MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 30 Julai 2012

SUPAYA SUAMI TAK LUPA DIRI



                                                                Imej pinjam : zanmyly.blogspot.com


Semasa berkursus beberapa tahun yang lalu, aku  menemui pelbagai ragam orang (lelakilah yang aku maksudkan). Ada yang ingat anak bini 24 jam. Sikit-sikit telefon isteri. Sekejap-sekejap call anak yang masih baby. Anak yang yang belum tau apa-apa itu pun diajaknya berbual. Ringkasnya, memang mereka ni suami mithali betullah. Isteri-isteri mereka adalah orang yang paling bertuah di atas muka bumi ini.


Namun, ada juga, walau dah seminggu berkursus, aku tak pernah nampak dia menghubungi keluarga. Dia kata isteri dan anak dia dah faham cara dia. Anak isteri pun tak mahu mengganggu bapa mereka yang sedang berkursus itu. Mereka pun faham sangat-sangat. Pendek kata, sama-sama memahami.


Tetapi, ada satu jenis spesis suami ni, waktu tu aku berkursus di Johor Bahru di kawasan dekat-dekat Sungai Seget tulah. Ada beberapa orang bapak budak ni dah macam lupa anak bini. Mereka berdangdut di kelab dangdut kat kawasan tu. Terbongkarnya kisah ni apabila, pagi-pagi nak balik mereka mengadu dompet hilang diseluk perempuan kelab dangdut tu. Kejadian berlaku semasa dia menari dengan perempuan di situ. Kerana simpati, terpaksalah kami mengumpul derma kilat bagi membantu kawan ni untuk beli  minyak kereta balik ke rumah.


Lalu apabila bertemu sorang guru perempuan di sekolah aku, aku pun bercerita tentang perkara tersebut. Dia memberi petua. Kalau suami nak pergi kursus dia akan menyelitkan pampers dan sehelai baju anaknya ke dalam beg suaminya yang akan dibawa berkursus itu. Ini supaya suaminya TIDAK LUPA DIRI.....


Puan-puan bagaimana....?



17 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kalau sempat, saya akan amalkan apa yg Ustazah S.A suruh amalkan.. iaitu klik sini ye : http://sam-puansyurga.blogspot.com/2009/12/aku-sudah-letih-mendengarnya.html

Tapi kalau tak sempat baca doa tu, alih2 dia outstation, berserah dan tawakal je la pd Allah, tak pernah plak terpikir nak masukkan pampers ke hapa.. nt kwn dia nampak, apa plak diorng pikir, MD gi meeting bwk pampers.. hahahaha...cirit birit ke apa? segan aku!! Wahaha.
Baik2 biar dia syg.. makin jd gaduh plak nt.

Mat Som berkata...

Kalau suami isteri biasa bergurau, ia merupakan satu bentuk kiasan.

Jika suami nak kahwin lagi satu dgn cara yg sah, itu tak salah, Ustaz Azhar tu tgok bahagia.

Yg salah ni suami yg melanggan pelacur, ayam dan perempuan dangdut ni.

Berdoa memang lah kita mesti berdoa, yg aku katakan ini cuma PETUA.

oK pUAN Sam,

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ooo itu bukan petua ye?. Ok kay... Petuanya ialah...biarkan dia lebih akrab dgn anak2nya, sbb kemesraan itu menjadikan mereka mudah berasa rindu bila berjauhan.

p/s : Mostly kengkawan aku yg lelaki bila outstation bukan rindu bini tau, sebaliknya lebih rindu ngan anak.

Mat Som berkata...

Tu jenis yg tak menzahirkan kasih sayang dia, ditakuti isterinya bangga sangat.

Chenta Eyfa Latieyfa berkata...

ada gak yg camtu ek..hehehe

suebee berkata...

ada jugak jenis perangai suami yang tak elok macam tuh rupanya..bila dah jauh dari anak bini..haiii..susah nak cakap,kan..

Pida berkata...

Suami saya tak pernah outstation. Saya yang selalu keluar. Tapi emak kan... sesaat pun tak lupakan anak dan bapak budak tu.

Ungu Violet berkata...

ala kadang2 lelaki ni ego je lebey...klau dh rindu kat anak isteri tu tepon aje la...ni tak nk harapkn kita je tepon dulu...huhu

selamat berpuasa.. :)

mak encik | SZ berkata...

hihihi... macam2 hal ye cikgu MS ...
klu saya tengok screen hp / wallpaper hp sang suami tersebut, elok2 nya letaklah gambar anak bini kan ... tak tahu lah kot g tukar wallpaper bila g outstation :p

Marya Yusof berkata...

As salam cikgu,

Que tal? Apa khabar?

Wawaaa topik hangat!!! Setakat ni xde lah pulak buat apa2... just biar je dia pergi kursus ke apa... Kalau dia lupa takpelah... Balik nnt dia ingatlah balik diri...hehehe... ;))

Tp petua tu nampak menarik! *w* :))

Mat Som berkata...

Chenta

Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Masih tak percaya ada suami dituduh jerut leher isteri sehingga mati?

Marah sangatlah kut?

Mat Som berkata...

Sueebee

Dalam 100 orang adalah sorang macam tu
Kubur dah kata mari

Tak percaya? Masuklah pusat-pusat hiburan tu, adalah yg berambut uban di situ

Mat Som berkata...

Pida

Alhamdulillah Pida telah menjadi isteri contoh. Moga2 sentiasa berbahagia bersama keluarga.

Mat Som berkata...

Wah Cikgu Ungu kita dah muncullah.
Ingat kan dah lupa pasword blog Cikgu.

Mat Som berkata...

Suami SZ tu penyayang orangnya. Syukur.....Alhamdulillah...

Mat Som berkata...

Marya
TKsih menjenguk lagi, saya ni guna android, jadi terkial2 nak menaip ni.
Sampai tak dapat komen blog kawan2.

atikNAOshi berkata...

alhamdulillah..thanks for the good info!

banyak tips untuk jadi isteri yang baik dalam blog ni. bagus untuk saya bakal isteri dalam masa 2 bulan lagi. InsyaALLAH.. doakan yer :)