Penjual air mula kerisauan, kerana jualan merudum dengan drastik sekali. Dan aku pun tidak dapat ke mana-mana.....melainkan menyaksikan mutiara-mutiara hujan yang berjatuhan itu...
Insya Allah malam ni, aku bertandang ke blog kalian..... Lama dah tak berjalan-jalan. Sejak teman aku membuka stokis cadar dan pelbagai barang kegunaan rumah ni, aku telah mula menjual cadar pula. Mula-mula agak janggal juga, maklumlah dah bertahun-tahun dah sebati dengan herba-herba. Baru mempelajari istilah cadar beropol, Queen Size, King Size.....Alhamdulillah dapat menggantikan kerugian Kopi Kelapa Dara yang hilang dari pasaran secara tiba-tiba itu.
Paling tak boleh tahan, semalam aku kena marah dengan seorang uncle, Mr Teo dari KL, yang bertanyakan tentang Preesure Cooker yang aku jual. Tiga soalannya aku gagal menjawab. Memang padan muka aku, kerana tak study habis sebelum mengiklankannya di internet. Terima kasih uncle, walaupun berdesing telinga aku, tetapi itu satu pelajaran yang sangat berharga. Nak menjual sesuatu produk,kita mesti menguasai 199% pengetahuan tentang produk itu. Kalau tak, korang akan terkial-kial nak menjawab soalan bakal pembeli.
Ok hujan dah reda, aku nak beli pisang goreng kat depan taman aku ni....!