Jumaat, 13 Julai 2012
HARI KELUARGA ADIK-BERADIK AKU
Assalamualaikum warohmatullahiWabarokatuh.....
Tadi kami dah beli barang-barang runcit dan pelbagai dgn KAK SARIPAH di kedai Seri Medan untuk majlis kita Esok.
JAWATANKUASA MAJLIS HARI KELUARGA 2012 IALAH:
Pengerusi: Pn Hajah Saripah Sondono
Tim Pengerusi dan Setiausaha : Mat Som Sadono
Ajk:
1. Jamuan dan persediaan barang runcit : Pn Hjh Saripah Sondono dan Mat Som
2. Rewang : Siti Amanah, Timyati, Kak Roha, Fatimah Sulaiman.
3. Bacaan Tahlil dan Imam Solat Magrib - Baharuddin Sodono.
4. Permainan dan pertandingan (dan hadiah) : Puan Sam.
5. Pertandingan melukis dan hadiah : Marfiah Sodono
6. Persiapan tempat, persiapan pinggang mangkuk: Siti dan Azli.
Terima kasih kepada yang telah menyumbangkan:
Wang ringgit, daging-daging ayam, makanan, buah-buahan, kuih-muih, hadiah-hadiah, sumbagan tenaga, buah fikiran dan sebagainya.
Antara tetamu KHAS yang telah dijemput ialah:
1. Lek Jamal
2. Lek Dolah
3. Ibnu Masngut
Kepada semua anak saudara, yang dekat, yang jauh, diJEMPUT HADIR.
Atur cara majlis:
3.00- Rewang bermula
4.00 - Kehadiran dip-dip kehormat
5.00 - Selepas Asar - Pertandingan anjuran Sam
5.30 - Sesi bergambar 8 saudara, dan berserta semua anak saudara
6.30 - Jamuan petang
7.30 - Solat Magrib berjamaah
7.50 - Tahlil untuk para arwah
8.00 - 2 JAM pertandingan mewarna utk kanak-kanak, yg tua bertahlil
9.00 - Jamuan 2
9.30 - Ucapan dan luahan ke, apa ke....borak-borak sampai mengantuk
10.30 Majlis bersurai
Sekian untuk makluman Azham Hj Johari, Nurul Amira Hj Johari,Nuruladiah Baharuddin, semua anak Rosli Katiman, semua anak Timyati Sodono, Semua anak Saripah, semua anak Siti Muriyati Hj Johari, semua anak aku, semua anak Marfiah, semua anak Puan Sam, semua anak Siti, semua anak Baharuddin Sodono, semua anak-anak, sdra2 , sdri2 yg lupa nak sebut di sini.
Semoga matlamat Majlis Hari Keluarga 2012 iaitu:
Mengeratkan hubungan 8 bersaudara dan seluruh anak cucu-cicitnya.
Agar sesama anak-anak kita saling mengenali dan dapat membina hubungan kekeluargaan yang mantap dan teguh akan tercapai.
Al-Fatihah untuk Ayahnda kita...Alfatihah...
Semoga Ibu kita yang tersayang panjang umur dan sihat walfiat hendaknya.
Sekian, terimakasih
Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh....!
Selasa, 10 Julai 2012
LELAKI ITU CALON AHLI SYURGA
Gambar hiasan: Syeikh Dr Abdullah Azam yang telah mati syahid dibunuh Amerika dan kuncu-kuncunya.
Malam tadi aku mengikuti kuliah Ustaz Ishak Nor, di mesjid tempat tinggal aku ni. Alhamdulillah sambutan sungguh luar biasa. Sembahyang Isyak penuh macam hari Jumaat. Ramai jemaah dari jauh datang ke sini, semata-mata nak mendengar butir-butiran ilmu yang disampaikan oleh ustaz yang dijemput itu.
Selama satu jam 15 minit, pelbagai kupasan dibuat. Antaranya menyentuh tentang undang-undang Allah, Hukum Hudud, sesiapa yang berkata undang-undang Islam itu tidak sesuai dijalankan di negara kita, boleh menyebabkan akidah seseorang itu akan tergelincir. Siapa yang mencipta orang Cina? Siapa yang mencipta orang India? Kamu percaya akan Quran, tetapi mengapa kamu tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Al-Quran itu? Kamu duduk di bumi ciptaan Allah, tetapi kamu gunakan undang-undang ciptaan manusia.
