Khamis, 19 Jun 2014

JANGAN TINGGAL DAKU


EN. MOHD DALI ABDULLAH

Kini hanya tinggal kenangan. Meskipun khidmat beliau bersama-sama kami hanya setahun lebih, namun kemesraan yang beliau pamerkan, menyambut kami setiap pagi di pagar sekolah dengan wajah yang ceria, dan segala permasalahan sekolah dihadapi dengan penuh terbuka, membuatkan kami amat kehilangan beliau. 

     Semua guru, kakitangan, ibu bapa dan pelajar sekolah ini merasakan kehilangan ini. Beliau ialah seorang Guru Besar yang tidak pernah menunjukkan rasa kemarahan, walaupun barangkali ada yang tidak berkenan di hatinya. Selamat bertugas di tempat baru, sekolah baru yang lebih dekat dengan rumah dan kampung sendiri. Selamat maju jaya, dan jumpa Tuan di puncak kejayaan. Sayonara...... Cikgu Mohd Dali Abdullah. 

     Akhir kata, maafkan segala salah dan silap kami sepanjang cikgu berada di sini. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha-usaha cikgu.

4 ulasan:

Knor berkata...

Cikgu selayaknya ganti dia..

Mat Som berkata...

Sesungguhnya saya tidak layak.
Cukuplah jadi ketua keluarga
Dan ketua panitia Bahasa Melayu
itu pun dah byk kerja
K.Nor

umi alya berkata...

Setuju dengan kata2 Knor..

Mat Som berkata...

Dan jawapannya Umi Alya
Saya akan bersara sebagai guru biasa
Kerana saya tak ada kepakaran menguruskan orang lain