Rabu, 27 Ogos 2014

NASIHAT UNTUK ANAK GADIS


Terima kasih SAHABAT MUKA BUKU, Sabrina Sabri kerana kongsikan status yang pada pendapat saya sangat-sangat menarik. Hari ini memang tidak ada berita menarik, asyik-asyik gaduh politik yang tak habis-habis...jadi status Sabrina dari Chaah Johor ini sangat elok kita fikirkan bersama.

Jumaat, 22 Ogos 2014

PENAWAR EBOLA DITEMUI?

Sejenis ubat eksperimental membantu sejumlah monyet untuk terus hidup selepas dijangkiti virus tropika Marburg yang menyerupai Ebola, kata beberapa penyelidik kelmarin.
Penemuan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Science Translational Medicine menunjukkan ubat berkenaan berpotensi untuk merawat pesakit Ebola.
Wabak demam berdarah itu kini melanda rantau Afrika Barat dan disifatkan sebagai yang terburuk setakat ini.
Sehingga kini tiada ubat atau vaksin yang boleh merawat penyakit Ebola.
Virus tersebut telah membunuh 1,350 orang menjangkiti 2,473 yang lain sejak Mac lalu di Sierra Leone, Nigeria, Guinea dan Liberia.
Marburg dan Ebola berasal daripada keluarga virus sama yang menyebabkan pendarahan dalaman, demam serta cirit birit.
Kedua-dua virus itu berjangkit melalui cecair badan seperti darah.
Kajian ubat tersebut dijalankan ke atas 16 ekor monyet yang dijangkiti virus Marburg.
"Beberapa ekor monyet yang dirawat menggunakan ubat tersebut terselamat," kata ketua kajian berkenaan, Profesor Thomas Geisbert daripada Universiti Texas di Amerika Syarikat.
Ubat tersebut dikeluarkan oleh firma ubat Kanada, Tekmira Pharmaceuticals.
LAPORAN KOSMO



Orang-orang Nigeria sering datang ke negara kita untuk menjadi pelajar kolej dan segelitir menjadi penjenayah siber dan dadah. Kita harap mereka tidak membawa virus ini ke sini. Tahap kesihatan mereka mesti disaring dengan ketat. 

Rabu, 20 Ogos 2014

ANAK CIKGU MATI DI DALAM KERETA LAGI

PADANG TERAP: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati selepas ditinggalkan lebih lapan jam dalam kereta milik bapanya, sejak pagi tadi.
Mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 4 petang tadi oleh bapanya, 42, yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerang, di sini.
Difahamkan, mangsa ditinggalkan di dalam kereta terbabit sejak jam 7.30 pagi selepas menghantar isterinya di sebuah sekolah menengah berhampiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya mengesahkan kejadian itu.
Laporan Bharian.
Takdir memang takdir, tetapi soalnya, kenapa cikgu juga yang lupa lagi akan anaknya? Dan kenapa sampai lapan jam? Mungkin bapa dia ni Penolong Kanan ? Apa-apa pun takhziah.... 

Selasa, 19 Ogos 2014

CARA-CARA MENGELAKKAN MAKSIAT



Maaflah sahabatku, sejak awal raya tempoh hari, aku rasakan kehidupanku semakin sibuk. Ditambah dengan masalah line internet di rumahku ini agak mengecewakan, menjadikan aku tak dapat mengomen di blog sahabat sekalian. Nak tulis entri panjang-panjang pun dah tak sempat atau barangkali mindaku semakin tepu?....Almaklumlah anak-anakku semakin membesar, dan ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Syawal yang mulia ini tercemar dengan berita kenaikan harga kos lesen memandu. Khabarnya naik menggila. Siapalah yang RAKUS SANGAT NAK KEBAS DUIT RAKYAT NI? Cuba kau jawab! Bukan senang nak kumpulkan duit begitu banyak, hanya untuk ujian memandu motosikal dan kereta? Nampaknya, ramailah nanti akan memandu tanpa lesen! 

Lainlan kalau aku lahir di dulang emas, tentu kenaikan ini tidak memberi sedikit pun tempias kepadaku. Aku hanya tinggal cedok duit dalam tempayan yang tersimpan di dapur mewahku. 

Jumaat, 15 Ogos 2014

MEMINDAHKAN DUIT ORANG MASUK KE AKAUN SENDIRI


DUA BERITA YANG MEMERANJATKAN SEMALAM

Berita yang pertama itu, semua orang percaya hanya boleh dilakukan oleh orang dalam bank. Manakala berita kedua, mungkin satu sindikit dari luar sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.   

Mereka tidak perlu berwajah samseng, bertopeng dan bersabung nyawa untuk merompak. Hanya mengklik keyboard laptop lalu wang orang lain yang bukan miliknya masuk ke akaun sendiri, atau masuk ke akaun proksi? Kerana duit, manusia hilang sikap amanah dan integriti. Sehingga dia lupa bahawa satu masa dia akan menderita di bilik banduan. Patutlah ramai orang pernah kehilangan wang, kerana semua orang tidak memeriksa penyata akaun mereka. Kalau duit anda ratusan ribu, andai dipindahkan seribu dua kita boleh perasan ke. Kalau duit aku yang tak berapa banyak ni, dipindahkan seratus dua, sedarkah kita?

Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memeriksa duit keluar masuk akaun kita. Segala resit hendaklah difotostat (kerana dakwat resit bank cepat pudar) dan ditampal di dalam buku khas. Terutamanya kepada yang banyak duit tu. 
Kedua, apabila berada di mesin ATM, kita perlulah peka terhadap kelainan dan kejanggalan mesin ATM tersebut. Tetapi soalnya, perasankah kita?

Nampaknya dunia ini semakin dipenuhi orang jahat!