Khamis, 12 Jun 2014

ZIARAH KERABAT TERDEKAT MENDAPAT BERKAT

MULA-MULA KE RUMAH ABANG IPAR, DI SERI MEDAN, SNAP POKOK GETAH NI
RUMPUT BERBUNGA PUN NAMPAK MEMIKAT
AIRNYA HITAM MENENANGKAN......ELOK MENGARANG SAJAK DI SINI


GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI PULA DIAMBIL DI RUMAH BIRAS AKU PULAK, SDRA ISA KASSAN, RASANYA DAH EMPAT BULAN TAK MENZIARAHI RUMAH KAKAK MIDAH NI. KAMPUNGNYA TERLETAK DI KG PT BINGAN,PT RAJA....MARI TENGOK AKTIVITI BIRAS AKU CIKGU ISA KASSAN 
  CIKGU MD ISA BELA AYAM MUTIARA NAMPAKNYA
POKOK PISANG JUGA DAH MULA BESAR
 RUMAH CIKGU ISA
SEBELAH KANAN RUMAH DIA PUN DIA TANAM POKOK PISANG....BANYAKNYER, RAJINNYA, KALAU DAH BUAH NANTI, AKU DATANG LAGI YA...HEHEHE
AYAM KAMPUNG PUN ADA, TAPI AYAM-AYAM TU BELUM BALIK, TENGAH SIBUK CARI MAKAN
WAH, PUASA NANTI MEREKA DAH TAK PAYAH BELI AIR TEBU, RAJINNYA ENGKO ISA....!
TENGOK LE TU NANAS DIA DAH MULA BERPUTIK....PENDEK KATA SETIAP MASA YANG TERLUANG, CIKGU ISA GUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK MENGUSAHAKAN BERMACAM-MACAM PROJEK
BIRAS AKU CIKGU ISA NI, SELAIN RAJIN TANAM MACAM-MACAM POKOK, DIA JUGA IMAM SURAU KAMPUNG NI, JKKK KAMPUNG LAGI, PENOLONG KANAN SEKOLAH LAGI....PATUTLAH SIBUK AJE, SAMPAI TAK SEMPAT NAK JUMPA.....

Jumaat, 6 Jun 2014

SELAMAT BERJUANG ANAKANDAKU ILI


Buka akaun Bank Islam cawangan Batu Pahat
Poliklinik Batu Pahat kata Medical Chek Up akan siap 2 minggu....(mana boleh...)
Hospital Specialist Putera kata boleh siap 3 hari....ok cantik...(Lagi pun beberapa orang nurse kat Poliklinik Kerajaan tu ada yang dapat mengecam aku, melalui cuit-cuit tangan sesama mereka. Nampaknya ada antara mereka yang masih tidak berpuas hati dengan post Facebook aku, padahal yang aku bidas  tu kes di Klinik Pt Sulong. Peliklah aku tengok perangai dia orang ni. Agaknya suka sangatlah kalau aku terbaring kat hospital,dan nak kenakan paku buah keras kepada aku?)
HOTEL HAMILAS JALAN SINGA, SEKSYEN 20 SHAH ALAM
Menginap di sini Seksyen 20


 Ibu bapa taat menunggu
Yang daftar ni ada yang pergi Perancis, Itali, Jepun, Korea dan Timur Tengah





Gambar-gambar semalam 5 Jun 2014: Aku masih kepenatan kerana dalam seminggu ni banyak urusan di sana-sini. Jadi biarlah gambar-gambar di atas yang berbicara. Terpulanglah kepada teman-teman,untuk mentafsirkannya. Anakanda kami Ili in sha Allah akan meneruskan perjuangan hidupnya di Asia Timur (Korea) sembilan bulan dari sekarang. Dan dalam tempoh itu, dia dikehendaki mempelajari bahasa negara tersebut. Namun,untuk ke sana dia perlu melepasi satu lagi tahap, dan doakanlah ya semua, agar Ili dapat melepasi halangan tersebut.Moga-moga anak-anak Tuan-tuan, Puan-puan dan kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat. AMIN ........   

Rabu, 4 Jun 2014

KITA TETAP BOIKOT CADBURY!

Sample tercemar, hingga menyebabkan dna babi dikesan pada coklat Cadbury? Kenyataaan JAKIM seolah-olah melalut dan ingin menutup kelemahan sendiri. Orang ramai jadi bingung, dan akhirnya membuat keputusan sendiri. Bahawa kenyataan pertama Kementerian Kesihatan adalah tepat, meskipun dinafikan kemudian oleh Timbalan Menterinya.

Kenapa kita sering diperbodohkan dalam beberapa isu? Kita semua ini dungukah? Bagaimana dna boleh berubah? Coklat yang diujikaji tu terkena kencing babikah sehingga ia tercemar? Adakah dna boleh berubah? Kalau macam tu, rosaklah siasatan jenayah,bagaimana dna asing tiba-tiba ada pada sesuatu benda apabila tercemar? Nonse dan memeningkan.

Apa-apapun, kita mesti ikut bersama-sama DENGAN MAJORITI ORANG ISLAM boikot Coklat Cadbury, dan kita ajar mereka cukup-cukup.

GAMBAR IHSAN akusygumno.bogspot

Bayangkan Jakim ambil sample dari kilang, dan Kementerian Kesihatan ambil sample dari kedai-kedai.....kalian fikirlah sendiri.

Selasa, 3 Jun 2014

KUDA KAYU SUNGGUHLAH AYU


DI HADAPAN MUZEUM PEKAN 
KELIHATAN MASJID SULTAN AHMAD SHAH PEKAN  

KEDUDUKAN PEJABAT LHDN BATU PAHAT TERKINI





Ramai orang tertanya-tanya di manakah lokasi pejabat baru LHDN Batu Pahat. Nak terangkan secara lisan pun susah. Sebelum ni memang senang nak cari, kat bangunan Tabung Haji tu. Tetapi sekarang kena guna peta atau GPS.......Sebab berhampiran tempat itu tidak ada bangunan yang popular. Nampaknya pejabat LHDN inilah yang akan mempopularkan jalan tersebut. Tak taulah kenapa LHDN memindahkan lokasinya ke tempat yang susah dicari orang ni. Tak apa, saya sedia menunjukkan tempatnya dengan menyiarkan entri ini. Jangan call saya pulak....!