Selasa, 6 November 2012

BNM SITA 142.7 KG EMAS

KUALA LUMPUR — Sejumlah 142.7 kilogram emas serta wang tunai dan wang dalam akaun bank berjumlah RM101.92 juta disita dalam serbuan oleh pihak berkuasa ke atas empat premis syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas.
Bank Negara Malaysia, dalam kenyataan bersama dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menyebut rekod yang disita menunjukkan sebilangan besar bilangan pelabur telah membayar wang pelaburan namun belum menerima emas yang dibeli sebelum serbuan itu dilakukan dan dalam kes tertentu, tempoh menunggu untuk mendapatkan emas adalah melebihi lima bulan.

Kenyataan itu juga menyebut agensi penguatkuasa menyedari kesukaran yang dialami pelabur terbabit dan sedang berusaha mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat terbabit.

Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan aliran wang serta aset lain dan sebuah firma perakaunan antarabangsa turut dilantik secara sepenuh masa bagi membantu siasatan.— BERNAMA

BANK NEGARA MALAYSIA DALAM KENYATAANNYA MENYEBUTKAN:

Update of investigations into companies suspected of conducting illegal investment schemes using gold
Following recent raids on four companies suspected of operating illegal investment schemes using gold, the enforcement agencies would like to provide the following update.

Investigations reveal that several of these companies have poor record keeping and failed to maintain accurate record of all business and financial transactions. These companies maintained different versions of financial records for different purposes. These companies have also failed to submit audited accounts with the Companies Commission of Malaysia for the last few years, as required by law. For businesses, especially those that involve large numbers of clients and monies, it is imperative to maintain accurate records of all business transactions to avoid financial mismanagement or misrepresentation of the true financial situation of the company.

Seized records have revealed that a substantial number of investors had paid but had yet to receive any delivery of gold, prior to the raids. The period of non delivery have in some cases, exceeded five months. The total amount of gold seized during the raids from all the companies is approximately 142.7 kilogram, and monies in bank accounts and cash amounting to RM101.92 million.

The enforcement agencies are aware of the plight facing affected investors and every effort is being made to determine the whereabouts of any monies and assets of the companies. A dedicated team has been established to track the movement of monies and other assets. International accounting firms have also been appointed on a full time basis to assist in the investigations. The scope of the investigation is international. In this connection, the enforcement agencies are actively collaborating with their foreign counterparts to obtain evidence in several other jurisdictions to assist in the investigations.

Members of the public will be updated with further information in due course.
 

Isnin, 5 November 2012

BURUKNYA PEREMPUAN KETAWA

Biasa kalau wanita berkumpul sesama mereka, mereka akan ketawa terbahak-bahak. Lelaki ketawa kuat-kuat memang sudah biasa, namun jika dikatakan wanita tidak mengikut tabiat yang sama, itu satu pembohongan.

Seorang lelaki menggelengkan kepala apabila melihat rakan-rakannya (wanita-wanita) yang boleh didengari suaranya sejauh 10 km. Lalu dia berterus-terang, kenapa mereka melakukan tabiat buruk itu? Adakah Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani ketawa seburuk itu (mengambil contoh wanita yang dah berkahwin)?

Mereka pun menjawab....
"Pleaselah Encik Roslan,......kat sini jelah kami boleh ketawa macam ni, kat rumah kami tak boleh ketawa. Nak berborak dengan suami pun sibuk 26 jam! Balik-balik rumah tengok bola. Anak-anak pulak asyik main Facebook...!"

Lagi...lagi....bagi alasan....?

TRAGEDI WANITA BERWAJAH HODOH

Wajahnya terpampang di dada-dada laman web seluruh dunia pada minggu lepas. Apakah nasib buruk yang menimpa perempuan ini? Nama tidak disebut, tetapi berlaku di negara China.

