Khamis, 24 Julai 2025

PENGUMUMAN PMX JADI BAHAN PERSENDAAN RAKYAT

Aku mengikuti pengumuman PMX semalam. 10.30 pagi aku dah tunggu. Ternyata PMX Perdana Menteri yang tidak menepati masa.

Semasa aku mendengar ucapan beliau yang bermula jam 10:45 pagi itu, tertanya-tanya aku apa yang hadiah besar buat rakyat seperti yang digembar-gemburkan selama beberapa hari ini? 

Selepas hanya beberapa minit berucap yang seakan tergagap-gagap itu, tiba-tiba ucapan itu berakhir. Aku ingat takkanlah tiga perkara itu sahaja? 

Beberapa minit kemudian aku menelusuri semua media sosial. Ternyata pengumuman itu jadi bahan ketawa rakyat.

Rakyat ketawakan bukan apa, dia punya crite pengumuman tu mcm ada benda yang sangat special nak bagi....kalau setakat tu pengumuman baik upadate kat Instagram ke...🤣🤣

Apakah  mental dia pun dah tak berapa betul....? Aku tertanya-tanya sendirian. Sebelum ini tidak pernah ada PM yang seperti ini ada di bumi Malaysia.

Ibarat Suami janji dgn isteri 

"Birthday sayang minggu depan ni, I nak bagi satu kejutan paling besar dalam sejarah"

Rupa-rupanya tiba harinya cuma belikan Beg Tangan PVC..  

Sekali lagi korang semua kena kencing lagi basah kuyup. Hahaha! Yang kesiannya influencer2 PH terpaksa bekerja keras untuk meneutralkan kemarahan rakyat. 

2 ulasan:

Etuza berkata...

Salam singgah...nak ucap terima kasih jengok blog Etuza ya

Warisan Petani berkata...

Syukur rejeki dapat RM100