Isnin, 23 Julai 2012

JANGAN TINGGAL DAKU.....

Pagi tadi, pelajar-pelajar kami dikejutkan dengan berita perpindahan En Ali Sarmin, Guru Besar yang kami sayangi ke Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia. Beliau telah bertugas selama lapan tahun di sekolah kami, dan telah tiba masanya berhijrah setelah dapat meningkatkan prestasi sekolah kami dari setahun ke setahun sehingga ke tahap yang kami capai sekarang ini. 

Gambar-gambar ini merupakan milik Cikgu Burhan Md Yussof pemilik blog MEKAR2009 . Cikgu Burhan kini mula berkecimpung semula dalam arena fotografi dan menjadi paparazi sekolah kami dengan mengambil gambar yang tidak terduga oleh kami.

Ada 56 gambar yang dimuatkan oleh Cikgu Burhan dalam Fan sekolah kami, tetapi aku cuma pilih yang benar-benar memberi kesan emosi yang mendalam dalam majlis penuh emosi tersebut. Nak masukkan semua, nanti aku kena saman da....!


 Air mata seorang lelaki
Air mata pun mencurah-curah, dah tak boleh ditahan lagi.....lupa pulak bawa tisu hari ni

 Hubungan abang adik
 Inilah Cikgu Burhan...yang sentiasa smart
Ustazah Khairunisa....baru saja bertugas di sekolah kami, turut terkesan dengan perpisahan yang tiba-tiba ini
 Ucapan terakhir.....sedih.....
Imej: blog skkgkudong Bekok
Wajah yang telah disebut-sebut bakal menjadi pengganti En Ali. Buat pertama kalinya sekolah kami akan diterajui oleh seorang wanita.

Beberapa minggu lepas, sekolah kami juga dikejutkan dengan pertukaran En Miswan Badli ke SK Seri Maimon. Beliau baru sahaja setahun bertugas di sini.......Buat mereka berdua......

'Daun selasih daun keladi
Terima kasih sekalung budi'

4 ulasan:

Pida berkata...

Dapat guru besar perempuan pun best apa. Semoga sekolah cikgu terus cemerlang.

Kayu Manis berkata...

sedih pulak saya skrg ni..mudah betul air mata ini mengalir..

Mat Som Sadona berkata...

Insya Allah Pida
Cuma selalunya perempuan itu ....
terlalu ikut buku

Mat Som Sadona berkata...

Itu menunjukkan K.Nor seorang yg penyayang kpd org2 di sekeliling kehidupan K.Nor.