Cukup....cukup....Satu tembakan tepat kepada mereka yang berfahaman demikian.
Mungkin kalian biasa dengar kisah di bawah ini, namun Ustaz Ishak bercerita lagi tentangnya....Kerana kita selalu lupa akan ceritanya.
Iaitu hal seorang lelaki yang Nabi Muhammad sebutkan akan menjadi ahli syurga...confirm masuk syurga. Rasulullah memberitahu, lelaki yang memasuki pintu mesjid ini nanti adalah ahli syurga. Sahabat-sahabat ternanti-nanti siapa lelaki yang dimaksudkan itu. Tak lama kemudian masuklah lelaki itu dan solatlah dia. Keesokannya Nabi Muhammad SAW berkata lagi seperti semalam, sekejap lagi akan masuk seorang lelaki, beliau itu adalah ahli syurga. Sahabat ternanti-nanti, dan melihat orang yang sama semalam masuk ke mesjid melalui pintu itu. Hari ketiga pun sama juga, Rasulullah berkata begitu, dan lelaki yang sama melalui pintu itu.
Seorang sahabat tidak puas hati, lalu ingin mencungkil rahsia, apatah yang dilakukan lelaki itu di rumahnya.
Berkatalah ia kepada lelaki itu, bahawa kononnya ia ada berselisih faham dengan ayahnya dan ingin menumpang selama tiga hari di rumah lelaki calon ahli syurga itu. Lelaki itu sangat berbesar hati kerana ada tetamu yang hendak datang ke rumahnya, dan dia pun mengikutnya pulang ke rumah untuk menjadi tetamunya selama tiga hari.
Selama tiga hari, dia perhatikan lelaki itu hanyalah solat dan sembahyang seperti orang lain. Tidak ada keistimewaan yang luar biasa.Cuma yang dia nampak lain, semasa tidur lelaki itu ada menyebut Allahuakbar, Subahanallah, Alhamdulillah semasa badannya beralih ke kanan dan ke kiri semasa tidurnya itu.
Hari dia nak balik rumah, dia bertanya lelaki istimewa itu dan menyatakan tujuan sebenar ia bertamu di rumahnya. Lelaki itu menjelaskan bahawa apa yang tetamunya nampak itu, itulah yang dilakukannya. Masa kerja pergi kerja, sembahyang macam biasa....
Apabila tetamunya nak balik,baru lelaki itu teringat....Tunggu...
Lelaki itu baru teringat, kemungkinan sebab satu ini yang menyebabkan Nabi Muhammad mengatakan bahawa dia menjadi penghuni syurga. Beliau pun memberitahu tetamunya...
iaitu SELAMA HIDUP DIA, DIA TIDAK PERNAH ADA PERASAAN HASAD (dengki) dengan orang lain.
Dan tetamunya pulang dengan gembira dengan jawapan ringkas itu. Dia telah mencungkil rahsia itu!
Kita ini bagaimana? Kita penuh dengan hasad, riak dan pelbagai sifat buruk. Adakah kita ini layak memasuki syurga jika kita penuh dengan sifat-sifat ini?
Hasad itu apa? Contoh, kita rasa sakit apabila kawan kita beli kereta baru. Kita sakit hati apabila lihat rakan kita dapat suami kacak dan kaya. Kita rasa sakit apabila kawan kita naik gaji dan pangkat dan pelbagai lagi hasad.Juga dalam hidup berjiran. Ustaz menjelaskan dosa hasad itu telah menyebabkan fahala kebaikan kita terhakis satu demi satu! Akhirnya kita menjadi miskin dan papa di akhirat!
Mulai hari ini ucapkan tahniah kepada kejayaan orang lain. Jauhkan perasaan HASAD sejauh-jauhnya. Campakkannya di lautan biar hanyut dibaham ombak yang mengganas itu.....
Ahad, 8 Julai 2012
HARI KELUARGA SKSP
Sebelum kawan-kawan SKSP tengok gambar-gambar ni, aku memohon maaf kerana jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar kali ini ialah puteriku Ili, jadi gambar-gambar yang diaambilnya ikut suka hati dialah. Sebab itu tak banyak gambar kawan-kawan di sini. Malulah kut dengan bekas guru-gurunya.
