Isnin, 10 April 2017

HARI LAHIR ALIFF YANG KE 7 TAHUN

Semalam, hari lahir Aliff Iskandar yang ke 7 tahun. Belila kek saiz biasa, hadiah-hadiah, Ayam goreng, sambutan tanpa kakak dan abangnya sorang tu, tinggal bertiga dengan aku dan ibu serta neneknya yang sudah bersama kami beberapa bulan yang lalu.
Semoga Aliff berjaya di dunia dan di akhirat ya



Ahad, 9 April 2017

KRIM GELENGGANG SABUN GELENGGANG

GELENGGANG PENAWAR SAKIT KULIT
PANAU, KURAP, KUDIS DAN KULAT AIR



Daun Gelenggang telah digunakan zaman-berzaman oleh nenek moyang kita dalam mengubati penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis dan kulat air. Kini gelenggang telah dikomersialkan dlm bentuk krim dan sabun gelenggang.


Saya menyediakan TIGA pakej harga bagi Krim Gelenggang ini:


PAKEJ 1
Pakej RM25.00 SM
RM30 SS
Yg mengandungi 3 Krim Gelenggang  



PAKEJ 2
Pakej RM30.00 SM
RM35 SS
Yg mengandungi 3 Krim Gelenggang dan 1 Sabun Gelenggang Mini 

PAKEJ 3
Pakej RM45 SM/ RM50 SS yang mengandungi 3 unit krim gelenggang dan 1 Sabun Gelenggang


PAKEJ 4
RM50 SM/ RM55 SS iaitu yang mengandungi 1 unit Gel Mandian Gelenggang dan 3 unit Krim Gelenggang




Harga pakej tersebut adalah termasuk postage/kos penghantaran.
Cara Pembayaran:


May bank 1514 6320 9083 Hamidah Ali


Selepas Tu whatsappkan Nama Dan alamat utk proses penghantaran.


Contact:
www.wasap.my/+60103443880

KRIM GELENGGANG





Sabtu, 8 April 2017

DI SINI DIA BERJUANG

      Kat Kolej ni Irfan dah tahun yang keempat. Walaupun dah tahun 4, dia masih diterima tinggal di asrama.
      Banyak dah kawannya duduk menyewa di luar, tetapi Irfan masih ada rezeki tinggal di sini. Selalu, setiap minggu aku menghantar, dan kalau nak balik, aku ambik.
      Aku layan dia macam masih umur 13 tahun. Kadang-kadang dia tak balik, maka kalau kami rajin, kami jengok dia. Bawak makanan apa yang patut.
     Tahun depan, katanya dah nak kerja..Itu pilihan dia, kalau nak sambung belajar, kami lagi suka. Begitulah kisah anak kedua kami..hehehe





TESTING MENGGUNA APLIKASI BLOGGER

Test test....Kita kena memuat turun aplikasi dalam Gedung Play ni, (Taip je Blogger pada Gedung Lay), dan muat turun, supaya kerja-kerja menulis entri blog, menjadi sangat mudah. Siapa yang masih kebingungan whatsapp saya +60103443880

     Terima kasih Ili yang bagi idea pada saat-saat akhir. Kalau dah lama tau adanya aplikasi ini, tak adalah berlakunya serangan Batman pada blog kita yang sangat kita cintai sejak sedekad yang lalu.

      Dengan adanya aplikasi ni, sejam satu entri pun tiada masalah, tak ke gitu?


Selasa, 4 April 2017

BLOG TETAP RELEVAN




Assalamualaikum dan salam kejayaan buat dikau yang masih sudi membaca blog aku yang semakin usang ini. Walaupun blog ini kubiarkan sepi,namun kehadiran pengunjung saban hari yang mencari maklumat melalui engin carian Google, tetap kuucapkan jutaan terima kasih.

          Sekurang-kurangnya keberadaan blog aku yang tak popular ini, dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah kehidupan umat manusia yang membeleggu mereka, walaupun  hanya sekadar nak tahu bagaimana nak transfer duit melalui kad ATM kepada anak mereka.

         Juga beberapa contoh persoalan lain yang memerlukan jawapan segera. Begitulah tugas kita sebagai blogger, memberikan maklumat untuk kemudahan orang ramai. Macam kita juga, kalau ada perkara yang memeningkan kepala, kita lebih selesa bertanya Pak Cik Google, kerana beliau sentiasa bersedia memberi jawapan dan penyelesaian. Hubungan Pak Cik Google dengan para blogger sangat rapat, ibarat isi dengan kuku.

          Dan buat yang nak bisnes, blog juga merupakan  salah satu media pengiklanan yang sangat berkesan. Dulu mula-mula tulis blog hujung tahun 2008, aku tak faham maksud, buat duit daripada blog. Fikiran aku hanya berkisar tentang Pak Cik Nufnang. Rupa-rupanya jual produk sendiri dalam blog lebih jauh menguntungkan, berbanding nak harapkan duit ihsan Pak Cik Nufnang.

          Lainlah kalau kita ni blogger-blogger retis tu. Aku tengok dia orang pun, sekarang dah jual produk sendiri. Tak percaya korang tengok blogger-blogger tersohor itu. Ada yang jual baju, tudung, kosmetik, ubat dan macam-macam lagi. Sebabnya apa? Kerana tekanan hidup sekarang jauh mencengkam berbanding tahun aku mula tulis blog tu. Masa tu belum ada GST, masa tu harga minyak masih rendah. Masa tu harga barang masih logik, harga ikan kembung pelaling masih RM5. Sekarang jangan tanya, ikan yang tak sepatutnya dimakan orang pun, turut dijual. Pernahkan nampak penjual jual ikan buntal?

          Walaupun aplikasi whatsapp, Instagram, Weechat, Facebook,Twitter telah mendominasi dunia siber, blog tetap relevan dan diperlukan. Jadi jangan pernah rasa kecewa dan hampa, jika yang korang sasarkan dalam penulisan blog tidak anda capai.

          Aku anggap blog ni macam pukat untuk menangkap ikan. Kita pasang je, kalau ada ikan yang tersangkut, adalah rezeki kita. Blog juga sebagai medan untuk kita berdakwah,kerana kita semua adalah dae yang membawa obor kebenaran.

Sekian untuk kali ini. Jumpa anda di puncak KEJAYAAN!