJANA


Sudah dua hari, aku tidak melihat peti e-melku. Alangkah terkejutnya aku malam ini, aku menerima 23 e-mel, dan 15 daripadanya berbentuk penipuan. Salah satunya, konon lelaki Eropah itu menerima wasiat berjuta dolar, sebahagiannya aku dikatakan memenangi loteri jutaan dolar, satu e-mel pula mendakwa- e-mel aku menerima cabutan bertuah dan menerima berjuta found sterling, dan kalau dikira bulan Feb dan Mac ini sahaja, kekayaan yang sepatutnya saya terima mengalahkan harta Bill Gates!!! Adakah mereka ingat aku ini terlalu dungu. Lalu, kerana aku ada sedikit masa, aku jawab e-mel itu" You dont think I am very stupid, you are pirate!!!hahahahahahaha" hendak cakap lebih-lebih, bahasa Inggeris aku pun berterabur!!!

Lagi teruk, penipuan yang dibuat oleh Pirate lagi satu ini. Dia kata daripada MAYBANK. Kononnya demi untuk keselamatan, aku kena tukar pasword aku untuk akaun Maybank2u aku. Pada hal, aku tidak pernah pun memiliki sebarang akaun Maybank!!! Kalau hendak menipu pun patut-patutlah saudara. Agaknya ramai yang telah jadi mangsa di sana? Bagus tu jadi mangsa...Pengalaman merupakan guru yang terbaik.

Dunia sekarang ini dipenuhi oleh lanun-lanun. Mereka berpakaian kemas dan berjawatan besar. Mereka menaiki kereta mewah. Mereka tidak lagi tinggal di pulau-pulau dan menyerang kapal laut. Mereka memiliki ilmu yang sangat tinggi. Sesiapa yang tidak berfikir panjang akan jadi mangsa. Dalam akhbar arus perdana, kita sehari-hari melihat mangsa merintih ditipu manusia-manusia ini. Terperangkapnya ramai wanita jelita dalam pengedaran dadah antarabangsa ialah satu contoh yang nyata. Ada yang sedang menjalani hukuman penjara dan risiko hukuman mati. Soalnya, mengapa kita terus menjadi mangsa?

Di tempat tinggal kita, kita didatangi lanun gores dan menang. Telah beribu-ribu orang menjadi mangsa. Kereta yang diidamkan cuma gambar sahaja, duit di dalam simpanan yang dikumpul bertahun-tahun ghaib dilarikan lanun-lanun itu.

Lebih parah lagi, anak-anak gadis kita menjadi mangsa lelaki-lelaki durjana. Mereka kehilangan segala-galanya, jiwa dan raga! Mereka terlalu mudah terbuai dengan pujukan yang mengalahkan pujukan hero hindustan. Ketika itu, menyesal kemudian, benar-benar sudah tiada gunanya! Barulah mereka memahami maksud peri bahasa " Sesal dahulu pendapatan..." yang mereka pelajari sewaktu di sekolah dahulu.

Dalam bisnes pun lagi banyak lanun. Lanun Skim Cepat Kayap sedang bermesyuarat sekarang ini. Tibalah saatnya mereka akan mencari mangsa dan melakukan keganasan. Mereka tidak pernah kasihan kepada kita. Berapa kali kita mesti masuk lubang yang sama? Pelaburan yang beribu-ribu dahulu, yang hilang begitu sahaja, belumkah menjadi pengajaran yang pedih buat kita? Kerajaan Albania hampir runtuh sedikit masa dahulu keran skim cepat kaya ini. Oleh itu hindarilah penganjur-penganjur skim cepat kaya ini seperti kita menjauhi orang yang sakit berjangkit. Mereka merupakan perosak masyarakat.

Selasa, 10 Mac 2009

TEMANKU MASROM JAIS

WAJAH MASROM JAIS 2009

MASROM JAIS BERSAMA TARWI SIKAT



GAMBAR TERBARU MASROM JAIS (JURAGAN)

Kawan karib saya di Pt Baru, ialah Masrom Bin Jais. Masrom dikenali oleh rakan-rakan sekelasnya di SMKSM-1984 SMK SERI MEDAN sebagai JURAGAN. Lahir pada 8.8.1967, kini menetap di Kota Tinggi. Kini beliau ingin menjejaki kawan-kawan lama yang sekelas di 5 Perdagangan 2 SMKSM 1984 itu. Sesiapa yang ingin menghubunginya smskan no tel kepada saya di talian di atas.

