Teratai layu di tasik madu...
Berikut ialah draf laporan guru bertugas yang akan aku sampaikan di perhimpunan sekolah esok. Jika pagi esok hujan, maka draf ini hanya tinggal draf...dan kekal tersimpan di blog ini, selagi tidak dibuang oleh blogspot.
LAPORAN BERTUGAS:
Pertama: Ucapan alu-aluan untuk Guru Besar dan semua.
1.
Alhamdulillah-semua berjalan lancar, tiada kes
salah laku yang dilaporkan,tiada yang dihantar pulang kerana demam
2.
Pertandingan Liga Bola Sepak dan Bola Jaring
Tahun 6 berlangsung dengan jayanya Tahniah
kepada guru-guru dan murid yang terlibat.
3.
Mesyuarat Guru telah diadakan pada Rabu. Dua
perkara penting yang sya hendak sampaikan , Peperiksaan Akhir Tahun akan
diadakan 22 Oktober. Selepas itu bermula 28 Oktober hingga 31 Oktober akan berlangsung
latihan sukan, sukantara dan akhirnya Sukan Besar.
4.
Nasihat kepada Tahun 6- Berakhirnya UPSR 2013
bukan bermakna segala-galanya telah berakhir. Ibarat pelayaran,kamu hanya
berhenti di sebuah pulau kecil, untuk menuju ke pulau yang lebih besar dan besar.
Tiada istilah rehat dalam diari kehidupan seorang pelajar.
-
Gunakanlah masa semaksimum mungkin untuk menimba
ilmu, seperti membaca buku di perpustakaan.
-
2016 SPM akan mewajibkan calon lulus Bahasa
Inggeris, dan kamu akan mengambil SPM pada tahun 2018, justeru itu, jika boleh
kamu dapat menambah 5 perkataan baru, dan mencari maknanya….jika setahun kamu
akan dapat 1800 perkataan. Banyak tak?
-
Tahun ini seramai 18000 pelajar cemerlang SPM
tidak dapat menempatkan diri di IPTA(AWAM)…KENAPA? Mungkin kerana ramai pelajar
yang sangat cemerlang dan lebih hebat daripada mereka. Kamu mesti bersedia dari
sekarang,kerana masa beredar demikian pantas.
Anak-anak aku pun teringin nak tengok lukisan ayahnya.....
Anak-anak aku pun teringin nak tengok lukisan ayahnya.....
5.
Perpustakaan- Adab-adab di Perpustakaan….
-
Selama 6 bulan saya mengambilalih perpustaakaan
ini saya dapat melihat betapa HJH ROHANI seorang yang sabar. Jadi,usah samakan saya
dengan beliau. Kadang-kadang saya hilang kesabaran melihat kelakuan kamu yang melampau itu.
-
Saya dapati ada segelintir murid tidak meletakkan buku di tempat asalnya.
-
Sebahagian murid ke perpustakaan bukan untuk
membaca, tetapi hanya untuk membuat bising, berkejar-kejar.
-
Ada juga pelajar yang mencabut-cabut bunga plastik
di situ,menanggalkan hiasan yg ditampal dan sebagainya.
-
Meninggalkan perpustakaan dalam keadaan lampu
dan kipas berpusing dan kerusi tunggang terbalik.
6.
Pertandingan Merentas Desa telah dijalankan pada
hari Sabtu 28 Sept. Keputusan-keputusan adalah seperti berikut:
(Rujuk keputusan yang dilampirkan oleh SUA
Sukan). Pelajar-pelajar yang disebutkan sila ke pentas untuk menerima piala dan pingat kemenangan....
7.
Keputusan Kelas terbersih minggu ini:
Tahap 1:………………….
Tahap 2:………………….
4 ulasan:
belum masanya lagi hana buat laporan ni.. hehe
semua anak2 ikut muka ayah dia :)
Hana
Muka emak mereka pun ada iras muka ayah mereka
rupanya guru bahasa melayu punyai bakat seni, cantik latar belakang gambar di atas
takut anak murid nak masuk perpustakaan..lebihkan senyuman ye cikgu..biasalah budak2 lari sana lari sini..
lebih sgt tarik je telinga..
Catat Ulasan