Khamis, 2 Disember 2010

JAUHI KEMISKINAN


Aku sedang membaca buku tulisan Mohd Rozani Pawan Chek yang bertajuk Buat Duit Dari Rumah. Almaklumlah aku kan suka baca buku-buku macam ni. Aku bayangkan apabila dah pencen nanti, ketika usiaku kalau panjang, 56 tahun, aku dah tak boleh buat apa-apa. Maka paling simple ialah menjalankan bisnes mail order seperti yang dicadangkan beliau.

Aku nak petik satu tajuk yang diutarakan Mohd Rozani iaitu Miskin Bukan Alasan untuk tidak berjaya dan kaya.

Saidina Ali pernah berkata "Seandainya kemiskinan itu sejenis makhluk, pasti aku penggal lehernya dengan pedangku ini."

Kemiskinan itu menghampirkan diri kepada kekufuran.

Maka alangkah elok kita memikirkan satu bisnes yang boleh membawa kita lari daripada kemiskinan. Antara caranya ialah dengan bisnes dari rumah yang kenali sebagai mail order yang masih agak baru di Malaysia ini, tetapi kini telah ramai jutawan yang lahir dari bisnes ini, antaranya Irfan Khairi yang terkenal itu.

Di sini ada 5 perkara 'JANGAN' berkenaan miskin.

Anda seboleh-bolehnya menggelakkan 5 perkara ini:

Jangan biarkan diri dalam kemiskinan.
Jika kita biarkan ia, maka kehidupan kita, isteri dan anak-anak akan berada dalam kesusahan. Kita hendaklah gigih dalam memperjuangkan meningkatkan ekonomi keluarga kita agar anak-anak dan isteri kita hidup selesa.

Jangan biarkan diri dihina kerana miskin.
Anda perlu sedar anda ada maruah dan harga diri. Anda tidak perlu marah jika anda dihina kerana miskin. Dalam diam kita perlu berusaha dengan gigih agar terkeluar dari kehinaan itu.

Jangan susahkan orang lain kerana miskin.
Hiduplah dengn berdikari, dan jangan menyusahkan orang lain. 

Jangan takut pada miskin.
Tanpa kemiskinan, anda sudah tentu tidak berusaha. Ramai orang yang hebat, asalnya mereka miskin. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Jutawan-jutawan itu kebanyakan mereka dahulu merempat dan dihina orang.

Jangan hina kemiskinan.
Hidup ini bagaikan roda yang berputar. Jangan hina kemiskinan anda dan juga kemiskinan orang lain. 

Rabu, 1 Disember 2010

JEOULESNYA TENGOK RUMAH DIA!

Sesekali atau barangkali selalu kita tengok rumah kawan kita
yang demikian tersergam indah. Lalu apabila kita balik, kita akan rasakan
betapa kecil dan buruknya rumah kita. Kenapalah aku tak kaya macam dia?


Oleh itu aku ada mendengar satu petua.
Selepas kita mengunjungi banglo mewah kawan kita tu,
Kita jangan terus balik, sebaliknya
 kena kena pergi tengok
TUJUH rumah yang lebih dhaif daripada rumah kita.
Pusing-pusinglah bagaimana orang duduk di rumah setinggan misalnya.
TUJUANNYA: Supaya kita rasa bersyukur dan ingat kata-kata ini.
"LEBIH BAIK DI SINI, RUMAH KITA SENDIRI"


AKU BELUM KAYA LAGI?

Semua orang nak kaya dan hidup senang. Namun kadang-kadang kita rasa kita belum kaya, kerana apa yang kita hendak belum kita capai. Jika kita ingin mengejar itu semua, maka jiwa kita akan gundah-gulana.

Bandingkanlah kita pada masa dahulu, yang tidak punya apa-apa. Sekarang kita sudah ada rumah, kereta, anak, isteri dan suami. Kayalah tu. Berapa harga rumah tu? Dulu membetis sahaja naik bas, sekarang dah memandu kereta sendiri. Dulu tunggu bas henti-henti, hari-hari menyedut karbon monoksida, sekarang dah dihantar suami ke tempat kerja.

Bukan aku tak nak kalian kaya raya macam Irfan Khairi atau macam AC Mizal, ND Lala yang income 5 angka tu, atau macam anak-anak Sosilawati. Semua orang nak. Tetapi, janganlah sampai pening kepala memikirkan hal itu.