Waktu kecil-kecil dulu saya selalu memancing ikan keli dengannya di Parit Sarkun bersama adiknya Abadi Jais. Saya selalu juga tidur di rumah Masrom. Paling nostalgik ialah semasa bulan Ramadhan. Masrom biasanya bersembahyang Terawih di sebelah saya. Bulan puasa di kampung Pt Baru waktu itu sangat meriah. Selepas solat Terawih anak-anak muda bermain galah ehingga malam. Sebelum itu kami akan mengetuk 'kentung' bertalu-talu. Kampung-kampung lain pun begitu juga seperti Pt Singgahan, Pt Jayus dan Parit Basri. Suara itu dapat didengar di sana-sini.

Setiap lepas Terawih juga, kami akan makan kuih-muih yang dibawa. Biasanya setiap malam, bergilir-gilir sebanyak empat keluarga. Biasanya kami makan kuih, bubur kacang, keladi goreng, pisang goreng. Waktu itu kami rasa makanan seperti itu sangat sedap, hinggakan kami berebut-rebut.



Sekarang apabila balik kampung keadaan itu telah berubah. Kanak-kanak sudah tidak hairan melihat kuih-muih seperti itu. Yalah, sekarang zaman orang makan burger, fiza, hot dog. Semua itu kini jadi kenangan indah buat kami anak-anak Parit Baru Seri Medan.

Setiap kali cuti, Masrom akan datang ke tempat saya dan mengajak berbual-bual tentang cerita dulu-dulu. Saya memang susah untuk ke rumahnya di Kota Tinggi. Dahulu semasa bujang saya kerap ke sana. Sekarang sudah mula takut untuk memandu jauh-jauh. Mata pun dah mula silau dek cahaya lampu kereta yang sekarang ini bermacam-macam jenis.



Semoga sahabatku Masrom terus berjaya dalam kerjayanya dalam perniagaan yang diceburi-jual beli hartanah dan bahagia di samping anak dan isteri tercinta.

Sabtu, 7 Mac 2009

HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Isnin ini ialah 12 Rabiul Awal 1430 hijrah. Mengenang kembali perjuangan Nabi Muhammmad S.A.W Baginda merupakan idola para pejuang, bahawa untuk berjaya di dunia dan di akhirat kita mestilah bekerja keras siang dan malam. Walaupun baginda seorang Rasul pilihan, baginda tetap berusaha keras untuk menegakkan agama Allah, dan bukan diam di mesjid semata-mata berdoa sahaja mengharapkan bantuan Allah, tetapi baginda turun padang memperjuangkan dengan harta dan jiwa raganya untuk kebesaran agama Allah.

Hari ini masih ada insan-insan yang menghina baginda dari Belanda, Denmark dan seluruh pelosok dunia ini. Kita mesti membela dengan tegas sebaimana Ayatullah Khomeini memberi amaran keras kepada penghinaan munafik Salman Rusdie beberapa tahun yang lalu.

Sebelum nabi lahir, manusia di alam kegelapan yang dahsyat. Anak-anak perempuan dibunuh kerana kelahiran mereka dikatakan bakal menghina keluarga. Bayangkan anak-anak kecil di tanam di dalam tanah tanpa belas kasihan. Baginda meletakkan wanita setinggi kurniaan.

Hari ini manusia kembali ke alam kejahilan. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan dibunuh di dalam tong sampah, longkang, sungai, di bawah pokok kelapa sawit, dicampak dari rumah pangsa. Nyawa bayi ini sudah tidak ada nilai. Kini manusia bertuhankan nafsu dan harta benda. Hati manusia sudah diseliputi kehitaman syaitan yang maha pekat dan dahsyat.

Al-Quran semakin dilupakan. Apabila dibacakan akan diperlekeh dengan pelbagai sendaan. Ingatlah bahawa kita ini akan menjadi semakin parah jika kita terus membiarkan umat dibelenggu kedunguan. Carilah ilmu Allah di mana-mana. Terangilah hati kita dengan cahaya keimanan dan kebenaran. Apakah kita mahu mengikuti jejak langkah Firaun, Qarun, Namrud dan Kaum Tsamud? Sejarah akan berulang. Semoga kita berada di kalangan orang-orang yang mengikut jalan yang telah dirintis oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan bukan jalan-jalan orang yang telah sesat dan menyesatkan.

