Ramai nampaknya di luar sana hendak tahu beberapa perkara tentang H1N1 yang berbahaya itu. Sila layari
SWINE FLU: TOP 20 QUESTIONS AND ANSWERS
http://www.medicalnewstoday.com/articles/147797.php
Kalau tak faham yang di atas tu, layari yang ini pula-BAHASA MELAYU>>>>TAPI yang ini agak lembeb sikit, lagi-lagi kalau pc atau laptop cabuk macam aku punya ni. Sabar...tunggu kliklah, web kem Kesihatan ini
Tajuknya : Soalan lazim tentang selsema babi h1n1
http://h1n1.moh.gov.my/SoalanLazim.php
Aku kena bagi link aje, sebab ada akta hak cipta terpelihara. Kena saman juta-juta macamana aku nak bayar?
Beberapa hari ni, aku ada round-round ke bandar Batu Pahat, pekan Pt Yaani, Yong Peng, Seri Medan. Pt Sulong boleh dikatakan tiga empat kali aku ke situ dah memang tempat aku. Yang dapat aku simpulkan masyarakat masih tidak terasa tentang bahayanya ancaman H1N1. Tidak sampai satu peratus pun yang memakai mask semasa di khalayak ramai. Malah mereka memandang aku dengan begitu asing dan pelik. Agaknya begitulah perasaan wanita-wanita yang berpurdah, selalu dipandang serong oleh orang lain?
Aku dah sedia dengan jawapan, kalau ada orang bertanya:
"Kenapa awak pakai penutup mulut ni?"
Saya akan jawab:
"Sepatutnya saya yang bertanya awak, kenapa kau tidak memakai penutup muka?"
Kesimpulannya, orang ramai masih belum sedar bahawa kita sedang diancam dengan sesuatu penyakit yang paling bahaya pada abad ini. Mereka menganggap ini sama dengan denggi, sakit jantung dan sebagainya. Malah mereka menganggap bahawa yang kena nanti bukan mereka tetapi orang lain. Nah kini sudah 15 jiwa rakyat Malaysia telah terkorban kerana H1N1.
Jumaat, 7 Ogos 2009
Selasa, 4 Ogos 2009
ANTARA WAJAH-WAJAH SK SERI PASIR
Sabtu, 1 Ogos 2009
MASA ITU USIA KITA


SAM kata kadang-kadang hidup ini membosankan? Ah...aku pun kadang-kadang begitu. Kerana bosanlah aku mengusung kamera cabuk ini (RM299 HARGANYA) ke beberapa tempat itu dan mengambil gambar yang tiada apa-apa mesej ini. Hari ini aku mematikan handphoneku. Sesekali aku ingin berehat daripada memikirkan hal-hal kehidupan yang tiada non stop. Pernah aku bekerja dari jam 6.00 pagi-12.00 malam kerana hendak mengejar impian hidup. Bersyukurlah walaupun impian masih tinggal impian, namun aku masih dapat menghirup udara Allah ini dengan tenang dan damai.
MEMBINA CHAT SHOUTMIX DI DALAM BLOG
Nak buat chat corner?...Mula-mula buka dashboard macam biasa, masuk emel dan pasword
maka akan keluar dashboard seperti di bawah ni, klik pada layout(reka letak)
Klik pada TAMBAH ALAT

Maka akan keluar gambar seperti ini, pilih Java script....dan simpan dulu, letak di bawah scrin komputer anda

Maka akan keluar gambar seperti ini, pilih Java script....dan simpan dulu, letak di bawah scrin komputer anda
Pergi ke blog yang ada chat corner, contohnya blog saya.
Ok...klik pada Create Shoutbox.
Kalian kena ikut arahan-arahan dalam shout box ini, termasuklah
memasukkan emel dan pasword. Emel dan pasword ni harap disimpan, supaya apabila nak edit time, colour
maka mudah untuk kita mengubahnya.
Anda juga boleh setting, ubah suai warna, jam ikut jam Asia-Kuala Lumpur,
Semuanya dalam ruangan setting!
Godek ajelah, lama-lama anda akan pandai juga. Saya dulu pun macam tu juga.
Kalian kena ikut arahan-arahan dalam shout box ini, termasuklah
memasukkan emel dan pasword. Emel dan pasword ni harap disimpan, supaya apabila nak edit time, colour
maka mudah untuk kita mengubahnya.
Anda juga boleh setting, ubah suai warna, jam ikut jam Asia-Kuala Lumpur,
Semuanya dalam ruangan setting!
Godek ajelah, lama-lama anda akan pandai juga. Saya dulu pun macam tu juga.
Khamis, 30 Julai 2009
REHATKAN MINDA
Beginilah keadaan kami, sebulan tu adalah dua tiga kali makan-makan di Batu Pahat. Kali ni kami nak merasa steam boat (betul ke ejaan ni?). Malam ni yang ada aku, Zulkeflee, Arifin, Sahid dan Roy Fahmi. Macam best je makan steam boat ni. Kami selalunya bergilir le belanja kawan-kawan ni. Sesiapa yang baru naik gaji ke, dapat tunggakan ke, baru timbang sawit ke....begitulah. Nampaknya kali ni Ustaz Syukran tak ada. Selalunya dia tak pernah miss. Kesian-kesian. Malam yang ni Zul yang belanja. Entah berapalah ya?
Langgan:
Catatan (Atom)