Jumaat, 27 Mac 2009

RAMAI BERMINAT MEMILIKI BLOG

Tajuk 'Anda Nak Buat Web Blog?' dan 'Tip buat Blogspot' sentiasa menjadi tajuk pilihan untuk dilawati oleh tetamu, selain 'Doa Pendekat Jodoh' dalam blog saya setiap hari. Rakan-rakan sekerja pun telah mula berminat memiliki blog. Cikgu Janis, cikgu saya dari Tingkatan 1-5 di SMK SRI MEDAN pun telah berjaya membina blog. Kepada rakan-rakan saya yang pernah belajar di sekolah itu lawatilah blog cikgu kita itu iaitu: http://janis57.blogspot.com/

Pasti dengan adanya blog ini, hubungan kita semakin erat. Namun kebanyakan yang telah berjaya menghasilkan blog ini, kebanyakannya masih kosong tak diisi apa-apa. Saya sebenarnya tak sabar untuk melihat hasil karya para sahabat! Apabila saya tanya, mereka akan kata "Tak ada idealah". Terlalu banyak perkara yang boleh kita tulis dalam blog. Namun, mesti diingat kita hendaklah menjauhkan diri daripada membuat dosa seperti mengumpat apatah lagi memfitnah orang lain dalam blog. Ia akan menyusahkan kita kemudian hari, kita akan menghadapi pelbagai risiko antaranya disaman oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa.

Bloglah tempat kita untuk menghasilkan buah fikiran kita untuk keamanan sejagat. Blog jugalah medan kita untuk menyampaikan dakwah kepada umat manusia, apatah lagi jika anda menguasai bahasa Inggeris. Kita juga boleh buat duit dengan blog. Taip saja 'Buat Duit Dengan Blog' dalam carian Google dan Yahoo, anda akan memperoleh banyak rahsia membina pendapatan melalui blog. Perkara utama yang harus kita buat ialah mengisi blog ini dengan pelbagai kandungan yang berguna kepada pelayar-pelayar internet yang sentiasa dahagakan ilmu dan maklumat.

Jika paling boleh kita buat ialah menulis satu artikel seminggau, kalau sebulan sudah ada empat artikel. Setahun kita telah mempunyai 48 artikel!!! Jika dah tiga tahun akan menjadi 144 artikel! Itu sudah sangat membanggakan!

Kepada sahabat-sahabatku KS747, Khairul Azman, Syikin, Burhan, Aryfinz, Abang 05 dan lain-lain yang telah mempunyai blog, teruskanlah usaha anda untuk menjadi blogger yang terkenal suatu masa nanti.

Kepada yang tak berminat dengan blogspot (blogger.com) bolehlah membina blog melalui.

http://www.wordpress.com/ ,
http://www.blog.com/,
http://www.blogdrive.com/

lain-lain yang akan saya beritahu kemudian. Namun blogger.com ini lebih popular daripada yang lain. Jika ingin blog yang berbayar RM 99 seperti http://matsomherbs.blogstarz.my/ pun dialu-alukan. Segalanya terpapar di skrin komputer anda. Tinggal anda nak pilih yang mana satu anda suka.
ya...di bawah ini juga anda boleh membina blog percuma...cubalah:

http://www.blogcity.com/
http://blogwise.com/

Tiada ulasan: