Rabu, 20 Ogos 2025

PERINGATAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ZARA QAIRINA

Wahai orang-orang yang ZALIM, ketahuilah bahawa setiap darah, setiap air mata, dan setiap jeritan orang yang kau tindas itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari yang tiada lagi pertolongan; jangan kau angkuh dengan harta, jawatan, dan kekuasaanmu, kerana semuanya itu akan hancur bersama jasadmu di dalam tanah. 

Kau boleh bersembunyi daripada mata manusia, tetapi tidak sesaat pun kau mampu lari daripada pandangan Tuhan yang Maha Membalas; dan ketahuilah, api neraka yang menyala itu lebih dahsyat daripada segala kesenangan haram yang kau raih di dunia ini. 

Dan ingatlah hukum karma, pastinya Allah akan membalas ketika engkau masih hidup, atau anak cucumu nanti yang akan menerima kifarah kerana olahmu yang bermaharajalela ini. Percayalah, engkau semua tidak akan hidup tenang, walau ke pelusuk dunia mana pun engkau pergi. Ingatlah kata-kataku  ini

Justice For Zara
#justiceforzara

4 ulasan:

Umialya berkata...

Anak tunggal pula tu, saya tak boleh bayangkan kerinduan seorang ibu

Etuza berkata...

Subahanallah..pesan yang baik..kematian yang membuat Rakyat Malaysia meratpinya..Pun demikan redha dan semoga kejadian ini menjadi kesedaran kepada ramai orang..Aamiin

Etuza berkata...

Daftar dan join segmen gempak di laman saya ya..jemput join..apapun tak ada paksaan

Etuza berkata...

Maaf komen saya di atas. Rupanya ustaz dari Indonesia ni kan..maaf ya..pelawa ikut segmen..