Kambing yang dipanggang pun macam nampak rentung je, lain kali kita panggang kerbau...
Elokle ke hotel milik MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA ni, semuanya serba baru, kilat dan wangi....
Inilah saja gambar kawan-kawan yang ada, itu pun nampak berbalam-balam....jurugambar dah mengantuklah kut...?
Siapalah jejaka tampan yang disnap oleh anak aku ni....pertandingan kapal terbang polistrin entah dari department mana. Tak sempat tanya, sebab sibuk jaga Alif Iskandar yang semakin ligat tu......(tengok gambar di bawah tu). Kreatif juga mereka ni, rasanya ada lebih 10 kapal terbang yang diterbangkan.
Pagi tadi juga berlangsungnya pertandingan memancing, tak sempat pula anjuran siapa, nampak ramai dan meriah di sepanjang Pantai Tanjung Kling tu
Aku bukan nak mengurat ok
Sabtu, 7 Julai 2012
ANDROID OH ANDROID, TABLET
Petang semalam pergi, pagi ni jam 10.00 pergi lagi ke ekspo IT di Square One, Karfour Batu Pahat ni. Tak jemu pusing-pusing sini. Kalau nak ikutkan kemampuan, nak beli semua yang ada kat situ, malangnya peruntukan terhad. Akhirnya aku beli juga yang termurah. Tablet android.....bolehlah aku tunjuk kawan-kawan kat bilik guru nanti. Tablet ni, ada hadiah keyboard, memori kad, cower tebal. Sekurang-kurangnya anak aku tak kacau aku lagi guna laptop tu. Biar mereka bertablet-tablet. Harga RM 220 tu lembab sikit. Yang berharga RM 320, HABIS STOK pula. Aku belilah yang laju sikit, harganya RM 365.00. Itupun Ustaz Sukran dah merayu-rayu dengan taukey En Valley, baru dapat harga tu. Dia pun beli satu. Ketika itu ada juga pembeli lain, mereka bayar RM 380 UNTUK TABLET YANG SAMA tu.
Petang ni juga kami nak ke Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Ada Hari Keluarga SK Seri Pasir di sana. Bolehlah aku dan Ustaz Sukran mempromosi tablet ni.....jumpa di sana malam ni, kami nak panggang kambing!
Orang Batu Pahat yang mengidam Ipad, Tablet, Netbook tu serbu segera Square One tu. Mereka promosi tiga hari saja, sampai Ahad esok sahaja!
Rabu, 4 Julai 2012
DUNIA INI HANYA FATAMORGANA
Jika ditanya kebanyakan orang, apa yang mereka inginkan dalam dunia ini? Tentu jawapannya kejayaan, kekayaan, dan kegemilangan. Mereka nak duit berjuta-juta, rumah besar, kereta besar-besar, isteri yang jelita, suami yang segak tampan, anak yang comel dan bijak-bijak, pendek kata, semua mulus-muluslah.
Kita pernah digemparkan dengan wanita hebat di Filipina ini, Imelda Marcos, tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya, termasuklah koleksi kasut dan seluar dalam yang beribu-ribu jumlahnya. Bukankah itu menggambarkan, bahawa manusia itu tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya?
Muamar Gadafi sewaktu pemerintahannya juga menambahkan koleksi sejarah manusia yang tamak dengan kuasa dan harta benda. Ramai rakyatnya yang merempat, tetapi dia membeli patung-patung yang tidak membawa apa-apa faedah ini?
Lantas, kenapa manusia ini tidak pernah merasa puas, meskipun mereka memiliki segala-galanya yang orang lain tidak miliki?
Itulah yang ingin aku kongsikan di sini. Dalam kuliahnya, ustaz yang sudah aku lupa namanya, kerana ramai sangat ustaz yang datang ke mesjid tempat aku ini....Beliau menjelaskan, manusia tidak akan puas dengan apa yang ada di dunia ini, kerana induk kita iaitu Nabi Adam dan Hawa asalnya dari syurga. Jadi, semua yang ada di dunia ini cuma FATAMORGANA. Kepuasan yang abadi hanya ada di syurga.
