MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 11 Jun 2011

TIADA REHAT ADANYA


Dari Penyabung Endau, kami terus ke rumah Bonda di Parit Baru Seri Medan. Kami tidur di sana satu malam. Bangun pagi, aku ke belakang, dan nampaklah pokok ini. Kak Kay tak tau pokok Jarak? Ha ini dia pokonya! Jika petrol kehabisan di dunia ini. Pokok ini akan menjadi penggantinya. Ia boleh menghasilkan tenaga. Bijinya jika dibakar, akan menyala seperti lilin.

Pagi Jumaat 10 Jun 2011

 Pokok jarak dan buah jarak
(Padang Jarak Padang Tekukur?)

 Daun Pokok Jarak

 Pokok Ciplu'an dalam Bahasa Melayunya apa ya?
Pokok Letup-letup? Dulu masa kecik aku selalu bergaduh dengan adik aku Siti Amanah fasal berebut buah Ciplu'an ini.

 Danish anak Siti tenang saja mendengar rintihan lembu yang besar ini.
Ia bakal di sembelih

Pagi Jumaat 10 Jun 2011 
En Rahman Siraj jiran bonda aku mengahwinkan anaknya. Jadi aku sempat tolong menumbangkan lembu raksasa ini. Yang berat sama dipikul.

 Dengan kekuatan orang-orang muda Parit Baru Seri Medan
Lembu ini akhirnya tewas, kesian kan?
Yang bertshirt hitam tu Zaidon cucu Allahyarham Hj Misban
yang menangkap Mat Indera hidup-hidup tu




video
VIDEO SEMBELIH LEMBU DI PT BARU SERI MEDAN


 Anak Lek Rebin (berbaju hitam) kata dia selalu baca blog aku. Tak sangka pulak ada orang kampung baca blog aku. Jadi aku tak boleh kutuk-kutuk orang kampung aku sebarangan. Kerana dalam diam ada yang memantau rupanya.

 Sebelum balik ke rumah, aku memetik daun So, daun pokok Belinjau ni.
Sedap kalau dimasak lemak atau ulam setelah dicelur dengan air panas.

(RnR Machap)

 Petang Jumaat 10 Jun 2011, setelah tidur satu jam...menghilangkan kepenatan. Misi diteruskan. Ke Simpang Renggam. Bertolak jam 6.00 petang. Tiba di RnR Machap untuk makan dan solat Magrib.

 Tiba di rumah Kak Saniah di Simpang Renggam jam 8.00 malam. Kak Saniah ialah kakak Sulong Hamidah. Kak Saniah mengahwinkan anaknya Yus 11 Jun 2011. Suaminya Abang Sani baru meninggal beberapa bulan lepas. Orang Simpang Renggam semua kenal keluarga ini. Sani Soto di bus station Simpang Renggam telah beroperasi lebih 20 tahun.


Pintu Gerbang Parit Tengah Bt 18, Ayer Hitam, Muar.

 Petang 11 Jun 2011-Sabtu aku menemui dua orang downline aku di Pasar Malam Parit Tengah, Batu 18 Ayer Hitam Muar. Seronok berbelanja di sini. Semua orang Jawa keluar dan mereka speaking Jawa di sini.

 Kasut Murah-murah di Pasar Malam Parit Tengah.Tahan tak kasut-kasut ni. Jangan pakai sehari dah tanggal. Keluar mulut buaya?

Tengah jalan-jalan, aku terjumpa awek cun....Mereka ini tentera ASTRO yang sedang menggempur Parit Tengah.Ada 10 orang nampaknya.Dengarnya ramai orang Parit Tengah dah tergoda dengan pujukan gadis-gadis cute ini. Usah nanti bulan ke 6 dah tak bayar bil Astro! Hehehe

12 ulasan:

en_me berkata...

waduhh kangg.. meriahnyerrr.. ehehe

Mama Janet berkata...

wah jalan sakan ye..MS, daun soh tu mmng sdp dimasak lemak n tempe.buah minjo tu yg dh masak rebus je

WONG KHOO LAI berkata...

Ada 2 benda yg jadi nostalgia....cimplu'an dan daun so... dulu kalau baru nak bukak kebun baru...cimplu'an pasti tumbuh...manis bila dah masak.

Kak Kay berkata...

MS, memang saya tak tau dan tak dapat bayangkan cam ne pokok jarak tu, rasanya cam tak pernah jumpa.
kalau daub soh tu tau la, pokok ciplu,an pun tau sedap buahnya yang masak, masa ni kalau mengidam pun tak kan dapat kut....

MAT SOM berkata...

Meriahnya sama dgn bandar kannn En Me!

MAT SOM berkata...

Pokok Belinjau di rumah emak saya tu tak pernah berbuah. Jantanlah agaknya Mama Janet

MAT SOM berkata...

Wong Khoo Lai
Satu lagi daun ranti, sampai adik saya nyaris2 dinamakan SURANTI

MAT SOM berkata...

Kak Kay
Janganle sampai mengidam lagi

WONG KHOO LAI berkata...

Kalau Lisa Suranti ok gak kannnnn????

MAT SOM berkata...

Ok sangat tu Kang Bahreyn!

Mama Miraki berkata...

suka baca entry MS ni...suasana kg dan nostalgia lama...hehehhe

MAT SOM berkata...

Mama Miraki
Yang duduk di kota teringat kampung halaman.

Yang duduk di kampung pulak suka cerita orang kota

Sama2lah kita berkongsi cerita