MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 18 Februari 2012

PINTA DAN DOA



Inilah antara lagu ketuhanan yang aku gemari waktu aku remaja dulu. Kini usiaku umpama senja itu. Betapa cepatnya masa berlalu.

Satu hari aku singgah di kedai kawan lama di kampungku itu.

Aku lihat kedainya tidak semeriah dulu. Cuma menjual barang-barang yang diperlukan sahaja. Lantas aku bertanya tentang perubahan itu.

"Cukuplah Mat Som, aku pun dah pergi haji, anak pun sorang, dah kerja sendiri, apa lagi aku nak kejar. Kebun ada sikit-sikit..."

"Masa muda-muda dulu memang macam-macam aku nak buat, tapi, tulah cukuplah yang Allah bagi..."

Setelah berbual-bual panjang, aku pun meminta diri.

Tiba-tiba sebulan kemudian aku menerima perkhabaran, sahabatku itu telah pun meninggal dunia dengan mengejut. Ya Allah....

Dari Allah kita datang, dan kepaNyalah kita semua akan kembali....

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sungguh menginsafkan...
Nasyid itu menginsafkan (sbb teringat emak yg rajin bukak radio time kecik2 dulu)..
Gambar pokok dlm clip tu pun menginsafkan.....
Kisah kwn ko tu pun menginsafkan..
semuanya menginsafkan...

Tanpa Nama berkata...

1.nasyid yang paling menyentuh jiwa ialah selimut putih disamping lagu diatas!
2.Ada sorang sahabat yang juga masuk dalam kategori senja telah nisbahkan 60:40 dalam kehidupan!60 % untuk amalan akhirat!40% untuk amalan dunia!
3.Sebab tu berpada-padalah mencari wang!bagi yang punyai wang segunung!wang segunung pun tak cukup!bergantung pada empunya wang itu sebenarnya!