Khamis, 12 Mei 2011

BRAINS HANGING OUT OF OSAMA'S EYE SOCKET

Hari ini sebahagian ahli Kongres diberi peluang melihat 15 foto gambar jenazah Osama Bin Laden.


Senator Oklahoma yang berpeluang melihat gambar itu memberitahu


" Pretty quesome is how inhofe described photos of brains hanging out of Bin Laden's eye socket. The wound either entered or exited an ear"


Kalian boleh bayangkan bagaimana sebahagian otak tergantung keluar dari lubang mata yang ditembak.


Itulah kerja orang kafir. Mereka akan membunuh orang Islam yang menyemarakkan jihad. Kerana mereka gentar dengan JIHAD. Mereka takut akan muncul seorang lagi Salahuddin Alyubi penyelamat Baitul Maqdis. Namun janji Allah tetap benar. Satu masa nanti Islam akan menang! Takbir!






Gambar di bawah ni tiada kaitan dengan tajuk...
Cuma kenapa blogger ni jadi blogger pengecut?
Dia memainkan isu paling sensitif, lepas tu padam semua entrinya?

Iktibarnya:
Jangan Tulis Ikut Sedap Hati



Rabu, 11 Mei 2011

MENGAPA KITA BERSAHABAT DENGAN SESEORANG?

Kita semua ada kawan. Macam-macam jenis kawan kita ni. Ada yang berhemah tinggi, dan penuh dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji. Ada juga yang sebaliknya, suka memperlekeh, mengumpat dan bermuka-muka. Ada yang suka dipuji. Ada yang terbuka, ada yang sensitif, salah cakap, sebulan tak bertegur sapa. Maklumlah banyak udang, banyaklah garamnya.



Soalnya, mengapa kita bersahabat dengan seseorang? Kenapa ya....?Ok, kalau aku berkawan dengan seseorang sebab:

  • Dia pernah serumah dengan aku, walaupun dah berpisah lama, kenangan zaman susah, terus menjadi kenangan yang sangat berharga.
  • Aku  berkawan dengan orang itu, kerana sekampung. Mereka teman sepermainan semasa kecil dulu.
  • Aku sebumbung di tempat kerja dengan mereka. Setakat ni aku dah pindah 5 sekolah dah...
  • Dia pernah jadi downline, upline aku dalam dunia MLM. Kat sini saja telah menyumbangkan 50% koleksi kawan aku.
  • Dia jiran-jiran taman aku. Dah berjiran, tentulah akhirnya jadi kawan.
  • Mereka sekelas dengan aku masa sekolah rendah. Juga sekolah menengah. Juga kawan-kawan sekelas di maktab.
  • Mereka kadang kala kawan kepada kawan-kawan aku. Ini kawan berangkai.
  • Adik-beradik ipar duai aku pun jadi kawan jugak.
  • Dan yang bestnya sekarang...kawan-kawan blogger. Semuanya tak pernah berjumpa seperti Wong Khoo Lai dan adik-beradiknya yang hebat-hebat itu, ramai sangat nak sebut kat sini..*(Mama Miraki, Mummy Gee, Mama Janet, Kak Kay, Kak Fatimah, sape lagi )..! En Me yang tak pernah aku tahu wajahnya, rahsia mengalahkan Osama. Entah wujud ke tidak En Me ni, entah-entah masih sekolah menengah lagi ahakkkk. Juga Cikgu Norgie, Pn Sz, Azani, Azana,Kak Su kita yang pandai buat kuih kat Mersing tu....Senduduk Putih, pernah jumpa sekali kat Zoo Johor, Zachoo, anak Profesor Zainal Alam...eh ni murid aku yang kini menetap di Labuan, jauh ya engko merantau. Lagi Pn Siti Indarawati....
  • Sahabat-sahabat Facebook. Ni dah dekat 1000. Tetapi yang kenal secara peribadi dalam separuh saja. Yang lebih tu entah jin entah bunian dari Segi Tiga Bermuda pun aku tak tau. Semua yang add aku, aku terima. Setakat ini baru 5 orang yang aku dah BLOK/SEKAT sebab asyik merepek dan menyemak di wall facebook aku. Hehehe....

Soalnya.....aku nak tanya kalian apa sebab kalian berkawan dengan seseorang?

JANGAN BERI KEMENANGAN MAJORITI KEPADA MANA-MANA PARTI

Saya bersetuju sangat dengan saranan BEKAS MUFTI PERLIS ini.
Kemenangan besar mana-mana parti menyebabkan mereka berasa angkuh dan rakyat yang menjadi mangsanya.



Untuk itu sila RUJUK DI SINI

Isnin, 9 Mei 2011

HARGA GULA NAIK KE RM 2.30 SEKILO

Bestnya...harga gula naik lagilah.....
Mari berpesta dengan kenaikan harga barang
Nasib baik bawang merah dah turun harga
Dapatle cower kenaikan harga gula
MULAI ESOK 10 MEI 2011 YANG MULIA INI
Yang membebel dengan kenaikan ini
Jangan Minum Air Manis
   Minum je air paip ke
Minum air kelapa ke
LEBIH ELOK KORANG TANAM TEBU
Jangan asyik tanam tebu di bibir je
Kalau tak tanam Pokok Stevia
Gula herba zaman berzaman

Lain macam pulak malam ni....Geram punya fasallah ni...RON 95 bila nak naik?

Ahad, 8 Mei 2011

OSAMA MENONTON VIDEO DIRINYA

Agaknya inilah antara harta karun yang Amerika dapat dari dalam rumah Osama
Tak taulah apa motifnya, mungkin untuk memalukan orang yang telah tiada.

Siapa sebenarnya gurunya Osama yang telah mempengaruhi fikrah perjuangannya?
Beliau ialah Dr Abdullah Azam, yang lebih dahulu dibunuh oleh agen-agen Barat juga di Pakistan pada 29.11.1989 kerana Dr Abdullah Azam menghidupkan semangat perjuangan jihad terutama di Afhanistan ketika itu.



Osama bersama keluarga besarnya semasa kecil ketika bercuti di negara Barat.