Pagi ni kerja seperti biasa. Tamat jam 1.30 petang. Sampai simpang tiga Seri Medan tu confius, sama ada nak belok ke kanan iaitu balik rumah untuk tidur, atau belok kiri menuju ke Parit Yani....
Akhirnya gerak hati belok ke kiri...
Destinasi rumah customer. Dua kotak Kopi Kelapa Dara dibelinya. Kemudian aku call abang aku Ustaz Baharuddin. Malam ni jam 1.00 pagi dia nak berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Aku buka booth kereta, alamak jek kereta aku tertinggal kat kereta Kancil. Nak jalan terus ke Rengit? Kalau bocor tayar tengah jalan macamana? Ah...tawakkallah.....
Dua selekoh maut di Jalan Seri Bengkal dekat Seri Gading tu pun dah jadi jalan yang lebar....wau...bestnya...tak payah pulas stering lagi.....laju....laju....!
Persimpangan jalan Seri Bengkal...ke kanan ke Batu Pahat, ke kiri ke Parit Raja...depan tu dulu semak aje, sekarang dah jadi kota besar!
Ah....belok ke Pt Karjo ......dah ada pusingan U di situ, lebih selamat daripada jalan yang lama....
Dari Pt Karjo aku tembus ke Pt Kemang.....
Singgah di Salleh Food....taukeynya jutawan ni....income 6 angka sebulan...lagi-lagi raya ni
Nak beli apa ya....nak bawak buah tangan ni...
Beli ni ok lah...RM 13.00...Nama kuih ni apa, aku lupa, emak aku kata Kuih Pulau Pinang, kalau aku yang buat aku bubuh nama Kuih Sarang Lebah?
Pt Rejosari pulak aku redah, rajinnya orang kampung ni, tepi jalan pun mereka tanam pisang
Persimpangan Kg Seri Bahrom, sampailah aku rumah abang aku....dia tak nak diambil gambarnya kerana dia tu handsome sangat macam Yusuf Haslam masa muda-muda! Semoga kakandaku selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air ya...
Balik .....lalu rumah bekas makwe lama aku ....entah berapa anak dia sekarang.....hahahahahaha! Agaknya 12?
Pukul 5.00 petang sampailah sudah di Batu diPahat...Panasnya, seronoknya kalau masa panas macam ni berendam di dalam air terjun.....
Beli kat sini Pn Pida...garenti lauk berbuka tak basi dan menyakitkan usus-usus di dalam perut kita. Lokasi ni ikut dari Hotel Pelikan belok Klinik Nur jalan terus jangan belok-belok, ada selekoh belok kanan sikit. Carilah di barisan kedai-kedai tu. Ada dua restoran asam pedas di situ.
Harga pun ok...mesra pelanggan sangatlah.
Dua potong ikan pari, dan dua ekor ikan kembung besar RM 15.00...Oklah tu, petang tadi cuma ada 3 jenis ikan yang ada. Kepala ikan merah tu aku tak minat, nanti otak tak cerdas....?
Kesian kan isteri aku nak tolong suami dia tambah pendapatan, sebab tu aku beli asam pedas di Batu Pahat tadi, jadi taklah penat sangat.....tapi dia kena masak nasilah jugak....huhuhu
10 ulasan:
Semoga abang Din mendapat umrah yg mabrur. Selamat pegi dan selamat kembali. Mmg seronok pegi time posa2 mcm ni, Madinah sgt meriah.
Ex gipren ko yg duduk kat daerah S tu ke yg ko maksudkan?. Anak dia dah 3 kot klu tak silap.
Ha'a.. sian Kak Ida, penat menjahit. Kumpul duit bleh wat gi haji. Ameen.
Semasa baca entry ni otak saya berpusing terbayangkan kampung halaman. Oh saya rindu akan Batu Pahat!
Hei! Kenapa petik nama saya? Hahaha! Sangat cool.
aduh...nama2 kampung yang MS tulis tu semua saya tak pernah sampai ler...macam ada nama dia yea..klasik sungguh...hehehehe
Rumah gelpren lama....????? hehehhe...
Ketika aku membalas komen ko ni Sam
Abang Din tengah bersiap-siap nak pergi.
Benarlah kata2 mu, peliklah ko ni Sam, semua kau tau, mesti n dia jadi rakan facebook engko.
Kak Ida jadikan hobi dia sbg sumber pendapatan.
Itu yg dinamakan pendapatan dari rumah.
Saya petik nama Pn Pida kerana
pernah kata
Dah 2 tahun tak beli lauk kat Bazar Ramadhan dan Pn Pida juga org BP sebagaimna pic-pic yg saya siarkan itu.
Ia sesuatu yg unik, dan menarik.
Selamat berpuasa.
Mama Miraki
Girlfren lama, semua tu cinta kilat, paling lama bercinta sebulan je, entahle saya ni tak suka bercinta bagai nak rak, jadi apabila tak jadi, taklah frust sangat. Zaman Rock kapak dulu, dah lama dah....
Sesekali besok pusing2lah kampung2 sekitar Parit Botak, Senggarang, Rengit, macam-macam nama kampung kita jumpa.
wahh... meriahnya jalan baru..... petanda tu... hehee...
asam pedas tu macam best je... kemecer pulak...
mkf
org sini kata kuih ros..
ingat lg mk we lama ye.
kalau dkt boleh tempah baju..
indah pemandangan kmpg ye.
seronoknya berpuasa di mekah.
hahaha..siap ingat lagi rumah bekas makwe tu..hehehe
Amboiiiiii dideletenya komen terbaru aku!! Hahahaha.
Catat Ulasan