Selasa, 24 September 2013

GELI DENGAN LIPAS YANG MENGGATAL?

Sebelum tengok beberapa barang yang aku jual...tengok aku dulu....ya ...aku sedang melukis. Lukisan ini bukan untuk dijual. Kalau nak beli, kena beli dengan dinding sekolahnya sekali ok.... 


Hari ketiga.....ada 10% lagi....kadang-kadang buntu nak menyiapkan lukisan ini....


Hari ke 4 mengecat...95% siap...dah boleh bergambar di sini....yeeehaaaaa! 


Aku dah meninjau harga PERIUK AJAIB serupa ini di kedai-kedai di Batu Pahat. Alhamdulillah harga yang aku tawarkan masih di bawah harga mereka. Jadi........tak ada masalah rungutan pelanggan. Yang penting, bagaimana aku nak menjelaskan secara sistematik akan kepentingan periuk ini. Dan bagaimana periuk ini dapat membantu mereka hidup lebih CERIA dan BAHAGIA! Pendek kata, kononnya kalau tak beli periuk ini hidup mereka bagai tunggang-langgang dan tak sempurna!

Eh? Dah upload gambar lukisan dinding di atas cerita pulak tentang periuk pulak. Gambar lukisan itu adalah membuktikan yang sekarang ini, kehidupan aku agak busy. Walaupun anak murid aku dah lepas periksa. Sebagai cikgu perpustakaan, aku kenalah ceriakan tempat itu dengan acuan aku sendiri. Aku kena buat perubahan terhadap keceriaan yang telah dibuat oleh guru library sebelum ini. Bukan senang aku nak mewujudkan suasana kematsoman setelah hampir 15 tahun dipegang oleh Pn Hjh Rohani.

Masa muda-muda dulu rajinlah aku melukis dan mewarna. Dah bertahun-tahun dah tak buat. Jadi apabila melukis dan mewarna sendiri, tentulah sentuhan telah hilang. Nak aku upahkan orang, library tak ada badget. Kurang-kurang upah pun dah RM 200.00. Murid-murid memang aku larang untuk membantu. Kalau mereka yang mengecatnya alamatlah.....maklumlah budak kecik.

Ok.....jumpa lagi,cukuplah setakat itu untuk kali ini. Lihat ni produk-produk baru daripada aku....


PERANGKAP LIPAS TERCANGGIH

KEYCHAIN KOMPAS ARAH QIBLAT

SEJADAH POKET/SEJADAH MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA SAJA

OK....Tiga dalam satu, ini kira satu set, aku jual RM 33 termasuk pos. SMS nombor aku ok...Dia tak boleh beli satu-satu....maklumlah, kalau Keychain itu,kos posnya lebih mahal daripada harga keychainnya

Oleh sebab dah ada yang tanya,dia nak beli satu jenis saja,kiraannya begini ya bos....:

Perangkap Lipas harga termasuk Kos pos Laju RM 16.00
Keychain Kiblat harga termasuk Kos pos Laju RM 11.00
Sejadah Poket harga termasuk Kos pos Laju RM 18.00
Tetapi kalau beli ketiga-tiganya termasuk Kos Pos Laju RM 33.00 saja.

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Nanti aku tolong promosikan kat pesbuk.

lelamaisara berkata...

sejadah tu menarik la...:)

Knor berkata...

ada bakat melukis ropenya...cantik cikgu..

perangkap lipas nak beli juga la...lipas ada kat rumah..tapi semua penakut harap knor aje yg jadi pembunuh tegar..tak adalah sgt..tapi kalau nampak seekor..mcm nampak rimau..semua pakat naik atas kerusi..encik somi pun sama.. ..knor org kampung setakat lipas tu..jentik je..

Masha Meisters berkata...

hehe...cantik cantik cantik! dulu masha pun selalu tolong cikgu lukis kat bngunan sekolah....alahai,rindunyerrr

hana hadi berkata...

periuk ajaib ka tu? hana ingat ada pemanggang ajaib ja..

cunnya mural pemandangan. meh buat kat seklah hana. hehe hana xpandai buat mural pemandangan, kalau mural yang mcm kelas pra sekolah kartun2 tu pandai hana..

Wak Gelas berkata...

wahhh ni dh kira cikgu ajaib yg hebak berjiwa dan bertangan seni niiihh.., ehHee

che mid berkata...

Wow.. bakat terserlah sudaaah.. melukis pandai, bisnes pun pandai..

p/s : Che Mid akan ke JB Jumaat depan, ada job di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.. he he saja je bagi tau..

lelamaisara berkata...

fooooyoooo cantiknye lukisan kat dinding tu......sya bgi A++ laaaa...