Selasa, 21 Februari 2012

ULAR MELINGKAR DI DAPUR

Petang semalam selepas aku mengambil Arina dari sekolah agama, aku baring-barng kejap membaca majalah. Sekonyong-konyong......Isteriku memberitahu berlaku kekecohan di belakang rumahku, iaitu di dapur jiranku.

Tiga orang berpakaian seragam biru memeranjatkan aku. Aku ingatkan pihak majlis daerah datang membuat tinjauan. Maklumlah aku pun belum bayar cukai pintu ni...hehehehe

Rupa-rupanya ular melingkar di almari dapur jiranku itu. Bukan sebarang ular mak oi...ular tedung hitam yang berkepala kembang tu.

 
Yang menakutkan, pihak anggota Pertahanan Awam tu kata, ular tu dah ada sarangnya dalam almari kayu tu, maknanya dah berminggu-minggu dia duduk kat situ. Alhamdulillahlah dia tak mengacau anak isteri jiran aku tu. Syukur kepada Allah. Aku pun pernah terserempak dua kali dengan ular kat kawasan rumah aku, ular tedung selar warna kuning lagi, yang bahaya tu. Maklumlah kawasan mereka dah dibangunkan jadi rumah-rumah mewah kat sebelah taman perumahan aku duduk ni.


21 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Eeeee ngerinya.

Arina Shamsul berkata...

alamak ada ular?aduyai kembang juga tengkuk aku bila terimigin ular ni...eeeeeee..,tapi kan,tapi kan,arina tu sapa?anak kamu?ngeee...nama kami serupa .hihi

Mat Som Sadona berkata...

MM

Kalaulah dia menjalar di sebelah kita semasa kita sedang tidur alangkah terkejutnya

Mat Som Sadona berkata...

Ya ARINA,
Arina tu anak aku, eh samalah muka dia bulat juga, mungkin besok dah besar macam muka Arina Shamsul.

Kayu Manis berkata...

baca pun..menakutkan,siap berumah pula ular tu ye..

serasi tu..

RHI berkata...

bersarang kat dalam almari? takutnya...Alhamdulillah...semuanya tak apa2kan?

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon
Kalau duduk kat Kondo atau rumah Flat mungkin selamat dari ular. Kalau rumah atas tanah, kena waspada dua binatang berbisa, ULAR atau LIPAN

Mat Som Sadona berkata...

Yatie
Pagi tadi saya tgok jiran saya masih fobia, kesian. Almari tu dah berada di luar rumah.

Mama Janet berkata...

ular tedong leh terbangkan...

Mat Som Sadona berkata...

Mama J
Dah masuk grobok tak boleh terbang lagi.

Tapi pernah juga dgr org kata begitu.

aza ni berkata...

cikgu...
syukur semua nya selamat....ye ular ni bahaya ..bukan saja mematuk malah meludah...bisanya pun boleh mencederakan tanpa memagut...

- M A S H - berkata...

erkkkk~ saya memang geli sgt dengan ular. meremang rasanya kalau nmpk ular.

moga-moga Mat Som sekeluarga selamat.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tadi nampak member tu post..."berhati2, flush tandas sebelum guna"... rupa2nya ada ular duduk dlm mangkuk tandas...... eeeee terus fobia aku sehari ni... semua asyik buat entry psl ular.

Ungu Violet berkata...

bahaya tu...nasib baik perasan..:)

Mat Som Sadona berkata...

MM
Jika kita lalai dalam solat
Kita juga akan ditemani ular di kubur nanti, lagi ngeri!

Mat Som Sadona berkata...

Cikgu Ungu
Kata jiran saya tu, anaknya pernah nampak dan beritau mereka
Tapi mereka tak percaya
Budak2 kadang2 nampak apa pun kata dia ular....

Mujurlah.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Ularrrrrrrrrrr...ular plastik pun dah rasa geli dan takut. Berani kalau tengok kat tv je...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Ularrrrrrrrrrr...ular plastik pun dah rasa geli dan takut. Berani kalau tengok kat tv je...

Mat Som Sadona berkata...

Bukan itu saja WKL, nampak getah tayar basikal pun kadang2 trperanjat dan terkejut beruk.

Teman Setia Anis berkata...

Mengeremang bulu tengkuk... Dulu aku pernah tido bertemankan ular.. Kt rmh mak... Nasib baik dia x mematuk time tu... Org kata mimpi dipatuk ular nak bertemu jodoh... Ni tido bertemankan ular apa kes ni... Cik Som.. Rajin2 tabur garam keliling rmh, biar binatang berbisa x masuk...

Mat Som Sadona berkata...

Umur kau masih panjang Anis
Selain drp mengelakkan ular, garam juga dapat menangkis kedatangan mahluk halus.