Dulu, semasa kita kecil, waktu kita miskin, kita tengok orang naik kereta, kita kata, bestnya besok kalau aku dah ada kereta. Akhirnya, kita pun dah kerja, kita pun beli kereta, Kita pun suka bangetlah dengan kereta yang baru kita beli tu. Kupandu ke kiri, kupandu ke kanan. Rupa-rupanya kita seronok dengan kereta tu sekejap aje. Kita pun dah minat dengan kereta model yang terbaru pula. Lepas tu kita tukar, dan tukar.....sampai bila nak berhenti?
Di Amerika, duit mereka besar. Ramai jutawan di sana. Melancong ke seluruh dunia dah biasa bagi mereka. Oleh sebab tak puas, dah jemu asyik melancong dalam dunia saja,kini sudah ada syarikat swasta yang boleh menghantar orang-orang kaya ni ke angkasa lepas. Kan dua bulan lepas dilancarkan roket ke sana, lupa pulak nama dia, apa Falcon...9...entahlah. Yang penting mereka sanggup bayar sekian juta.
Kesimpulannya, jangan pening sangat kejar dunia, kerana ia tidak ada habisnya. Cukuplah kisah beberapa orang di atas itu sebagai pengajaran. Nak kejar,kejarlah ...tapi jangan sampai lupa akhirat kerana mahligai yang besar itu tidak dapat menangkis kendurnya kulit kita. Kerana banglo yang kukuh tu tak dapat menghalang kehadiran Izrail mencabut nyawa kita apabila sampai masanya.
Kita pernah digemparkan dengan wanita hebat di Filipina ini, Imelda Marcos, tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya, termasuklah koleksi kasut dan seluar dalam yang beribu-ribu jumlahnya. Bukankah itu menggambarkan, bahawa manusia itu tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya?
Muamar Gadafi sewaktu pemerintahannya juga menambahkan koleksi sejarah manusia yang tamak dengan kuasa dan harta benda. Ramai rakyatnya yang merempat, tetapi dia membeli patung-patung yang tidak membawa apa-apa faedah ini?
Googles Image
Ini merupakan mahligai kesayangan Michael Jackson. Adakah rumah yang begini tersergam ini memberi kebahagiaan kepadanya? Akhirnya dia mati disebabkankan oleh sikapnya sendiri yang suka mengubah wajahnya.Lantas, kenapa manusia ini tidak pernah merasa puas, meskipun mereka memiliki segala-galanya yang orang lain tidak miliki?
Itulah yang ingin aku kongsikan di sini. Dalam kuliahnya, ustaz yang sudah aku lupa namanya, kerana ramai sangat ustaz yang datang ke mesjid tempat aku ini....Beliau menjelaskan, manusia tidak akan puas dengan apa yang ada di dunia ini, kerana induk kita iaitu Nabi Adam dan Hawa asalnya dari syurga. Jadi, semua yang ada di dunia ini cuma FATAMORGANA. Kepuasan yang abadi hanya ada di syurga.
Dulu, semasa kita kecil, waktu kita miskin, kita tengok orang naik kereta, kita kata, bestnya besok kalau aku dah ada kereta. Akhirnya, kita pun dah kerja, kita pun beli kereta, Kita pun suka bangetlah dengan kereta yang baru kita beli tu. Kupandu ke kiri, kupandu ke kanan. Rupa-rupanya kita seronok dengan kereta tu sekejap aje. Kita pun dah minat dengan kereta model yang terbaru pula. Lepas tu kita tukar, dan tukar.....sampai bila nak berhenti?
Di Amerika, duit mereka besar. Ramai jutawan di sana. Melancong ke seluruh dunia dah biasa bagi mereka. Oleh sebab tak puas, dah jemu asyik melancong dalam dunia saja,kini sudah ada syarikat swasta yang boleh menghantar orang-orang kaya ni ke angkasa lepas. Kan dua bulan lepas dilancarkan roket ke sana, lupa pulak nama dia, apa Falcon...9...entahlah. Yang penting mereka sanggup bayar sekian juta.
Kesimpulannya, jangan pening sangat kejar dunia, kerana ia tidak ada habisnya. Cukuplah kisah beberapa orang di atas itu sebagai pengajaran. Nak kejar,kejarlah ...tapi jangan sampai lupa akhirat kerana mahligai yang besar itu tidak dapat menangkis kendurnya kulit kita. Kerana banglo yang kukuh tu tak dapat menghalang kehadiran Izrail mencabut nyawa kita apabila sampai masanya.
Langgan:
Catatan (Atom)