Rabu, 12 Oktober 2011
PENCEN 60?.....HA HA HA HA!
Aku ambil dari SINI. Tu yang aku nak pencen 56. Bagilah kat orang muda. Anak murid tengok kita pun dah tak minat dah.
Selasa, 11 Oktober 2011
SAJ BERI PENGUMUMAN...DENGAR SINI!
Wahai sekalian rakyat Batu Pahat Yang Terlibat..........! Bahawa pada......
Jam 4.00 petang Selasa 11 Oktober 2011- jam 8.00 pagi Rabu 12 Oktober
Tempoh Masa : 16 Jam
Bekalan air akan terputus
Kerana proses penyelenggaraan injap dan sebagainya.....
Kawasan terlibat
Seluruh Pt Sulong
Seluruh Jalan Simpang Lima sampai Pekan Simpang Lima
Kawasan Sri Sulong dan Kangkar Senangar
Simpang Lima hingga Parit Sangit Semerah
Seluruh Tongkang Pechah
Pt Sulong hingga Pt Md Nor termasuk Kolam Air
Seluruh kawasan Tongkang Pechah
Kg Bindu
Nak Tanya lebih Lanjut: Hubungi Talian 1 800 88 7474
Sekian Terima kasih. Sediakan Tong sebelum ketandusan!
Jam 4.00 petang Selasa 11 Oktober 2011- jam 8.00 pagi Rabu 12 Oktober
Tempoh Masa : 16 Jam
Bekalan air akan terputus
Kerana proses penyelenggaraan injap dan sebagainya.....
Kawasan terlibat
Seluruh Pt Sulong
Seluruh Jalan Simpang Lima sampai Pekan Simpang Lima
Kawasan Sri Sulong dan Kangkar Senangar
Simpang Lima hingga Parit Sangit Semerah
Seluruh Tongkang Pechah
Pt Sulong hingga Pt Md Nor termasuk Kolam Air
Seluruh kawasan Tongkang Pechah
Kg Bindu
Nak Tanya lebih Lanjut: Hubungi Talian 1 800 88 7474
Sekian Terima kasih. Sediakan Tong sebelum ketandusan!
Sabtu, 8 Oktober 2011
KEYBOARD LAPTOP ADA MASALAH
Masalah Mamat ni samalah dengan masalah aku.
Rasa macam nak call kawan-kawan yang tahu tentang komputer. Tapi malaslah pulak nak mengganggu mereka petang Sabtu yang santai ini. Hari bekerja telah ditimbuni fail, cukuplah...hari ni hari bersama-sama keluarga.
Dah petang ni baru terfikir nak tanya Encik Google. Akhirnya terjumpalah blog pakar...JIWANG.ORG....selesai masalah aku......lega...dah settle satu masalah
Apabila boring2, aku melepak di fan SAYA SUKA JADI CIKGU. Ia merupakan fb kegemaran aku. Di situlah cikgu-cikgu bersembang pelbagai hal tentang dunia mereka. Seronok jugakle bila ada antara mereka yang klik LIKE pada pendapat aku yang entah apa-apa tu.
Jumaat, 7 Oktober 2011
RAMUAN BAJET 2012
SEMUA MURID SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH TAHUN 1-TINGKATAN 5
AKAN DAPAT RM 100 SEBAGAI PERBELANJAAN SEKOLAH AWAL TAHUN 2012
- Bekas anggota balu, zaman darurat, seperti Homeguard akan terima RM 3000. (Emak aku tak dapat, dah banyak kali mohon, sebab...ayah aku masa tu guna nama lain, jauh sangat, nama asal arwah).
- Yuran pendidikan menengah dan rendah dimansuhkan. (Ingat...ni rasanya yuran yang RM 24.00 tu..... buku tulis, buku-buku kerja, Yuran PIBG, alat tulis, dan lain-lain tetap kena bayar...takut pulak cikgu-cikgu kena marah apabila mintak duit tersebut awal tahun 2012 nanti...). Jadi kerajaan juga akan beri RM 100 kepada setiap pelajar sekolah menengah dan rendah bagi perbelanjaan persekolahan yang tersebut.
- Umur persaraan wajib dilanjutkan ke 60 tahun...(Ini aku tak sanggup, aku tetap pencen 56 tahun. Akan adalah nanti kaki tangan yang meninggal semasa bertugas. Ramai yang asyik MC sajalah. Naik tangga empat tingkat termengah-mengah. Kalau sekolah ada lift okeylah juga).
- Warga emas tak perlu bayar pendaftaran di klinik dan hospital kerajaan.
- Warga emas dapat diskaun 50% kalau naik LRT.
- Bonus setengah bulan gaji lagi kepada seluruh kaki tangan kerajaan, yang akan dibayar pada bulan Disember nanti. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
Khamis, 6 Oktober 2011
TUNGGU BAJET 2012 UNTUK NAIKKAN HARGA
Isteriku merungut kerana pampers Pet Pet yang sudah dibeli bertahun-tahun kini semakin habis di beberapa kedai yang biasa menjualnya. Anak aku ni kalau pakai pampers jenama lain, dia garenti kena ruam. Lalu kedai tu pun kata, itu company dah nak naikkan harga. Tunggu lepas Bajet 2012 agaknya?
Itu cuma satu contoh. Tak taulah barang lain. Mereka kalau naikkan harga pun tak beri tahu kita. Roti untuk sarapan anak kita yang dulu 50sen, naik 60 sen pun diam-diam. Masa bila pula naik ke 70 sen kita tak perasan. Kenapa tak naikkan ke RM 1 je? Orang bising pun sekejap je kan?
Ada yang tak sabar nampaknya untuk mengetahui apa kejutan yang akan dibuat oleh PM kita esok. Dalam TV 1 tadi ada diskuss hal itu. Cuma cara pengacara itu menjawab panggilan penonton agak mengecewakan. Sikit-sikit nak potong cakap mereka. Kalau macam tu tak payahlah buka kepada pendapat orang ramai. Dia dengan ahli panel jelah yang bercakap, sudahle.
Langgan:
Catatan (Atom)






