Dodol Moden Pelbagai Perisa, kalau nak boleh pm INSAN BUDIMAN
Dah tahu dah, tahun ni kakitangan kerajaan tak ada bonus. Tapi dipanggil Bayaran Bantuan Khas Kewangan.
"Bersyukurlah dapat.....daripada tak dapat langsung" kata kawanku, Mak Kucai .
Ya bersyukur. Tapi, mu royak lebih, ekonomi stabillah, hebatlah...TAPI, jumlah bantuan ni kurang daripada BRIM yang diberi kepada orang kebanyakan. Kakitangan kerajaaan kena ingat, kalian kena tabung duit sebulan RM 300 khas untuk raya, jadi apabila kerajaan umumkan bonus raya, tak adalah yang sakit jantung!
Royak lebih-lebih nanti aku kena panggil lagi pulak dengan bos. Jadi kalian tak boleh komen untuk ruangan ini, sebab aku dah tahu apa kalian nak cakap........ Nampaknya aku kena jual songkok dan brooch untuk bonus raya aku sendiri.
Sebab ada yang nak komen, aku bagi ruangan ni untuk komen. Email tak payah masuk pun boleh komen.