MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 15 Julai 2012

GAMBAR-GAMBAR HARI KELUARGA 2012

Anak dan anak-anak saudara yang masih kecil. Yang besar-besar ramai tak dapat balik sebab sedang sedang belajar dan bekerja di seluruh pelusuk negara
Makcik, kakak ipar, dan Hjh Saripah
Irfan minat jadi chef
Permainan berebut benda misteri anjuran Miss Mirror
Ada dapat duit, ada yang dapat gula-gula, ada yang dapat kertas kosong
Iwan ni over sangat, kesian yang lain tu
Pertandingan mewarna anjuran Marfiah
Kategori bawah 2 tahun...

Alamak muka Sam lenyap. Ili masuk pertandingan teka gambar kategori berkeluarga. Juga pertandingan anjuran Miss Mirror
Salah seorang pelajar harapan SK TENAGA SETIA, Jalaluddin Rosli

Macam terketar-ketar sahaja Azli ni

Naila ni fotogenik, semua fotonya menjadi saja...gedik macam emaksaudaranya sorang tu


Tengah bergambar ada semut gatal pulak kat situ, masing-masing dah mula menjerit
Sesi bergambar di tangga nenek pula
Sesi bergambar di tepi jalan Pt Baru Seri Medan.
Acara bergusti ramai-ramai, ni tiada yang menganjurkannya 
Solat berjamaah diimamkan oleh Imam Baharuddin Sodono, Guru Besar Sekolah Agama (Pesta) Batu Pahat
Insya Allah kalian semua jadi anak-anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati  ibu-ayah masing-masing...amin
Turut dijemput pakcik-pakcik, dan Ibnu Masud yang banyak berjasa kepada keluarga kami
Tahlil kali ni tidak menjemput orang kampung seperti yang lepas-lepas kerana hendak memudahkan urusan.
Yang snap sana, snap sini tu Miss Mirrorlah blogger tegar tu
Imam Baharuddin mengetuai bacaan tahlil
Hj Jamaluddin sedang mengadili pertandingan mewarna. Hj Jamal merupakan pelukis handalan semasa mudanya.
Barisan hadiah sumbangan ahli-ahli koperat

Makanan utama atas ketua masak Hjh Saripah

Ayam masak merah
Sate Ayam Sate Sahlan Seri Medan sumbangan Fir dan Sam
Sate Lembu Sate Sahlan



Cenderahati untuk pakcik-pakcik kami termasuk Hj Jamaluddin
Hadiah hari lahir Kak Ipah yang ke 59 tahun! Yeaaaa!
Bonda kami menyampaikan hadiah kepada cucunya Nurul yang menang pertandingan

Sekianlah Laporan Hari Keluarga Kami khas untuk kaum kerabat yang tak dapat bersama-sama pada hari tersebut. Juga terima kasih kepada anda blogger-blogger hebat yang sudi membaca, juga pembaca-pembaca senyap yang tidak meninggalkan jejak di sini, terima kasih sudi membaca entri blog aku yang entah apa-apa ni.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meriahnya... best ngumpul sedara ramai2...

mkf

Mama Miraki berkata...

meriah...meriah....semua gambar anak2 je...mana gambar mak2 n bapak2 nya...hehehe

Mat Som berkata...

MKF

Tkasih....MKF dan adik-beradikmu pun boleh buat family day ni apabila anak dah ramai nanti.

Mat Som berkata...

Mama Miraki,
Tulah masalah besar saya pada hari tersebut.
Yg tua, yg 8 orang tu separuh buat alasan macam2, last-last nak senangkan cerita, terpaksa dibatalkan agenda SESI BERGAMBAR ramai-ramai tu.

Mama Janet berkata...

menu yg mantoppppppp.kalau MUMMY GEE nampak pinggan2 antik yg digunakan tu...bisa meroyan dia.

Mama Janet berkata...

menu yg mantoppppppp.kalau MUMMY GEE nampak pinggan2 antik yg digunakan tu...bisa meroyan dia.

Boni JLL3 berkata...

wah.. serius meriah gila... mesti enjoy kan hari tu?

Mat Som berkata...

Mama Janet
Tu pinggan tu koleksi kesayangan emak kami, masih berkilat2 lagi

Mat Som berkata...

BONI
95% apa yang dirancang berjaya, cuma cuaca agak mendung menyebabkan budak2 ni dilarang sangat untuk main di halaman rumah.

Pida berkata...

Wah meriahnya! Saya rindu nak balik kampung la macam ni.

Cikgu MS ambil gambar guna DSLR ke? Saya perhatikan banyak gambar yang merakam pergerakan. Cuba lain kali lajukan shutter speed ye. Hihi. ;)

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah..
usai sudah majlisnya ye ...
pasti jadik kenangan manis buat cucu2 kecik tu bila dah besar2...

acara gusti tu yg paling best buat budak2 ni ..takyah tunggu penganjur :p

Mat Som berkata...

Pida
Tak, kamera Digital biasa Nikon saja.
Adik saya Miss Mirror adalah guna DSLR, teringin juga nak beli, nantilah dulu

Mat Som berkata...

SZ

Acara Gusti tu tak ada hadiah
Hadiahnya dahi benjol, kaki sakit hahaha

~ Mummy Gee ~ berkata...

Betul2... saya teruja dengan pinggan corak bunga kangkung dan 5 roses yang digunakan.....cma nak buat muka tak malu je nak mintakla...hahahha

Knor berkata...

SANGGUP SAYA TUNGGU LOADING UTK MENATAP PIC2 YG MENARIK NI..

MMG MERIAH...HIDANGAN TU..MMG MANTAP..

HIDANGAN SETALAM TUH..UTK SAYA KE?

Mat Som berkata...

Tkasihlah K.Nor kerana sanggup melihat gambar2 yg banyak tak berapa clear ni....tkasih...tkasih...nak jemput makan,jauh sgtlah pulok.

Mat Som berkata...

Mummy Gee,
Nak mintak.....kenalah pujuk emak saya hahahahaa... kenangan pinggan bersama arwah bapak kami tu.