Isnin, 6 Februari 2012

PARIT SULONG KEHABISAN MINYAK MAKAN

Berpusing-pusing aku dibuatnya untuk mencari minyak makan pagi semalam. Isteri sudah buat karipap dan tinggal nak goreng saja. 


Dari satu kedai, ke satu kedai aku pergi, satu pun tak ada, sama ada yang besar atau yang berpaket. Akhirnya aku terpaksa beli minyak jagung.


Seorang daripada pekedai berkata, "Biasa awal bulan memang bermasalah, nanti di pertengahan bulan, masalah kekurangan minyak makan ini tidaklah seteruk ini"


Semalam juga, aku ke Parit Raja, dan masalah kekurangan minyak makan juga berlaku di kawasan tersebut.


Negara kita ini memang sangat ajaib. Setiap kali kita celik mata, mesti nampak pokok kelapa sawit, tetapi yang anehnya minyak kelapa sawit tak ada di pasaran.


Masalah ini akan selesai kalau harga minyak makan ni dinaikkan ke RM 3.50 sekg. Dulu gula pun macam tu juga, apabila harga gula dah dinaikkan masalah pun selesai dan gula pun melimpah-limpah di pasaran. Siapa yang menguasai siapa? Sudah terang lagi bersuluh, kaum kapitalis telah menggunakan kuasa mereka.


Bagi kita sebagai pengguna eloklah mengubah cara kita memasak. Kita boleh kukus ikan, daging, kuih. Selain itu kita gunakan oven. Kurangkan makanan bergoreng, selain dapat menjaga kesihatan, dapat juga mengajar pihak pengeluar yang tamak haloba itu. 


Harga sayur dan ikan juga sangat melampau. Pergi sahajalah ke pasar. Pesta kenaikan harga barang telah bermula. Yang turun cuma hujan. Bersyukurlah kepada Allah yang Amat Pemurah lagi Amat penyayang, kerana nikmat Allah ini  kita dapat dengan percuma sahaja.




SEBELUM TU KITA LIHAT
APA KATA WANITA TV 1
video
Sewaktu berkunjung ke rumah mertua di Pt Raja, aku sempat merakamkan video tentang blog MISS MIRROR sebagai blog terpilih minggu ini dalam rancangan Apa Kata Wanita TV1 jam 3.50 petang semalam. Maaflah Sam, video kurang cantik. Nampak klasik pulak...Gedik-gedik video itu macam blognya juga. 

19 ulasan:

Mama Janet berkata...

ngait kelopo..diparut..gawe minyak dewek.

Mat Som berkata...

Mbakyu, piyeey to, rego kelopo yo wis larang tenan
Mungkin aku nggoreng karo minyak kelopo doro sing tak dol iki.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

OO terima kasih2 upload video tu... appreciate it!

Teman Setia Anis berkata...

Samalah mcm tempat aku ari tu... Aku nak goreng cendawan.. Cari2 minyak kt semua kedai x ada... Kat pasaraya besar pun x ada... Sedih betul.. Ni kali dah ada, penuh plk kt pasaraya sebelah rmh ni..

Mak Su berkata...

zaman arwah mak saya masih idop, beliau buat minyak masak sendiri

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tu senang je...menteri cakap esok minyak yg biasa RM14.00 cakap esok naik RM20.00...gruantee berlambak di pasaran.

Cik Sibuk berkata...

baca entry ni..teringat kisah2 masa kecik dulu. ayah saya orang jawa muo..orang parit pinang seribu. so dedulu mmg ada la pegi parit raja la..parit sulong la..dan parit2 yang lain lah :)

uih semenjak atok nenek dah takde dan saya pon dah ada family sendiri lama giler tak balik kg muo..last balik tahun 2001 dulu..

Tanpa Nama berkata...

nyawit gawe minyak dewek... hehehe...

mkf

Mama Janet berkata...

MS..tanyakan kat Cik Sibuk..pinang 1000 muo tu sape nama org tuanya.sebab org tuaku pun berasal dari sana.

Mat Som berkata...

Miss Miror patut rakam siaran tu supaya lebih jelas.

Mat Som berkata...

Anis,
Masalah ni dah jadi masalah negara nampaknya

Mat Som berkata...

Mak Su
Sekarang ni masalahnya bekalan kelapa dah susah nak dapat

Mat Som berkata...

WKL
Minyak2 tu sedang disembunyikan di bawah tanah kut...?

Mat Som berkata...

Lamanya Cik Sibuk tak balik...?

Mat Som berkata...

MKF
Dah boleh buka kilang minyak makan kelapa biasa. Lokasi pekan Pt Sulong sebelah Dewan Besar.

Mat Som berkata...

Mama Janet bolehlah bertandang ke blog Cik Sibuk yg 24 jam sentiasa sibuk tu.

Ramai orang Kg Pinang Seribu jadi Top antaranya Dr Sakit Puan
Dr Hamid Arsat.

Tanpa Nama berkata...

buat sebelah dewan bahaya.. nanti banjir terus tengelam... hahaha...

mkf

Tanpa Nama berkata...

buat sebelah dewan bahaya.. nanti banjir terus tengelam... hahaha...

mkf

Yatie Awang berkata...

tempat yatie pun macam tu jugaklah...habis pasaraya di jelajah...adesss...