Jumaat, 10 Februari 2012

MENZALIMI DIRI SENDIRI

Bank Draf dengan Cek mana lebih Selamat? Tentulah Bank Draf. Pernah dengar CEK TENDANG? Biasa..Tetapi pernah dengar BANK DRAF TENDANG? Jadi kalau nak terima bayaran atau buat bayaran, yang terbaik adalah dengan BANK DRAF.


Sudah berhari-hari juga tidak mengomen blog para sahabat. Di samping kesibukan bekerja, dan petang menjalankan tugas rutin membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan, line internet aku seminggu ini asyik hilang. Aku telah memanggil no 100 dan TM telah menghantar seorang juruteknik yang gigih. Hampir dua jam juga dia menyiapkan masalah aku ni. Modem sampai ditukar tiga kali. Dia pun pening, tak pernah jumpa masalah macam yang aku hadapi ni. Biasanya masalah akan setle dalam masa setengah jam sahaja. Dia telefon kawan-kawan dia. Sekejap call sana, sekejap call sini. Jangan-jangan ada orang yang menghantar virus dalam wayar telefon aku....mengarutlah, mana ada wirus dalam wayar. Prasangka tak baik tu! Oleh sebab aku kesian dengan abang juruteknik tu, aku hadiahkan dua produk BioAsli sebagai tanda terima kasih. 

Semalam seorang kawan aku kena rompak. Bukanlah sikit duit yang terbang. Orang Seri Medan kan duit banyak. Ceritanya, dia ni nak beli kereta secara cash. Kereta terpakai yang masih baru, gitulah agaknya. Dia pun keluarkan duit di bank dengan anaknya. Tujuan nak belikan kereta anaknya tu. Anak dia tak setuju, kerana dia dah ada kereta Kancil. Kerana perbincangan itu tak settle, kawan aku tu ajak anaknya balik dengan membawa duit yang berjumlah RM 34 000 tu. Bincang-bincang dulu kat rumah dengan sedara yang lain. Esoknya baru nak beli. 


Rupa-rupanya apabila tiba di rumah (di sebuah kampung di Seri Medan), sejurus keluar dari kereta, meluru perompak yang menghunuskan parang. Nak tak nak kawan aku tu terpaksa menyerahkan duit yang masih dalam bungkusan. Aduh!!! Perompak tu melarikan diri dengan kereta yang telah parking di tepi jalan. Nampak rompakan ini sangat terancang.


Sebenarnya, ramai yang lupa, bahawa dengan membawa wang tunai yang banyak merupakan satu perbuatan yang bahaya. Lebih selamat jika kita kalau nak beli kereta cash, atau membeli kebun, gunakan BANK DRAF atau CEK. Katakan kita beli kereta, gunakan BANK DRAF atas nama KEDAI, jangan nama Jurujual, betapa banyak jurujual kereta yang kelabu mata apabila nampak duit banyak. Kalau kita guna cek, tuan kedai akan bimbang cek itu cek tendang pula. Jika nak beli kebun pula, kita gunakan TRANFER AKAUN. Jika nak bayar GAJI PEKERJA juga, elok masukkan ke akaun mereka. Tetapi soalnya, kenapa saban hari kita dengar orang kena rompak dengan jumlah yang banyak seperti itu?


Pernah terbaca juga kisah satu makcik, nak keluarkan duit KWSP. Lama dah mengumpul duit tu berpuluh tahun. Makcik tu pun keluarkan duit tu cash di bank. Katanya nak besarkan rumah. Baru berjalan 100 meter dari bank, beg tangan dah diragut perompak. Kesian-kesian. Bayangkan 25 tahun kumpul duit, lesap dalam masa beberapa minit sahaja.


Pengajarannya, mahirkan saudara-mara kita dengan BANK DRAF dan TRANSFER AKAUN untuk urusan-urusan jual beli yang berisiko tinggi seperti itu.

4 ulasan:

cinnamon.com berkata...

10 golongan yg menzalimi diri sendiri:)

line internet dah ok la ni..

hari2 dgr kisah rompak sana,rompak sini..

kesimpulannya dkt sini..tak ada rezeki.Allah boleh buat apa saja.
Dia Maha Mengetahui.

KIFARAH ATAU UJIAN.

dan Allah menyayangi mereka.Jika mereka sabar,mereka adalah dr golongan yg soleh dan solehah.

Mat Som berkata...

Cinnamon
Ulasan anda sgt menginsafkan, benarlah ia bukan rezekinya...Qada dan Qadar telah menentukannya demikian rupa

NoorGie berkata...

terima kasih!!

Yatie Awang berkata...

masyaAllah...sepatutnya buat cek je kan???

tak mahu zalimi diri sendiri InsyaAllah