Sabtu, 7 Mac 2009

HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Isnin ini ialah 12 Rabiul Awal 1430 hijrah. Mengenang kembali perjuangan Nabi Muhammmad S.A.W Baginda merupakan idola para pejuang, bahawa untuk berjaya di dunia dan di akhirat kita mestilah bekerja keras siang dan malam. Walaupun baginda seorang Rasul pilihan, baginda tetap berusaha keras untuk menegakkan agama Allah, dan bukan diam di mesjid semata-mata berdoa sahaja mengharapkan bantuan Allah, tetapi baginda turun padang memperjuangkan dengan harta dan jiwa raganya untuk kebesaran agama Allah.

Hari ini masih ada insan-insan yang menghina baginda dari Belanda, Denmark dan seluruh pelosok dunia ini. Kita mesti membela dengan tegas sebaimana Ayatullah Khomeini memberi amaran keras kepada penghinaan munafik Salman Rusdie beberapa tahun yang lalu.

Sebelum nabi lahir, manusia di alam kegelapan yang dahsyat. Anak-anak perempuan dibunuh kerana kelahiran mereka dikatakan bakal menghina keluarga. Bayangkan anak-anak kecil di tanam di dalam tanah tanpa belas kasihan. Baginda meletakkan wanita setinggi kurniaan.

Hari ini manusia kembali ke alam kejahilan. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan dibunuh di dalam tong sampah, longkang, sungai, di bawah pokok kelapa sawit, dicampak dari rumah pangsa. Nyawa bayi ini sudah tidak ada nilai. Kini manusia bertuhankan nafsu dan harta benda. Hati manusia sudah diseliputi kehitaman syaitan yang maha pekat dan dahsyat.

Al-Quran semakin dilupakan. Apabila dibacakan akan diperlekeh dengan pelbagai sendaan. Ingatlah bahawa kita ini akan menjadi semakin parah jika kita terus membiarkan umat dibelenggu kedunguan. Carilah ilmu Allah di mana-mana. Terangilah hati kita dengan cahaya keimanan dan kebenaran. Apakah kita mahu mengikuti jejak langkah Firaun, Qarun, Namrud dan Kaum Tsamud? Sejarah akan berulang. Semoga kita berada di kalangan orang-orang yang mengikut jalan yang telah dirintis oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan bukan jalan-jalan orang yang telah sesat dan menyesatkan.

Tiada ulasan: