Isnin, 7 November 2011

KEKALUTAN EROPAH

Pekan Settala, Itali

Walaupun Perdana Menteri Greece George Papandreou telah membatalkan pungutan suara untuk tidak menggunakan mata wang Euro, ekonomi Eropah tetap dilanda kemuraman.


Di Itali misalnya, seorang pengarah bank telah merungut
"Saya tiba di sini pada tahun lepas untuk menyusun semula pentadbiran bank ini, tetapi sekarang saya terpaksa berkerja seperti gila!"


Beliau menambah....
"Misalnya, tadi ada seorang pelanggan bank menemui saya untuk membuat pinjaman 25 000 Euro untuk membeli sebuah van, tetapi saya kata, TIADA....Lelaki itu sangat kecewa, dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, kerana tiada peruntukan...Dia seorang pelanggan yang baik, namun saya tidak boleh membantu"


Seorang pengarah bank lagi bercerita.....
"Seorang wanita tergesa-gesa berjumpa saya, dan dia ada terbaca di Facebook bahawa kerajaan berhak untuk mengeluarkan duit simpanan mereka daripada bank. Dia ingin tahu adakah itu benar?....Saya terpaksa menerangkan dengan panjang lebar tentang perkara itu"


Krisis yang berlaku di negara tersebut telah meletakkan bank sebagai sasaran. 


Seorang lagi orang kuat bank berkata...
"Ibu pejabat bank mengarahkan kami mengumpulkan seberapa banyak wang daripada simpanan awam, tetapi sekarang mereka datang ke sini sekadar untuk bertanyakan soalan...."


Settala Itali, sebuah pekan kecil dengan penduduk sekitar 7500 orang penduduk sahaja (sedangkan Seri Medan berpenduduk 30 000 orang, tiada satu bank pun sudi membina cawangannya di situ)...terdapat lima buah bank di Settala, membuktikan betapa orang-orang di situ memang berwang (beruang?)....Ramai yang telah berkereta besar, rumah besar...isteri besar...namun kini mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak. Semuanya gara-gara hilang kepercayaan terhadap ekonomi Eropah, takut simpanan pelaburan mereka menyusut, gara-gara ada negara Eropah yang tidak dapat membayar hutang antaranya Greece.


Begitulah, yang berlaku di negara orang putih tu. Betapa keyakinan pelabur itu penting untuk kekukuhan ekonomi sesebuah negara atau benua, malah seluruh dunia. Kita di Malaysia haruslah menjadikan ia sebagai iktibar. Usahlah terlalu banyak hutang untuk membeli sesuatu yang di luar kemampuan kita, kerana akhirnya ia akan menjahanamkan kehidupan kita dan negara keseluruhannya. 

Ahad, 6 November 2011

LIVE HAJI DARI MEKAH







Klik LINK INI

RAYA DATANG LAGI

 Baru saja menjengok dan beraya di rumah ibuku...anak-anak saudara
bermain bunga api...macam raya puasa pulak...

 Dari pagi hingga ke petang operasi mengemas stor. Yang dibuang ada,ada juga yang boleh dikitar semula, dapatlah upah hari ni, dua kali hantar...RM 75. TV buruk aku laku RM 8 sebuah, Skrin Komputer RM 7...harga besi satu kilo RM 1.00..Harga semua jenis plastik 50 sen sekilo....harga kertas tetap stabil 40 sen sekilo. Kuali hitam untuk goreng ikan laku 51 sen sebuah...
   
 Adik aku yang duduk dengan emak aku tetap menyediakan kuih untuk menerima kedatangan adik-beradiknya. Aku datang awal malam ini sebab esok nak tolong kerabat terdekat isteriku melapah lembu korban. Kejap lagi nak mengasah pisau....

Khamis, 3 November 2011

SERONOKNYA DAH PENCEN

Petang semalam, selepas sesi kerja, aku tak balik, aku terus menuju ke Pt Raja, kemudian menemui seorang customer di Simpang Rengam. Ingatkan lepas tu nak ke Kluang, tetapi disebabkan dua orang prospek yang bakal ditemui mempermain-mainkan aku, sampai masanya seorang tu tutup handphone. Seorang lagi dijawab oleh seorang wanita Indonesia. Macam-macam hal mereka ni. 


Aku pun balik lalu Yong Peng. Singgah ke rumah seorang pelanggan tetap aku. Seorang guru. Rupa-rupanya dia baru pencen bulan lalu. Aku pun tanya, minat tak kalau diberi peluang pencen 60 tahun?


"Oh...tidak Mat Som....! Kau tak tau betapa seronoknya, nikmatnya pencen ni...pagi-pagi aku sudah tidak tergesa-gesa lagi. Malam pun nak tidur tidak ingat itu ini....Kau tengok kebun sawit belakang rumah aku tu....aku dah bersihkan. Itu lebih membahagiakan aku........"


"Kau pencen lama lagi ke Mat Som?"


"10 TAHUN LAGI"


"Aduh...lamanya Mat Som...macam-macam akan kau hadapi nanti....sabar ajelah ya..."