Tadi aku menonton satu video, adalah satu Universiti di Melaka, terdapat pelajar yang makan biskut tiga keping untuk mengalas perut yang lapar. Video dikongsi oleh seorang yang aku rasa, seorang yang kaya kerana dia bercerita telah menyumbangkan puluhan ribu untuk pelajar-pelajar yang susah.
Ini berlaku kerana ada ibu bapa yang tak mampu nak sediakan duit makan untuk anak mereka yang sedang belajar di universiti itu.
Untuk pengetahuan anda, paling minimum pun seorang pelajar mesti ada duit kocek RM600 sebulan..
Itu setelah aku hantar anak aku, anak Kpd sdra aku, juga aku ikut hantar anak Isa di UiTM Kota Kinabalu
Pertama sekali aku survey kafeteria dia, kantin dia, aku test makan:
Sepinggan nasi putih + 1 lauk + 1 sayur + sirap = biasa harga sekitar RM7 - 10 tgok tempat lah
Kalau JB memang mahal
Okey Aku darab dua
2 kali makan contoh ambik tengah2 RM8 X 2 kali = RM16 untuk makan je. Tu campur sarapan ..minum petang RM4 = RM20 satu hari
RM20 X 30 hari = RM600
Jadi nak bagi anak selesa kat Universiti bagilah RM800-1000
Dia tak akan ikat perut. RM600 hanya makan. Belum Top Up, bahan2 assignment, Pad Wanita, kadang2 ada rombongan keluar, kokurikulum dan pelbagai lagi.
Waktu aku mendaftarkan anak di Tawau 4 tahun lepas, aku tanya sorang akak ni..dari Sandakan...
"Agak2 Puan sebulan nak bagi berapa kat anak ni nanti?" Soalan seorang Youtuber picisan kononnya..
Dia kata
"RM100 Sudah cukuplah"
Aku pun terkedu...
Biar betul...
Itu antara yg mungkin anak makan biskut cecah air panas tu.
Kawan saya kata PTPTN kan ada?
Saya dapati kategori Pinjaman Jumlah Sara Hidup (PTPTN) pun cukup tak cukup je untuk menampung bayaran makan.
1. Pinjaman Penuh RM1,200 – RM2,000 / semester
= Katakan satu semester dapat RM1500 ÷ 6 bulan= sebulan baru RM250 = makan biskut jugak akhirnya?
2. Pinjaman Separa RM600 – RM1,000 / semester
Kalau dapat yg separa ni lagi sedihlah🤣🤣
Tiada ulasan:
Catat Ulasan