Selasa, 3 September 2013

PEMIMPIN YANG HEBAT IALAH...

Malam tadi semua laman sembang 95% dipenuhi kemarahan dan keluhan orang ramai terhadap harga minyak yang naik.

Tinjauan saya di Batu Pahat semua stesen minyak telah sesak untuk mereka membuat belian terakhir bagi harga lama minyak tersebut.

Kalian sudah membuat pilihan, dan itulah pemimpin pilihan rakyat Malaysia.
Apa-apa keputusan yang dibuat, walaupun pahit mesti kalian terima.

Sebagai pemimpin yang hebat, ia mesti memekakkan telinga daripada segala sumpah seranah rakyatnya.

Bagi yang berulang jauh KL-Kota Bharu, KL-JB, maklumlah sekarang ini ramai yang tinggal jauh dengan suami dan isteri dan dapat berjumpa di hujung minggu, kerana hambatan kerja pastilah amat terasa dengan kenaikan ini.

Saya melalui 44 km pergi dan balik setiap hari, rasanya kos yang ditanggung tidak sebanyak mereka. Dalam RM 100 kos tambahan itu...wei...habis duit top up dan sarapan aku...! 

Kenaikan harga minyak ini tidak aku ratapi sangat, yang paling aku sedih gambar-gambar kat blog aku telah dimakan anai-anai aneh, yang peliknya ia bermula entri bermula 1 Nov 2012-28 Ogos 2013, antaranya gambar-gambar sultan negeri aku yang mencemar duli ke tempatku ini minggu lepas...

6 ulasan:

Umialya berkata...

bg mereka yg bergantung harap kpd kenderaan awam, pastinya kena bajet betul2 ntuk kenaikan tambang teksi

Cik Sibuk berkata...

patut la kat FB pun ramai orang post pasal rega minyak naik ni..

Kayu Manis berkata...

dah bg rm500 diorg ambil baliklah..

Mat Som Sadona berkata...

Umi Alya
Polemik kenaikan harga brg tertentu akan terus mewarnai kehidupan kita sepanjang zaman

Mat Som Sadona berkata...

Cik Sibuk yg sibuk 24 jam...lama dah tak datang....masuklah...masuklah

Mat Som Sadona berkata...

Tahun depan RM1200 pulak kak, janji kena tepati