Khamis, 9 Oktober 2014

BAJET 2015-TUAN PM, RAKYAT PERLUKAN RUMAH


JOHOR BAHARU, (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor berharap kerajaan pusat memberikan perhatian terhadap soal pemilikan rumah oleh rakyat dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif dalam perkara itu penting berikutan kos sara hidup tinggi sekarang ini menyebabkan rakyat rasa tertekan.

"Kita berharap kerajaan pusat dapat mencari penyelesaian untuk memudahkan rakyat memiliki rumah terutamanya rumah mampu milik dengan meningkatkan kemudahan untuk membuat pinjaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Deepavali Permas Jaya 2014 di sini malam tadi.

Di samping itu, beliau berharap kerajaan pusat menentukan supaya pendapatan boleh guna rakyat dapat bertambah sama ada melalui pengurangan cukai atau menambah lagi jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memandangkan kerajaan sudah mengurangkan subsidi minyak.

Sumber: BERNAMA

Jika kita melihat harga rumah yang ada di sekeliling kita sekarang ni....dah tak ada harga rumah di bawah RM 100K....Yang ada RM 250K ke atas....bagaimana orang muda nak beli,kalau sebulan perlu bayar RM 1500-RM 2000? Beredarnya whatsaapp, ada muslihat pemaju ingin meminggirkan orang Melayu ada benarnya. Jadi,kalau kerajaan membiarkan keadaan ini, alamatlah orang Melayu akan terus merempat di bumi sendiri. Kalau ada tanah warisan orang tua, Alhamdulillah jangan dijual pula.Yang tak ada, bagaimana?

UPDATE 10 OKT:

PM KATA....

"Prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah, kerajaan bersetuju agar had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000.


Sementara had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000" kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aku rasa ini bukan penyelesaian masalah tersebut. Projek untuk pembinaan rumah mampu milik harus diutamakan. Nampaknya kalian yang belum ada rumah  kenalah merancang sendiri untuk masa depan kalian. 

"Pada 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya sebanyak 1,600 unit, Bukit Jalil (1,530); Papar, Sabah (1,290) dan Bukit Pinang, Kedah (960)," katanya.


 OK...yang bukan penjawat awam pula bagaimana...?

Isnin, 6 Oktober 2014

NINJA BOGEL MENGGANAS DI PUNCAK ALAM

GAMBAR:NIZARAZU.COM
KUALA SELANGOR – Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.
‘Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.
Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.
‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.
Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).
Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan.

SUMBER KOSMO

Ahad, 5 Oktober 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Meriah di rumah Hj Johari dan Hjh Saripah pagi tadi...







Semoga ibadah korban Moslim and famili and Hj Johari/Hjh Saripah diterima Allah hendaknya

Sabtu, 4 Oktober 2014

GAJIKU TIDAK SEBANYAK GAJI MENTERI

Seorang teman menasihati kami
Kalau ada anak yang belajar kat kolej ke, U ke, ..atau mana-mana dan sekarang ni dah balik kampung
Kita kenalah penuhkan peti ais, dan kabinet dapur kita dengan bahan-bahan makanan
Maklumlah masa dia orang kat kediaman mereka tu, 
Bab-bab makanan ini memanglah kesian...
Berjimat-cermat, duit PTPTN pun bukan banyak mana
Nak makan mewah-mewah pun duit banyak nak pakai
Nak mintak duit selalu pun simpati kepada kita barangkali
Gaji kita pun bukan besar sangat macam gaji menteri
Kadang-kadang makan nasi lemak aje, maklumlah kat KL sekali makan dah berapa...
Jadi masa mereka ada kat rumah ni...emak bapak janganlah lokek sangat
Masa inilah mereka nak makan yang berzat sikit...setelah puas makan mi segera dan biskut cecah air sejuk.....
So...emak bapak rajin-rajinlah masak yang enak-enak untuk anak-anak kalian.....

Jumaat, 3 Oktober 2014

AKU BUKAN NAK JUMPA PM



Tanggal 20 Sept aku berkonvoi dengan enam buah kereta anak-anak saudara aku ke Pekan, Pahang DARUL MAKMUR. Bukan nak jumpa PM Najib supaya tak naikkan harga minyak. Kalian cakap apa pun bukan dia peduli. Telinga dia dah tebal macam telinga Panda. Aku dah diberitahu oleh kedai minyak kat sini, depa tunjuk surat lagi, yang minyak akan naik harga, sebulan lalu IAITU pada 2 Sept 2014. Aku isi penuh tangki minyak kereta-kereta aku MALAM itu. Esok paginya aku marah kedai minyak tu...korang main-mainkan hati pelanggan. Betul bang....memang semalam dah beritahu....Janganlah marah bang...

Baru aku ingat....pilihan raya Pangkalan Kubor belum berlangsung, jadi kerajaan terpaksa kensel kenaikan pada tarikh tersebut. NAJIB tunda ke 2 Oktober!!! Betul-betul tragedi Oktober!....

Kepada sesiapa yang yang nak cakap...Ala baru 20 sen PUN NAK KECOH KE?

Mai sini aku hantuk kepala hang...!

Ini bukan soal 20 sen,engko ingat aku isi minyak 1 liter.  Setiap hari aku memandu 50km...

Lepas ni akan disusuli oleh kenaikan HARGA semua barangan di kedai runcit, pasar raya...JUGA.harga bahan binaan..dan harga rumah akan naik puluhan ribu lagi disebabkan oleh DUA PULUH SEN ini!!!!!! Rakyat YANG MEREMPAT semakin tersepit. NAJIB bukan tau apa...dia tak pernah sarapan jemput-jemput, minum pagi hanya bersarapan biskut seperti sebahagian rakyat marhaen di pinggir kota dan ceruk kampung? Dia lahir dalam dulang emas! Aku lahir kat lantai nipah.




Ni waktu aku melalui Paloh Hinai.....dekat Tasik Cini tu...

Ni tempat aku rehat-rehat dengan famili aku....tasik kat kampung aku ni lebih 20 kali cantik daripada Tasik Bandar kat Jay Bee tu....orang JB jangan MARAH


Ni tempat aku rehat, selepas apa-apa kursus di PPD..TasikY yang mendamaikan

Di bawah ni,ketupat plastik yang isteri aku masak malam ni....Dengan PERIUK TEKANAN ni,memasak ketupat sangat menjimatkan masa dan gas. 30 minit dah siap!