Suami (bekas) telah mendakwanya di mahkamah kerana  tertipu dengan kecantikan palsu yang dimiliki perempuan ini. Ia terbongkar apabila anak yang dilahirkan pada pendapat lelaki itu adalah terlalu hodoh. Dia merasakan dirinya amat kacak seperti pelakon filem Korea, lalu dia munuduh isterinya mungkin seorang penipu besar.

Setelah siasatan dijalankan rupa-rupanya isterinya sebelum mengenalinya melakukan pembedahan plastik yang menelan kos $ 100 000.

Dalam perbicaraan mahkamah, hakim juga seorang lelaki telah memenangkan kes tersebut kepada bekas suami perempuan malang itu. Dia mesti membayar saman $ 120 000!!! Kesian...kesian...!

Oleh itu pengajarannya, berbahagialah dengan segala yang Allah beri kepada kita, kalau tidak akan jadi seperti ini. Cukuplah Michael Jackson saja yang menderita kerana wajah aneh itu. 

Ahad, 4 November 2012

PETUA HILANGKAN STRESS

Kredit: oneariff.blogspot.com

Malam yang kian larut, kugagahi diri menyiapkan tugas-tugas online sebagai warga pendidik masa kini. Sambil tu aku sumbatkan telingaku dengan earphone siaran radio Ikim. Banyak mutiara ilmu yang aku dapat, dan dengan earphone tu aku lebih fokus, tanpa aku mendengar bunyi cicak yang memperlekeh segala kerja-kerjaku dan bunyi katak bersahut-sahutan yang berzikir dan berwirid mensyukuri rahmat hujan yang melimpah-limpah minggu ini.

Mutiara ilmu yang aku ingin kongsikan malam buta ini ialah.....Jangan rasa apabila kita beribadah, maka Allah akan memperoleh keuntungan. Ini kerana kata ustaz dalam radio tu, Allah tu Maha Kaya, Allah tidak rugi apa-apa jika kita tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya. Sebaliknya, kitalah yang akan  menerima kerugian itu jika kita tidak melakukannya. Semua ibadah yang diperintahkan itu kebaikannya, manfaatnya adalah untuk diri kita. Aku tegaskan lagi UNTUK KITA.

Satu lagi ustaz tu menyebut, (maaflah lupa pulak nama ustaz tu)...Jika kita tak bahagia, kita stress sepanjang masa.....ini ada satu kemungkinan.....iaitu kita banyak dosa. Oleh itu banyak-banyaklah beristigfar....Astagfirullah...

   
Nabi Muhammad SAW sendiri, walaupun baginda dijamin Allah segala-galanya, baginda beristigfar 70 kali sehari.

Ok itu saja perkongsian kita malam ni. Marilah sama-sama beristigfar banyak-banyak...Lagi panjang ISTIGFAR tu lagi bagus...Semoga dengannya dosa-dosa kita semakin hari semakin kurang. 

Jika kita rasa tak ada dosa, itu sudah satu keadaan yang gawat. Banyak dosa kita dah buat dah....sangkaan buruk kepada orang, mengumpat, buka aurat, buka aib orang, sembahyang lewat masa, sembahyang kepala melayang sana-sini...banyak tu semua itu kan dosa.....?Okey....jangan bertangguh, mari sama-sama amalkan Istigfar.

Jumaat, 2 November 2012

HUJAN PUN TERUS MENCURAH



Gambar-gambar di atas aku ambil dengan telefon aku, menggambarkan tentang hujan yang tidak berhenti-henti sejak pukul 5.00 petang tadi sampailah sekarang ini.

Beberapa kampung berdekatan rumah aku ni telah banjir dan beritanya telah masuk TV dan surat khabar. Banjir sejak Raya Haji lagi dah....

Melihat keadaan banjir tu, ia diakibatkan oleh sistem perparitan yang perlu diupgrade lagi....
Dan gambar kuali-kuali itu menunjukkan yang sesuai dilakukan sejuk-sejuk begini ialah masak apa-apa yang digemari.