MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 4 Julai 2014

ALHAMDULILLAH REZEKI UNTUK SURAU SEKOLAH




Pada hari guru tempoh hari Ustazah Pauzizah memberitahu, tempat wudhuk pelajar perempuan  nak dibuat dinding dan bumbung sekali supaya aurat pelajar-pelajar ini terjaga. Tempat wudhuk yang ada sebelum ini terbuka dan tidak sesuai untuk mereka.

Pungutan pun dibuat dan guru-guru semuanya menderma.

Kebetulan hari itu, kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu, yang kebetulan bekas pelajar sekolah aku mengajar sekarang ini, menawarkan diri untuk menderma kepada surau sekolah lamanya...Sembang Facebook itu aku ingatkan hanya satu gurauan.

Aku kata derma yang guru kumpulkan dah cukup, cuma kekurangan dalam RM 80- RM 100 lebih kurang. Jadi, dalam sibuk-sibuk tu, aku terlupa akan hal itu. Sampai satu hari, aku check akaun, aku merasa hairan...kenapa akaun aku lebih duit ni?.....

Aku pun call orang-orang yaang beli barang secara online dengan aku minggu ni. Masing-masing kata mereka masukkan duit ikut harga barang je. Jujur betul customer-customer aku ni. Pada hal kalau mereka cakap, yalah memang saya terlebih bayar, aku akan terus trasfer ke akaun dia oranglah. 

Masa nak terlelap tu, barulah aku teringat janji kawan lama tempoh hari, aku pun PM Facebook dia....

Aku tanya dia, adakah pada 30 Jun, dia ada masukkan jumlah duit tertentu ke akaun aku? Dan dia jawab



Untuk tempat wuduk pelajar perempuan itu kosnya hanya kurang dalamm RM100+++, dan derrma sahabat tadi ustazah kata nak belikan barang-barang untuk surau seperti kipas angin, rak Al-Quran......dan apa-apa yang kurang di sana.

Sumbangan ikhlasmu sahabatku, hanya Allah sahajalah yang membalasnya.

Lalu aku teringat sekolah lamaku, aku tak pernah menyumbang apa-apa untuk sekolahku....malunya aku....hebatnya sahabatku ini.

Maaflah kalau aku siarkan cerita ini sahabat. Ini untuk teladanku dan sahabat-sahabat lain agar bermurah hati khasnya pada sekolah yang pernah berjasa kepada kita.

Sahabatku, semoga bisnesmu di KL itu semakin maju!

3 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

Alhamdulillah, rezeki tu...

Wak Gelas berkata...

insaf kanns.., UHuuu

umi alya berkata...

Alhamdulillah, rezeki...