MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 10 Julai 2012

LELAKI ITU CALON AHLI SYURGA

Gambar hiasan: Syeikh Dr Abdullah Azam yang telah mati syahid dibunuh Amerika dan kuncu-kuncunya.

Malam tadi aku mengikuti kuliah Ustaz Ishak Nor, di mesjid tempat tinggal aku ni. Alhamdulillah sambutan sungguh luar biasa. Sembahyang Isyak penuh macam hari Jumaat. Ramai jemaah dari jauh datang ke sini, semata-mata nak mendengar butir-butiran ilmu yang disampaikan oleh ustaz yang dijemput itu.

Selama satu jam 15 minit, pelbagai kupasan dibuat. Antaranya menyentuh tentang undang-undang Allah, Hukum Hudud, sesiapa yang berkata undang-undang Islam itu tidak sesuai dijalankan di negara kita, boleh menyebabkan akidah seseorang itu akan tergelincir. Siapa yang mencipta orang Cina? Siapa yang mencipta orang India? Kamu percaya akan Quran, tetapi mengapa kamu tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Al-Quran itu? Kamu duduk di bumi ciptaan Allah, tetapi kamu gunakan undang-undang ciptaan manusia.

Cukup....cukup....Satu tembakan tepat kepada mereka yang berfahaman demikian.

Mungkin kalian biasa dengar kisah di bawah ini, namun Ustaz Ishak bercerita lagi tentangnya....Kerana kita selalu lupa akan ceritanya.

Iaitu hal seorang lelaki yang Nabi Muhammad sebutkan akan menjadi ahli syurga...confirm masuk syurga. Rasulullah memberitahu, lelaki yang memasuki pintu mesjid ini nanti adalah ahli syurga. Sahabat-sahabat ternanti-nanti siapa lelaki yang dimaksudkan itu. Tak lama kemudian masuklah lelaki itu dan solatlah dia. Keesokannya Nabi Muhammad SAW berkata lagi seperti semalam, sekejap lagi akan masuk seorang lelaki, beliau itu adalah ahli syurga. Sahabat ternanti-nanti, dan melihat orang yang sama semalam masuk ke mesjid melalui pintu itu. Hari ketiga pun sama juga, Rasulullah berkata begitu, dan lelaki yang sama melalui pintu itu.

Seorang sahabat tidak puas hati, lalu ingin mencungkil rahsia, apatah yang dilakukan lelaki itu di rumahnya.

Berkatalah ia kepada lelaki itu, bahawa kononnya ia ada berselisih faham dengan ayahnya dan ingin menumpang selama tiga hari di rumah lelaki calon ahli syurga itu. Lelaki itu sangat berbesar hati kerana ada tetamu yang hendak datang ke rumahnya, dan dia pun mengikutnya pulang ke rumah untuk menjadi tetamunya selama tiga hari.

Selama tiga hari, dia perhatikan lelaki itu hanyalah solat dan sembahyang seperti orang lain. Tidak ada keistimewaan yang luar biasa.Cuma yang dia nampak lain, semasa tidur lelaki itu ada menyebut Allahuakbar, Subahanallah, Alhamdulillah semasa badannya beralih ke kanan dan ke kiri semasa tidurnya itu.

Hari dia nak balik rumah, dia bertanya lelaki istimewa itu dan menyatakan tujuan sebenar ia bertamu di rumahnya. Lelaki itu menjelaskan bahawa apa yang tetamunya nampak itu, itulah yang dilakukannya. Masa kerja pergi kerja, sembahyang macam biasa....

Apabila tetamunya nak balik,baru lelaki itu teringat....Tunggu...
Lelaki itu baru teringat, kemungkinan sebab satu ini yang menyebabkan Nabi Muhammad mengatakan bahawa dia menjadi penghuni syurga. Beliau pun memberitahu tetamunya...
iaitu SELAMA HIDUP DIA, DIA TIDAK PERNAH ADA PERASAAN HASAD (dengki) dengan orang lain.

Dan tetamunya pulang dengan gembira dengan jawapan ringkas itu. Dia telah mencungkil rahsia itu!

Kita ini bagaimana? Kita penuh dengan hasad, riak dan pelbagai sifat buruk. Adakah kita ini layak memasuki syurga jika kita penuh dengan sifat-sifat ini?

Hasad itu apa? Contoh, kita rasa sakit apabila kawan kita beli kereta baru. Kita sakit hati apabila lihat rakan kita dapat suami kacak dan kaya. Kita rasa sakit apabila kawan kita naik gaji dan pangkat dan pelbagai lagi hasad.Juga dalam hidup berjiran. Ustaz menjelaskan dosa hasad itu telah menyebabkan fahala kebaikan kita terhakis satu demi satu! Akhirnya kita menjadi miskin dan papa di akhirat! 

Mulai hari ini ucapkan tahniah kepada kejayaan orang lain. Jauhkan perasaan HASAD sejauh-jauhnya. Campakkannya di lautan biar hanyut dibaham ombak yang mengganas itu.....
  



4 ulasan:

Boni JLL3 berkata...

berkenaan hukum hudud tu, rasanya memang patut dilaksanakan. disebabkan tiada hukum tu, Malaysia semakin teruk.. tengok sahaja kes pembuangan bayi yang semakin hari semakin berleluasa. jika hukum hudud dilaksanakan, siapa berani nak langgar?

Tanpa Nama berkata...

BONI...Allahuakbar!!!

Kalau boleh semasa kita hidup ni, kita lihat transformasi itu, ternyata undang2 barat telah gagal menidik rakyat.....jenayah semakin banyak dan penjara terus bertambah. Pencuri2 itu makan free di sana, dan kita yang tanggung semua itu.

matsomherbs

Pida berkata...

Takutnya kalau ada perasaan hasad dalam diri kita.

Knor berkata...

apa-apa pun tgok pd hati..hatta kalau jiran buang sampah depan pintu,tentu hatinya, mcmmanalah agaknya..