MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 11 Februari 2012

GURU MITHALI

Assalamualailkum Cikgu-cikgu, cikgi-cikgi, tuan-tuan, puan-puan, para pengunjung, blogger tegar dan sidang pembaca senyap tanpa saya tahu siapa anda.

Jika hari itu saya menonjolkan kerajinan guru perpustakaan sekolah tempat saya mengajar ni, nah...kali ini tibalah masanya saya menceritakan seorang lagi guru hebat di sekolah saya. Kali ini cikgu lelaki pula. Jangan ingat cikgu perempuan saja yang rajin...hehehehe...Entri ini saya janjikan kepada Cikgu Norgie, barulah sempat saya tunjukkan bagaimana Tn Hj Khairul Anuar Bin Abdul Manap (muda-muda dah pergi haji) menghiaskan bilik darjah anak-anak didik yang sangat-sangat disayanginya.  

Cikgu Khairul Anuar berkata, beliau buat ini semua supaya murid dapat belajar dalam suasana yang santai macam rumah sendiri. Sekolahku Syurgaku begitulah kiranya. 
Hiasan Dinding luar kelas
 Cikgu Khairul memang luar biasa orangnya. Pernah menduduki tempat ketiga peringkat kebangsaan bagi Guru Kreatif dan Inovatif beberapa tahun yang lepas.
 Di bawah papan hitam ini dipenuhi kosa kata Bahasa Inggeris yang mesti diketahui oleh pelajarnya.
 Tanpa menunggu bantuan kerajaan, beliau mengecat sendiri dinding kelas ini dengan tangannya sendiri.
 Yang cikgu lain tak sanggup buat, beliau membelanjakan RM 1000 (dari poketnya sendiri) untuk membeli karpet bagi seluruh lantai kelas 6 ARIF ini. 

 Untuk meluaskan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris juga, beliau menampal gambar-gambar ini di empat penjuru kelasnya. Kosnya entah berapa. Ratusan juga ni... 

 Kalian boleh anggarkan kos membeli buku-buku cerita dan ensiklopedia ini. Juga dengan duitnya sendiri. Mesti ribu juga ni...? Kalau ditanya, beliau hanya tersenyum saja. Semuanya untuk kepuasan dirinya dalam menabur bakti kepada anak didiknya itu. 

 Beliau juga ada beberapa modul pengajaran dan pembelajarannya sendiri.
 Banting juga ditempah bagi menyemarakkan semangat pelajar kelas ini
 Alas meja, sketcing, oh saya memang tak terbuat untuk kelas saya..
Panitia Agama Islam menyediakan air Yasin di belakang kelas, bagi memberi suntikan rohani agar pelajar sentiasa belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat.

Semoga entri ini dapat memberi idea tentang bagaimana untuk menyediakan satu suasana pembelajaran yang kondusif. Soalnya sanggupkah kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit seperti Cikgu Khairul..?

9 ulasan:

- M A S H - berkata...

masa kecik dulu cita-cita nak jadi cikgu.. tapi skrg insyaAllah accountant-to-be heee :DD

Mama Janet berkata...

murid2 n cikgu kena kaki ayam ler bila masuk kelas ye...bila cikgu x masuk kelas murud2 leh baring2 kat karpet tu.

Miss Mirror berkata...

Memang pujian perlu diberikan kpd Cikgu tersebut.

Selamat Maju Jaya!

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah, tahniah kepada cikgu khairul...

InsyaAllah, jika tak dapat pulangan di sini .. Allah dah ready bg ganjaran lebih besar di sana ... :)

Mat Som berkata...

Tahniah MASH
aNAK MURID MESTI LEBIH BAIK DRP CIKGUNYA

Mat Som berkata...

Mama Janet
Memang betul 2 telahan MJ itu, kadang2 cikgu kursus, baring2 tak apa, asal mereka baring sambil baca buku

Mat Som berkata...

Insya Allah MM

Mat Som berkata...

yA sz
Moga2 beliau dapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

cinnamon.com berkata...

hebat..