Setiap ringgit yang kita dapat kita bersyukur. Usahlah membazir dengan membeli benda-benda yang tak berfaedah. Beli sekejap lepas tu simpan kat stor. Kereta dah ada dua buah, beli lagi satu, nak buat apa? Kita akan bahagia jika kita dermakan duit yang lebih itu kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim. Ini nak buka sekolah ni, ramai lagi orang menangis-nangis tak ada duit nak bayarkan yuran anak. Itu kalau kalian orang yang dah banyak duitlah. 

Ini kerana: "Kita akan rasa bahagia, andainya kita dapat membahagiakan orang lain"

Itu sahajalah omelan aku pada petang yang hening ini.

DUA TAHUN DAH

Dua tahun dah tulis blog. Apa aku dapat? Hei Sdra, kalau kawan lama aku DINDIRIN melihat blog aku ni, pasti dia tersenyum kerana beliaulah antara orang pertama yang mengajar aku tentang memegang mouse. Masa tu (tahun 1999)word pun aku tak tau. Beliau juga yang menunjukkan aku tentang excel, dan paling aku teruja apabila beliau menunjukkan cara-cara nak scan gambar. Betapa kerdilnya aku ketika itu. Beliau pula seorang yang sangat sibuk, kalau aku nak tanya mesti tunggu beliau batuk. Dindirin guru yang sangat dedikasi pernah aku jumpa. Tak pernah pun aku sekali nampak dia duduk-duduk apatah lagi tertidur di tempat kerja. Tangannya sentiasa menaip kerja sekolah. Beliau sekarang mengajar di SMK Sains Muar. Bulan lepas tiba-tiba DINDIRIN memfollow aku, alangkah terkejutnya aku kerana aku ditemukan kembali dengan orang yang mengajar asas-asas komputer. Maka, aku bersyukur walaupun blog aku tak sehebat blog-blog yang disenaraikan sebagai blog popular, sekurang-kurangnya aku telah mencapai sesuatu peningkatan dalam hidup. Tak gitu?

PASANGAN ANDA BERMASALAH?

Memiliki pasangan yang bermasalah sememangnya boleh menimbulkan pelbagai tekanan dalam rumahtangga. Jika berlanjutan boleh menjejaskan hubungan suami isteri seterus nya membawa kepada keretakan rumahtangga. Berikut adalah antara ciri-ciri yang ada pada diri pasangan yang bermasalah dan ambil iktibar daripadanya.
Suka mendengar cakap orang
Lebih mempercayai kata-kata orang di sekeliling berbanding pasangannya sendiri. Sekiranya apa yang diperkatakan itu adalah baik tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika perkara itu buruk hingga menjejaskan kerukunan rumahtangga anda berdua? Sudah pasti keadaan semakin tegang!

Suka mengongkong dan kuat cemburu
Biasanya pasangan yang bersifat mengongkong mempunyai sikap cemburu yang agak ketara. Sikap cemburu inilah yang menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya mengawal pergerakan pasangan. Adakalanya, kewangan pasangan juga dikawal.

Bersikap kasar
Di awal perkahwinan segalanya indah. Namun, apabila usia perkahwinan melalui tempoh beberapa tahun segalanya berubah. Jika bertambah baik tidak mengapa tetapi bagaimana pula sebaliknya? Tentu kecewa, bukan?

Boros dan suka berbelanja
Mungkin disebabkan latar belakang keluarga pasangan itu yang sudah dimewahkan dengan wang ringgit dan harta benda sejak kecil. Sikap ini mungkin terbawa-bawa di alam rumahtangga dan timbul masalah jika pasangan yang dikahwininya tidak berkemampuan seperti yang diharapkan. Namun, ada juga pasangan yang sememangnya sudah biasa boros dan suka menghabiskan wang tanpa memikirkan kemampuan diri.

Suka berpoya-poya
Pasangan seperti ini biasanya lupa akan statusnya apabila berada di luar. Memburukkan lagi keadaan jika si isteri keluar tanpa keizinan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Degil dan tidak mahu berubah
Sikap seperti ini dianggap semuanya betul serta jarang mahu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Sikap keras hati dan keras kepala hanya akan membuatkan keegoan pasangan anda tercabar.

Bising dan suka berleter
Pasangan akan mudah rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Isteri sering dikaitkan dengan sikap suka berleter ini. Maka tidak hairanlah ada antara suami yang tidak betah duduk di rumah dan sanggup berada berjam-jam di kedai kopi bersama rakan-rakannya.

PETIKAN MAJALAH NONA