Khamis, 6 Oktober 2011

ANTARA DUA PILIHAN


Pada tahun 1980 Dengan duit RM 50 kita boleh beli macam-macam


Pada tahun 2011-Dengan duit RM 50 kita cuma boleh beli barang semacam


1995-Cincin Belah Rotan baru berharga RM 150

Sekarang nak beli cincin belah rotan kena sediakan sekian banyaknya.....

Di Zimbakwe nak beli sedikit makanan kena bawa duit sebegini beratnya

Jika warga dunia yang lain mula menyimpan emas, mengapa kita masih 
terus menanti? Duit yang kita kumpul bertahun-tahun dalam KWSP biasanya akan habis
dalam tempoh 3-5 tahun sahaja.  
Justeru, kita nak simpan duit yang nilainya semakin mengecil ATAU nak simpan
emas yang nilainya semakin meningkat? Ini bukan iklan, sebab aku pun pukan pengedar emas, cuma nak buka kesedaran . Macam dululah mula-mula kerajaan kenalkan ASN, ramai yang macam tak percaya, apabila kerajaan umumkan dividen 60% baru menyesal tak sudah.

Rabu, 5 Oktober 2011

PILIHAN RAYA SEMAKIN HAMPIR

Nampaknya pilihan raya terasa semakin hampir. Buktinya? SPR telah pun sedang giat mencari petugas-petugas SPR seperti ketua saluran mengundi, kerani dan penunjuk arah tempat mengundi. Aku pun dipelawa pagi tadi oleh bos aku, tetapi aku bercadang nak merakamkan suasana pilihan raya di tempat aku ni, jadi aku tidak menerima tawaran itu.


Agak-agak bila pilihan raya ni berlangsung? Rasanya cuti sekolah kut?

PELABURAN EMAS-DATUK SALLEH MAJID



Dengarlah pesanan bekas Presiden BSKL tersebut.

Selasa, 4 Oktober 2011

MANUSIA TERUS BEREVOLUSI


Walaupun perkembangan teknologi di dunia ini begitu pesat, namun belum ada manusia yang boleh terbang? 


Jika aku boleh terbang seperti lelaki itu, pertama yang akan kulawati ialah Bush. Aku akan mengajaknya terbang, dan kemudian aku jatuhkan dia di atas batu-batu tajam di pergunungan Afhanistan.....sebagai pembalasan kematian berjuta-juta saudara seagamaku atas arahannya dahulu.

Isnin, 3 Oktober 2011

ANAK KRAKATAU MULAI MEMBARA

Gambar Anak Krakatau Oktober 2011-Ihsan Vivanews

Anak Krakatau
Gambar pada 3 Oktober Ihsan Kompas

Ibu Krakatau pernah menggemparkan dunia pada abad ke 19 (Tahun 1883) yang letusannya telah menyebabkan penduduk menyangka hari Kiamat telah pun tiba. Kini Anak Krakatau telah mempamerkan asap hitam.


Penduduk di sekitarnya seperti Banten dan pesisir pantai Sumatera kelihatan masih tenang dengan keadaan itu.

Letusan ini menjadikan air laut menjadi hangat, dan ia menghasilkan plankton. Ini akan menyebabkan nelayan akan mendekati kawasan gunung ini untuk menangkap ikan yang teruja dengan plankton tersebut. Ia yang menyebabkan kerajaan Indonesia bimbang terhadap keselamatan mereka.

Agak-agak di mana letaknya Anak Krakatau? Jom tengok Google Map.....Ya di sini..Jika kita lihat peta ini...jika gunung berapi yang menggila bak Krakatau dulu, negara kita Insya Allah masih dalam keadaan selamat. Sebelum aku lihat peta ini, aku bayangkan ia terletak dengan Tanjung Piai....(teruk betul Geografi aku).



 Semoga saudara-mara kita di Indonesia selamat daripada segala mala petaka, termasuklah Anak Krakatau yang mula menunjukkan wajah bengisnya.