Jumaat, 13 Mac 2009

JANGAN JADI MANGSA MANUSIA DURJANA


Sudah dua hari, aku tidak melihat peti e-melku. Alangkah terkejutnya aku malam ini, aku menerima 23 e-mel, dan 15 daripadanya berbentuk penipuan. Salah satunya, konon lelaki Eropah itu menerima wasiat berjuta dolar, sebahagiannya aku dikatakan memenangi loteri jutaan dolar, satu e-mel pula mendakwa- e-mel aku menerima cabutan bertuah dan menerima berjuta found sterling, dan kalau dikira bulan Feb dan Mac ini sahaja, kekayaan yang sepatutnya saya terima mengalahkan harta Bill Gates!!! Adakah mereka ingat aku ini terlalu dungu. Lalu, kerana aku ada sedikit masa, aku jawab e-mel itu" You dont think I am very stupid, you are pirate!!!hahahahahahaha" hendak cakap lebih-lebih, bahasa Inggeris aku pun berterabur!!!

Lagi teruk, penipuan yang dibuat oleh Pirate lagi satu ini. Dia kata daripada MAYBANK. Kononnya demi untuk keselamatan, aku kena tukar pasword aku untuk akaun Maybank2u aku. Pada hal, aku tidak pernah pun memiliki sebarang akaun Maybank!!! Kalau hendak menipu pun patut-patutlah saudara. Agaknya ramai yang telah jadi mangsa di sana? Bagus tu jadi mangsa...Pengalaman merupakan guru yang terbaik.

Dunia sekarang ini dipenuhi oleh lanun-lanun. Mereka berpakaian kemas dan berjawatan besar. Mereka menaiki kereta mewah. Mereka tidak lagi tinggal di pulau-pulau dan menyerang kapal laut. Mereka memiliki ilmu yang sangat tinggi. Sesiapa yang tidak berfikir panjang akan jadi mangsa. Dalam akhbar arus perdana, kita sehari-hari melihat mangsa merintih ditipu manusia-manusia ini. Terperangkapnya ramai wanita jelita dalam pengedaran dadah antarabangsa ialah satu contoh yang nyata. Ada yang sedang menjalani hukuman penjara dan risiko hukuman mati. Soalnya, mengapa kita terus menjadi mangsa?

Di tempat tinggal kita, kita didatangi lanun gores dan menang. Telah beribu-ribu orang menjadi mangsa. Kereta yang diidamkan cuma gambar sahaja, duit di dalam simpanan yang dikumpul bertahun-tahun ghaib dilarikan lanun-lanun itu.

Lebih parah lagi, anak-anak gadis kita menjadi mangsa lelaki-lelaki durjana. Mereka kehilangan segala-galanya, jiwa dan raga! Mereka terlalu mudah terbuai dengan pujukan yang mengalahkan pujukan hero hindustan. Ketika itu, menyesal kemudian, benar-benar sudah tiada gunanya! Barulah mereka memahami maksud peri bahasa " Sesal dahulu pendapatan..." yang mereka pelajari sewaktu di sekolah dahulu.

Dalam bisnes pun lagi banyak lanun. Lanun Skim Cepat Kayap sedang bermesyuarat sekarang ini. Tibalah saatnya mereka akan mencari mangsa dan melakukan keganasan. Mereka tidak pernah kasihan kepada kita. Berapa kali kita mesti masuk lubang yang sama? Pelaburan yang beribu-ribu dahulu, yang hilang begitu sahaja, belumkah menjadi pengajaran yang pedih buat kita? Kerajaan Albania hampir runtuh sedikit masa dahulu keran skim cepat kaya ini. Oleh itu hindarilah penganjur-penganjur skim cepat kaya ini seperti kita menjauhi orang yang sakit berjangkit. Mereka merupakan perosak masyarakat.

1 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ko tau MS.. sejak MS ckp ari tu kalau MM ada masa pun MM balas email org2 tu..MM tulis..
"I am sorry... I'm not that stupid".. lepas tu MM SENT. Ha ha ha... lepas tu MM ketawa la
sorang2. Memang kelakar la sikap org2 tu kan.. Kalau kita baca pun geram.. Macam la kita ni apa sampai nak ditipu mcm tu. Klu nak tipu pun biarlah ayat tu lain sikit. He3.. tak pro langsung. Ini sebut pasal loteri. Kita kan org ISLAM.

Ya betul.. psl MAYBANK2U tu pun mmg MM dah terima 2x dah.. yg first tu dia dh bg warning kena bg pin no. dlm tempoh 24 jam tetiba seminggu kemudian minta lagi. Nasib baik la MM sempat berfikir. Klu bab pin nombor ni mmg MM akan fikir bukan 2 kali tapi 10 kali.
Nahas klu bagi kt org sesuka ati..

OK la... jgn lupa baca artikel di blog MM bawah tajuk BIARLAH RAHSIA... kita mmg kena berwaspada di alam MAYA ni.