Memang kalau boleh, gaji yang ada ni dah cukup untuk kehidupan. Namun, keadaan sekarang sangat memeritkan. Sebab tu rakyat yang bergaji RM 3K kebawah dapat bantuan RM500. Sebab tu juga kerajaan bagi bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah, dan RM 200 untuk pelajar universiti beli buku. Semuanya kerana harga barang dan perkhidmatan telah meningkat dengan mendadak sehingga pendapatan bulanan tidak dapat menampung keperluan asas.
Kerana itu jugalah aku dah lama terlibat dengan jualan herba. Anak-anak semakin besar dan memerlukan banyak ongkos.
Jika ada pihak yang kata, kakitangan kerajaan dilarang berniaga, akulah antara yang pertama akan rasa tak puas hati. Yang bercakap tu mungkin gaji dia RM 10K. Mungkin juga harta warisan yang dimiliki tak habis walau tujuh keturunan? Asal saja ia tak mengganggu tugas hakiki, okeylah tu. Betapa ramai guru yang berniaga di pasar malam. Dan di kampung-kampung pula, guru terlibat dengan perkebunan?
Itulah saja coretan aku pagi ini, sehingga berjumpa lagi.
12 ulasan:
Sejak dari kecik aku memang dah suka meniaga, jual ciku, jual jambu, jual jagung.. Dan mcm2 lagi aku jual... Sampai ke tua ni pun masih berniaga.. Hanya dgn berniaga dpt menaikan taraf hidup keluarga.. Walaupun x sebanyak mana,tapi bersyukur dgn apa yg aku ada skrg.. memang kalau diikutkan duit banyak mana pun x cukup... Aku memang sentiasa mengukur baju di badan sendiri.. Sampai jahit baju sendiri memang aku ukur sendiri... haaa.. Jadi pada isteri2 di luar sana yg tidak berkerjaya... Keratif2kan diri dgn sesuatu hobi yg menghasilan duit... Insyallah dgn hasil duit dari hobi tu boleh membantu merengankan beban suami...
ANIS
Lagi2 kalau duduk KL macam Anis tu
Lagi banyaklah guna duit
Memang kena kreatif dan tahan lasak
Teruskan usaha-usaha Anis itu
Semoga berjaya
perit..mmg perit lebih lagi yg bekerja cuma sorang,kene tanggung 4org..pm tak bagi ke elaun khas utk surirumah sepenuh masa mcm sya..huk!!sedey..
Klu kat oversea mmg ada elaun untuk surirumah.
Kekandang terfikir juga... bagaimana la nasib klu ank2 org yg susah, bila tengok anak2 sampai kena beli uniform putri islam je pun sampai kena 3 helai. (utk kawad lain, utk aktiviti lain). Dulu zmn sekolah uniform pandu puteri tu selai je pun dah cukup.
Haihhh cepatlah aku jd jutawan... boleh gak aku tolong org2 susah tu semua. Hahaha...
BEBELAN PAGI SABTU YANG SANGAT TERSERLAH KEBENARANNYA!!
itu sebab juga saya membantu suami utk menambah pendapatan.
sekarang ni RM50 MCM RM5 AJE.
ELOK JUGA ADA ELAUN UTK SURIRUMAH MCM SAYA NI..
ANAK SAYA DARJAH SATU BAWA BEKAL PERGI SEKOLAH,DARJAH EMPAT TAK NAK BAWA DAH BEKAL,SO BG SERINGGIT AJE..SAMPAI DARJAH ENAM.LPS TU MASUK TINGKATAN SATU, HYA DUA RINGGIT,HINGGA SEKARANG DAH TINGKATAN LIMA PUN..MASIH DUA RINGGIT..
ITUPUN TAK HABIS DUA RINGGIT..
DUDUK KL TAU..
BANGGA SAYA DGN ANAK2 SAYA.
SAYA BANYAK BG MEREKA ILMU AKHIRAT,MENCINTAI RASULULLAH..JGN CINTAKAN DUNIA..ANAK YG SEKECIL 4 THN DAH PANDAI CERITA MENGENAI NABI.
ALHAMDULILLAH,SAYA BERSYUKUR SGT ALLAH MENGURNIAKAN ANAK2 YG BAIK INI.
Alhamdulillah saya termasuk kategori yang dapat bantuan rm200 tu..bukan buku saya je dapat, dgn buku2 anak2 sekali pun dapat ;)
bantuan2 seperti BR1M (RM500) tu eloklah diberi secara konsisten bukan "gula-gula" shj, saya percaya bantuan begitu ramai orang2 yang layak di luar sana rasa manfaatnya ... takdelah orang tertentu shj kan...
dan bantuan rm100 utk anak2 sekolah rendah/menengah tu blh diperkemaskan lagi cara agihannya ...ini pendapat peribadi saya shj ...
sebee
samalah saya ni, anak 5 orang
Utk org spt kita kena berjimat
Membeli barang yg perlu saja
Tak adenya nak beli baju berjenama
Keperluan anak2 lebih penting
MM
Cepat2lah jadi jutawan
Contoh terbaik FAIZA kat BATU PAHAT tu
Beliau kerap memberi bantuan beras kepada org susah
Sekolah tempat aku ni pun selalu dpt beras utk majlis maulid,
Tengok BERSAMAMU siapa yg taja?
Kita tak mau jutawan yg hanya mempamerkan kemewahan mereka
Sedangkan jiran tetangga pun tak cukup makan.
Bagusnya Cinnamon dapat didik anak macam tu
Kat KL boleh jimat dan bawa bekal
Elok keluarkan entri berkaitan agar dapat dikuti oleh keluarga2 yg lain
Kita mesti menabung utk masa depan2 anak2 kita. Nak masuk asrama penuh pun paling kurang dah seribu lebih.
Apa lagi nak masuk UNIVERSITI.
sz
Ada juga orang-orang kaya yg tak ada slip gaji ambik duit 500 TU dengan Hilux, dan kereta2 mahal yg lain.
Mesti ada yg tak kena ni.
Cikgu Norgie
Eh ya kE...?
Catat Ulasan