MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 23 Jun 2011

MAYBANK BATAL BERGABUNG DENGAN RHB CAPITAL

KUALA LUMPUR: Maybank memutuskan untuk tidak meneruskan kemungkinan bergabung dengan RHB Capital berikutan perkembangan terbaharu serta pertimbangan lanjut. - BERNAMA. BHAIRAN.


Sebagai rakyat bawahan aku selalu tertanya-tanya. Kenapa bank suka bergabung dengan bank lain? Bank ada satu bank. Aku jadi pelanggan bank itu. Namanya UMBC, macam kuat je bank tu. Tiba-tiba dibeli oleh Sime Darby lalu bertukar jadi Sime Bank. Sime Darby lebih layak jaga ladang, Sime Bank akhirnya bergabung dengan RHB Bank. Maka buku bank selalu bertukar. Tinggallah jadi sejarah. Dikubur tak bernesan. Bank Bumiputera turut mengalami nasib yang lebih malang. Jatuh, bangun, jatuh, dan jatuh terjelepuk.  



Bank yang tawadduk ialah Bank Pertanian. Merendah diri....je...tapi tukar nama juga. Agro Bank. Tukar nama tak apalah kut? Bank Muamalat pun khabarnya dah berura-ura nak digabungkan dengan Bank Islam? Pelanggan pun dah mula tak puas hati apabila gaji melaui bank itu lebih lewat daripada bank lain.


3 ulasan:

en_me berkata...

me suka Bank Simpanan Nasional sbb kasik satu kete kat me tauu.. ehehe

MAT SOM berkata...

WOW! Org lain berangan je. En Me dah dapat! Criterlah apa rahsianya

::mR. bARd:: berkata...

Bank pon perniagaan. ade untung rugi. bile bank tu pny kerugian dah smpai thp yg bank negara tetapkan, bank ni kire hampir bankrupt la. pernah dgr bank muflis? x kn. sebb bile da x untung or rugi>untung, bank yg stabil akan beli semua aset n liabiliti. kepentingan die, nk jge pelanggan yg menyimpan, jg aset n untuk tmbh capital bg menanggung kerugian yg ada.