Khamis, 26 Julai 2012

LIMA BIJI KUIH MASIH RM 1

Ni kuih aku untuk malam ni, pukul 10.00 kang dah lapar balik

Semua gerai kuih yang bertebaran di Parit Sulong ni menjual kuih dengan harga RM 1 bagi 4 biji/potong/gulung. Tetapi warung di Simpang Parit Gantung ni masih dengan harga lama, lima unit RM 1. Kalau datang pukul 6.00 alamatlah dah sold out. Sebab tu aku beli pukul 3.30 petang tadi ni.  


Semalam, aku beli kentang goreng di depan rumah aku ni (penjualnya dari luar kawasan) menjual kentang yang setoit ini dengan harga RM 3.00...TAK PATUT BETUL! Aku rasa teraniaya. Sampai rumah aku pujuk hati.....mungkin perempuan muda tu nak belikan kasut anaknya mahal sikit tahun ni...kira sedekah jelah. Tahun lepas RM 2...KALAU NAK NAIKKAN pun patut-patutlah.....


Cuba bandingkan kuih di atas saya beli dengan RM 4, macam-macam saya dapat, dengan aku beli kentang RM 3, aku cuma dapat beberapa hiris saja?  Mati hidup balik pun aku tak akan beli kentang tu untuk kali kedua dan seterusnya. Baik aku beli kentang seguni kat ecconsave, lepas tu aku goreng sendiri.


Pengajaran: Sebagai peniaga usahlah menindas pelanggan. Restoran makanan segera dan hotel tu lainlah, kafe dia ada ekon dan pelanggan berbual secara ekslusif, patutlah mereka bubuh harga tinggi-tinggi.

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mayonese dia tu yg buat dia mahal kot. Aku pun lupa kalau bazaar lain diorg jual mendalah tu berapa. Sejak si Qistina tak suka gi bazaar ni, dah takde org request kentang goreng tu lg.

Tapi itu ari ada kakak tu jual kerabu mangga RM4 pun aku tak jadi beli. Even aku tau maybe dia beli mangga tu pun dah mahal.

~ Mummy Gee ~ berkata...

kuih kasui tu sedapnya.... kalau balik PS awal2 pagi dah terjah gerai depan Pt gantung tu....

Mama Janet berkata...

suruh Pn Hamidah goreng sendiri je MS.tiru cam saya..beli cendawan goreng tepung cinonet je rm2...ha g pasar beli cendawan mentah..goreng.puas makan.

Umialya berkata...

kat sini kuih 3 ketul/RM1 @ 2 ketul/RM1, kecil lak tu, mahalkan..

Kayu Manis berkata...

sini 5 rm2.

puas hati buat sendiri..tak ada komplen2..berkat.

dia ingat org kmpg tak pandai kut buat kentang goreng ala2 barat2 ni..uplah harga sikit..sabar ye..

aza ni berkata...

cikgu
kalau di pasir gudang ...berganda harganya

Unknown berkata...

As salam Mat Som,

Wah, masih ade rupanya kedai yg menjual kuih 4pcs/RM1... Masa dulu masa dok Msia kalau xsilap 3pcs/RM1... Tak pun 1pc 40sen... terkejut jugak! ;)

Tp rsnye cheesy wedges tu RM3 agak mahal, ngalahkan KFC...hehehee

Selamat berbuka! Kami di sini sdg menunggu waktu berbuka ni :))

Unknown berkata...

5 biji rm 1?? wah.. murah tu.. kat tempat saya ni hampeh. rm1 baru dapat 3 bijik...

hurm, lepas ni tak payah dah beli kot kentang tu lagi. macam tak berbaloi je beli kan?