Jumaat, 6 Mac 2009

PASAR MINGGU/ PASAR MALAM

PASAR SABTU PT SULONG

PT SULONG

PT SULONG
Siapa yang tak kenal Pekan Parit Sulong? Pasarnya yang diadakan setiap pagi Sabtu sangat meriah sepanjang tahun. Jika anda kuat berjalan, ronda-rondalah pasar ini. Macam-macam ada. Hasil kampung seperti pekasam (wadik), ulam-ulam, ubat-ubat, ikan air tawar, jagung rebus, pakaian, dan pelbagai lagi. Yang datang berniaga pun datang dari pelbagai tempat. Ada yang dari Minangkabau, Kampuchea dan penduduk setempat. Kepada yang baru nak belajar berniaga pasar lambak, Parit Sulong sangat sesuai kerana banyak tempat kita boleh pasang payung. Jangan ambil tempat orang dahlah. Nanti gaduh. Kalau di Seri Medan (pagi Ahad), Pt Yaani (pagi selasa), Tongkang Pechah (pagi rabu) , tempat berniaga di pasar di pekan-pekan itu terhad. Siapa lambat, gigit jari ajelah. Tapi Pt Sulong tidak, banyak tempat kita boleh berniaga. Tetapi kalau perlukan kawasan luas seperti jual bundle kenalah tengok-tengok dulu dua, tiga minggu. Kalau setakat nak jual semeja dua bila-bila masa.

Pasar malam yang popular pula dekat kawasan ini ialah Pasar Malam Taman Sri Sulong (Ahad malam Isnin) dan Pasar Malam Pt Tengah Batu 18 (Sabtu malam Ahad). Di sanalah tempat penduduk membeli barang keperluan seperti ikan basah, sayur-sayuran dan seumpamanya.Nak merasa lauk-lauk ala kampung datanglah Pasar Parit Tengah.

Selasa, 3 Mac 2009

CERITA OYA!!!

Dalam diam kini kita telah berada dalam bulan MAC 2009. Begitulah pantas masa ini berlalu. Masa ialah usia kita. Jika kita menyia-nyiakannya bermakna kita telah merugikan usia kita. Sebab tu Allah berfirman DEMI MASA.

Sepanjang bekerja sebagai pendidik, aku dapati murid sangat suka dengan kaedah BERCERITA. Antara cerita yang paling mereka gemari ialah cerita OYA! Aku pun dah lupa apa tajuk buku itu.
Tetapi pelajar-pelajarku dulu di SMK PENGHULU SAAD, sangat suka dengan cerita ini. Hinggakan kini mereka telah ramai di universiti dan kolej, apabila berjumpa aku, pasti dari jauh mereka tersenyum-senyum, dan aku faham bahawa mereka ingat benar dengan cerita OYA itu.

Ceritanya tidak panjang mana. Cerita itu telah aku ubah sebenarnya. Presiden Bush suatu hari dijemput oleh orang Red Indian untuk berpidato di kampung mereka sambil merasmikan sesuatu projek utama untuk mereka.

Maka Bush pun disambut dengan begitu meriah sesuai dengan adat-adat orang Red Indian. Bush dipersilakan berucap selaku Ketua negara yang berpengaruh. Wajah orang Red Indian itu begitu ceria, almaklumlah inilah kali pertama seorang presiden datang ke kampung mereka.

Tibalah saat BUSH berucap. Walaupun BUSH seorang pemidato kelas C, tetapi pada petang itu
Bush begitu berkobar-kobar, mungkin kerana tenteranya di Iraq baru dapat memberkas Saadam Hussein dalam lubang tikus.

Setiap hujah yang Bush sampaikan menerima tepukan gemuruh dan pekikan OYA! OYA! Bush semakin bersemangat. Suaranya seperti halilintar membelah bumi, walaupun pidatonya tidak sebaik Sukarno. Jeritan OYA dan diselang seli dengan tepukan menjadikan Bush begitu rasa dihormati dan disanjungi penduduk Red Indian itu.

Akhirnya setelah jamuan daging panggang dan makanan Red Indian yang lain. Tibalah saat Bush meninggalkan perkampungan itu. Ketua Kampung mengiringi Bush dengan menaiki kereta kuda. Tetapi kereta itu tidak dapat bergerak dengan laju kerana jalan itu beralun dan bengkang bengkuk. Maka ketua Kampung orang Red Indian itu berkata kepada Bush.

"Tuan Bush, apabila kita lalu di sini, kita kena berhati-hati" ujarnya " Kenapa perlu berhati-hati?"tanya Bush tak sabar " Jalan ini bahaya dan banyak OYA "
" Oya? Oya tu apa?"tanya bush dengan lebih tidak sabar
" Oya tu ialah TAHI LEMBU!!!!!"
"???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
PENGAJARANNYA: USAH TERLALU PERCAYA PADA TANGGAPAN ORANG